Hi semua, nama aku JAJA. Aku adalah penyakit trichotillomania sejak umur aku darjah lima dan baru aku tahu cabut rambut ni merupakan penyakit pada hari ini (1/8).
So dekat sini aku nak bagi awareness dekat korang yang ada penyakit ini sebab bukan kau sorang ja, actually ramai lagi cuma kau tak tahu ja. Serious talk ! YOU ARE NOT ALONE.
Aku boleh dikatakan ada rupa tapi disebabkan aku suka cabut rambut. So, rambut aku makin lama makin botak.
Dulu time sekolah, aku selalu diejek perempuan botak. Aku tahu benda tu dan kekadang kawan aku sendiri (bestfriend) pun ejek aku juga. Last last aku dipulaukan sebab penyakit aku ni.
Aku tak tahu kenapa sebab hati aku betul2 kental time tu tak nangis walaupun diejek. Tapi sampai la aku masuk universiti, aku tetiba ada rasa takut, malu, anxiety dan semua datang bila orang ejek aku perempuan botak.
Kadang2 sampai aku overthinking menangis puas puas sampai aku rasa geram tengok diri sendiri asyik cabut rambut. Pernah sekali aku doa, ya Allah kau tolong la buat tabiat aku yang suka cabut rambut ni sebab aku dah tak cantik dan makin botak.
Makin besar dan dewasa aku sedar, aku cuba cari punca (masani aku taktahu ada penyakit trichotillomania ni) kenapa aku suka cabut rambut. So, aku listkannya :-
1) Sebab aku stress dan tertekan (COMMON ) – contohnya daripada ada masalah daripada kawan, masa ibu bapa yang suka bergaduh, tertekan dengan study, ada masalah kewangan, selalu berseorangan dan lain lain.
2) Menjadi addicted & KETAGIH – sebab bila cabut rambut ni rasa best sumpah kekadang sampai tak perasan tengah cabut rambut.
Lagi lagi kalau dapat jumpa rambut rosak tu hmm takleh describe rasa dia cane. Orang yang kene penyakit macam aku ni tahu rasa dia hahha. Bila kau pegang rambut, kau rasa kasar kasar gitu.
3) Bosan dan lonely – mungkin sebab kau tak tahu nak buat apa, so aku cabut rambut saja la untuk hilangkan rasa bosan.
4) Dah terbiasa – disebabkan kau selalu cabut rambut, so benda tu jadi habit. Kalau tak cabut rambut dah sah.
5) Kepala gatal atau ada tumbuh biji dekat kepala (macam cyst jugalah tapi jenis kecik ) – weh yang paling best lagi2 yang cabut rambut dekat tempat biji tu bila tarik, dekat rambut tu ada macam putih dekat rambut mungkin akar rambut kot hahah aku tak tahu.
Ini adalah punca aku kenapa aku aku suka cabut rambut dan ketagih. Untuk korang kena, mungkin ada banyak lagi. So korang boleh senaraikan atau cerita dekat komen.
Actually ada ja banyak solusi untuk kau hilang trichotillomania/ cabut rambut ni.
Aku alhamdulillah makin lama makin pulih dalam 60% macam tu. Aku tak berani nak rate penuh hahah aku bukan betul2 pulih but sedikit termasuk rambut botak aku. Antara solusinya ialah –
1) POTONG RAMBUT PENDEK – better pendek macam lelaki yang ni dapat menghalang korang. Sebab bila kau potong rambut pendek, kau rasa macam kau orang baru.
So, start dengan niat dan azam yang baru, “aku nak jadi diri yang baru dan orang yang positif, aku nak jaga penampilan diri aku daripada hujung rambut hingga hujung kaki.
Rambut adalah mahkota perempuan yang wajib dijaga dan dihargai. Love yourself. Ini semua pinjaman Tuhan/ Allah yang perlu dijaga rapi. Ingat tau!” dan peluk diri sendiri dan cakap depan cermin.
2) ADA MASALAH MENTAL (STRESS AND ANXIETY) – kau cuba cari solusi untul setiap masalah kau. aku faham kekadang kau selalu kene ejek/ dipulaukan/ ibu bapa yang bergaduh dan lain2.
Cuba kau take a deep breath dan sebelum kau tidur kau cerita dekat allah swt (lebih baik dengan DIA) ataupun kau beli anak patung/ ada haiwan ke macam ikan, kau beli pokok kaktus – kau cerita dekat dia.
Contohnya kau ada masalah dengan kawan dengan ibu bapa korang, korang straight forward but kene bijak kau record sekali suara dorang tengah cakap.
Memang kau akan kene balik tapi percayalah akan satu hari dorang akan datang dekat korang balik. Time tu korang play balik sound yang dorang cakap tu. Dorang akan menyesal.
Kalau masalah dengan ibu bapa ni memang rumit sikit sebab dorang rasa dorang tua dan tak patut dengar cakap anak2 but korang pun ada hak juga suara untuk didengari.
Dorang bukan sahaja kene jaga pakaian, makan, tempat tinggi tapi mental health juga. So, korang perlukan hak korang juga.
Tapi kalau semua tak jalan, korang berbalik kepada Allah swt dan korang maafkan dorang.
Aku tak tahu benda ni sesuai dengan korang tapi aku yakin korang boleh dan mampu cari solusi untuk selesaikan masalah korang tempuhi. KORANG KUAT! REMEMBER YOU ARE NOT ALONE!
3) BELI MAINAN HILANGKAN STRESS MACAM FIDGET/ SQUISY AND SO ON. Macam korang tiba tiba rasa nak cabut rambut, korang ambik ja mainan mainan ni letak dekat tangan korang. Main sampai penat.
4) Jumpa pakai psikatari iaitu pergi hospital. Dorang akan bantu korang.
5) Beli barang/ skincare untuk penjagaan rambut. Ni serious menjadi.
Sejak aku start jaga rambut dan beli barang rambut. Aku makin lama makin stop cabut rambut. Disebabkan rambut korang nipis, cari ingredients yang tak mempunyai bahan kimia ya. Ni penting.
6) Pakai anak tudung. Macam aku, aku selalu cabut rambut masa nak tidur atau baring. So time time macam ni aku pakai anak tudung.
7) Tampal dekat dinding trichotillomania awareness dekat dinding bilik dan quotes yang bangkitkan semangat aku untuk slow slow hilangkan penyakit ini.
Aku juga ada buat checklist harian yang aku tak cabut rambut setiap hari. Cuba try lama2 akan berkesan.
8) Makan vitamin untuk rambut mcm biotin. Ni disarankan untuk pertumbuhan rambut korang.
9) Cari hobi baru yang buat kita addicted mcm tengok movie and so on.
10) Dengar bunyi air hujan, air sungai atau lagu2 yang menenangkan.
11) Kemas bilik. Yang ni menjadi gak. Bilik kita start kemas bilik dan buang barang barang yang tak perlu. Kita akan rasa tenang dan nak start new life. So ni menjadi gak untuk aku.
Aku harap aku dapat membantu korang sedikit demi sedikit ya. Aku tahu ramai ja ada penyakit macam ni.
Kekadang ada yang teruk dan tidak teruk. Benda yang paling penting kau kene sayang diri kau. Bila kau sayang diri kau, kau akan start sayang daripada hujung rambut hingga hujung kaki.
Kalau korang ternampak kawan2 korang ada penyakit macam ni, kau cuba tolong dorang ya. Korang dapat pahala tau kalau korang dapat tolong orang sampai penyakitnya hilang dan sembuh.
– JAJA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit