Salam, hai semua, kali ini aku nak luah rasa tidak puas hati dengan trend petik generasi manusia. Gen tahun 1900 sampailah Gen Z dan seterusnya.
Sebenarnya tak perlu petik gen itu semua, selagi nama manusia masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Soal adab? Soal tatatertib? Soal disiplin? Soal sikap?
Zaman dulu pun ada yang teruk cuma tak digembar gemburkan macam zaman sekarang. Sebabnya dulu mana ada social media, mana ada TT, IG, FB, YT apa semua ni.
Tengok lah zaman Nabi Nuh, Nabi Hud sampai zaman Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, bagus ke sebahagian kaum mereka? Kalau bagus kenapa turun ayat al-Quran cerca sikap buruk kaum diorang?
Duduk, tengok, fikir balik, tak semua kelompok gen Z itu buruk dan tak semua kelompok gen Z itu bagus. Saya tak suka kalau ada yang sebut “masalahnya majoriti begitu”.
Apa yang majoriti begitu? Takkan hari2 nampak salah orang ja? Takkan hari2 nak berfikiran negatif? Takkan hari2 tak puas hati dengan satu2 manusia?
Pakai logik, kalau stigma begini masih berlanjut silap2 hilang kepercayaan kepada gen Z dalam semua segi kehidupan baik dalam pelajaran, kerja bahkan kerajaan.
Habis semua gen Z disapu rata sebagai gen yang paling bermasalah. Padahal hakikatnya ada SEBAHAGIAN gen Z yang bagus dan high quality.
Aku terbaca dalam komen netizen IIUM Confession ini, gen Z nak minta kerja pun tak dapat sebab orang yang hire tu tak nak ambil. Aku tak tau lah orang yang hire tu dah termakan stigma ini atau betul2 gen Z itu problem.
Korang tengok lah kesannya, sampai orang tak dapat kerja. Faham? (Nanti tulis 100x rezeki Allah itu luas). Eleh, kau pergi bank pun check balance duit, kenapa tak cari celah batu je?
Maaf lagi sekali, maaf ya, 1000x maaf. Tak kisah korang nak kata aku koyak ke, terasa ke, siapa makan cili dia terasa pedas ke apa2 ke.
Tak apalah, korang (dan aku) belajar pelan2 jadi hamba yang tawaduk, bukan belajar pelan2 jadi Iblis.
Aku faham niat korang nak bagi kesedaran, tapi biarlah berhikmah.
Korang tengoklah contoh orang lain petik type M lah, type C lah, bagus ke macam tu? Sedangkan kita duduk dengan kaum2 lain? Semua type sama? Istilah “selalunya” jadi alasan?
Itu sahaja. Terima kasih.
– Syad (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sebenarnyew jgn terpedaya sgt dlm sosial media sgt. Itu sebab kita kene peka dan pandai menilai terhadap sensitive subjects and orang2. Tidak semua orang cakap or share information itu tepat betul and praktikal. Tersalah langkah and ikut jadi padahnyew, kita nak salahkan orang tu or information yg salah bagi dah terlambat. Itu mulala fitnah, tuduh, hasutan dan berita palsu muncul tu.
Jgn terpedaya sgt apa yang dorang share. Masing2 kita ada yg baik and buruk nyew. Kadang2 kita mula lupekan diri yg perangai paling buruk xpi masih anggap diri pula yg bagus dpd orang lain dan mula boleh downgrade orang lain. Or tepaling plak mana taw?
Tidak kisahla kita dlm zaman abdcef, as long as kita maseh berjalan, bertemu and bersua. Dari situ kita akan belajar mana yg betol and salah. Paling penting, kita kene belajar be humble and be kind toward ppl. Bukan senang kan nak jadi ikhlas and empathy. Because setiap orang berbeza.
Sekian.
Or reverse, mana taw?