Assalamualaikum semua. Hi nama saya Excetera. Baru berjinak-jinak dalam bidang mendaki ni sejak awal 2017. Bukanlah jenis padu atau kental atau bercita-cita nak masuk ultra ke apa. Confession ni saya tulis sebab baru balik dari training ni dan saya perlu luahkan sesuatu yang buat saya geram sangat.
Akhir2 ni kalau perasan masyarakat kita ni dah semakin ke arah gaya hidup sihat. Banyak join marathon, running event, pergo mendaki sana sini. Kalau kat atas puncak gunung2 yg biasa2 ‘daypack’ tu dah macam kat pasar raya dah ramainya orang.
Maka bermulalah isu yang saya nak ketengahkan harini. Ini berkaitan dengan kesedaran sivik dan tahap mentaliti kita rakyat Malaysia.
Pertama: Merokok
Ada yang nak triggered ke? Saya tak kisah langsung pasal merokok. Silakan it is your life choice. Tapi kan, boleh tak kira nya saudara2 pilih tempat2 yg agak jauh sikit dari orang ramai. Tidak perlulah kiranya saudara merokok sepanjang perjalanan. Apa yang saya hadapi tadi baru lagi ni pagi tadi. Encik dlm perjalanan turun sambil santai2 merokok. Saya berpapasan dengan Encik dlm keadaan saya mendaki.
Orang yang mendaki ni ‘breathing rate’ nya lebih laju maka dengan tidak sengaja saya telah bernafas udara tercemar asap rokok dengan lebih banyak berbanding encik yang santai2 je turun. Tujuan utama kita berekreasi ni adalah untuk jadi lebih sihat. Kita pergi kehutan tu untuk dapatkan udara yang lebih segar bukan nak jadi secondhand smoker Encik. Encik bayangkan jugak yang Encik di hadapan dan asap rokok Encik bertebaran dan dihidu orang2 yang dibelakang Encik tu. Xrasa bersalah ke? Cubalah kita didik diri untuk peka dengan keadaan, persekitaran dan hormat menghormati orang lain.
Kedua: sampah sarap
Biasalah kita semua naik gunung ke bukit bawa makanan masing2. Maka akan ada hasilkan sampah. Silalah berintegriti dan ada responsibiliti terhadap sampah2 yang dihasilkan. Sebagai contoh sekiranya sampah2 organik dan perishable maka boleh buang selepas dikorek dalam tanah dan ditimbus. Sebabnya sekiranya dibuang merata2 kemungkinan akan ada monyet atau kera yang akan menyepahkan merata2. Sampah2 yang tidak boleh reput seperti plastik, botol minuman dan sebagainya silalah bawa turun semula bersama anda. Kalau boleh pastikan sepuluh anda bawa naik sepuluh juga anda bawa turun. Harini anda menikmati alam hijau yang indah esok hari orang lain pun nak menikmati keindahan yang sama. Maka marilah kita didik diri sendiri untuk jari lebih bertanggungjawab.
Ketiga: Songs on speaker / borak kuat2 mcm pakai mic
Haha, yang ini trend sangat sambil hiking pasang lagu kuat2 kat speaker. Sebagai manusia tak kisah, saya jalan je layan je lagu2 semua tu. Tapikan bila trek tu ramai je orang lain mungkin awak patut had kan volume speaker tu supaya awak dan geng awak je dengar. Ada orang dia pergi hutan tu untuk menikmati bunyi2an semulajadi kat hutan tu. Lagu2 tu semua dh penat karok dlm kereta masa jammed balik kerja hari2 dik non. Tak perlulah sounds yang begitu kuat didalam hutan sehingga mengganggu orang lain. Ini berbalik kepada kesedaran sivik kita dan bagaimana kita menghormati dan menyantuni orang lain sebagaimana kita mengharapkan orang meladeni kita sebegitu.
Maka saya berharap confession ini bukan lah untuk menuding jari kepada sesiapa pun tetapi untuk kita sama2 muhasabah dan didik diri kita berkongsi alam yang indah ini tanpa menyakiti orang lain tanpa kita sedari. Apa2 pun yang kita lakukan fikirkan sejenak kesan nya dan apakah kita suka kalau kesannya kita pula yang hadapi. Terima kasih, semoga jumpa lagi lain confession.
Yang tak berape nak padu,
– Excetera
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit