Trio Friendship Never Works and A Competitve Friend

Trio. Tiga sekawan yang sangat rapat. Aku ulang, ‘tiga’ sekawan yang sangat rapat. Kadang kadang orang kata trio tu menjadi.

Tapi entahlah kan, persabahatan trio aku tak menjadi. Dalam masa yang sama, salah seorang daripada dua orang ex bff aku tu sangat sangat competitive dengan aku dan jenis yang tak boleh tengok aku senang dari segi apa pun.

Jadi orang yang ‘ketiga’ dalam persahabatan trio ni dahla perit. Tambah tambah lagi, member kau dengki kat kau pulak tu.

By the way, aku cerita ni berdasarkan kronologi tau. Yang mana yang berlaku dulu. Sebab aku tak reti nak pisahkan dua hal bawah satu tajuk. Sebab benda ni berlaku serentak. Pengalaman ni adalah pengalaman aku di sekolah menengah.

Dulu aku rapat dengan dua orang member ni. Pergi mana mana pun bertiga je. Tapi faham faham lah, bukan bertiga sangat pun sebenarnya.

Jasad pergi bertiga tapi jiwa berdua je. Yang sorang lagi hilang jiwanya. Badan ada dengan diorang tapi hati tak rasa bersama dengan diorang.

Aku lah tu. Walaupun secara maujudnya aku bersama diorang berdua, aku selalu rasa macam aku jauh sangat dari diorang. Padahal duduk di bangku yang sama, makan di meja yang sama. Tapi hati, ya Allah terasa jauh betul jaraknya.

Bila pergi mana mana je, aku akan sedaya upaya try hard supaya aku tak kena tinggal. Aku masa sekolah dulu duduk hostel.

Bila nak pergi kelas ke, dewan makan ke, kantin ke, mana mana je, aku akan make sure yang aku akan bersiap awal sebelum dua bff aku siap supaya aku tak tertinggal.

Kalau aku lambat, diorang berdua akan tunggu. Bila diorang nampak je kelibat aku, belum sempat lagi aku pergi kat diorang, diorang dah berpaling jalan ke depan.

Berbeza dengan aku, disebabkan aku yang selalu kena tinggal, kalau aku tunggu dua bff aku tu, aku akan pastikan dua dua dah ada sebelum bergerak pergi ke mana mana.

Sebab aku takut diorang terasa macam apa yang aku rasa. Masa berkawan dengan diorang, akulah orang yang paling tergesa gesa dan cepat cuak akibat takut kena tinggal belakang. Ataupun takut takde orang nak layan.

Let’s say kawan aku tu A dan B. So, waktu tu, aku mula perasan one of my friend, A, slowly rapat dengan kawan lain.

Jealous tu adalah tapi aku kurangkan malah hapuskan jelous tu terus sebab bagi aku, dia ada hak nak kawan dengan orang lain. And aku totally okay je sebab dia jarang abaikan aku.

Kawan yang dia mula rapat tu ada geng sendiri tau. Geng diorang budak budak baik dan muslimah la kat sekolah tu.

(By the way aku tak suka guna perkataan ‘geng’ tapi aku terpaksa guna sebab diorang berpuak walaupun diorang friendly je dengan orang lain). Aku pulak tak rapat dengan kawan baru si A tu.

Si A tu macam tak welcome aku sangat pun setiap kali dia dengan geng baru dia tu. Dia selalu biarkan aku dalam kekeliruan. ”Aku sekarang ada dengan dia ke, tak”.

Haa macam tu. So now aku ada si B. Mujur masa ni aku dengan B akrab gila. Tapi aku taktaulah dia rasa benda yang sama ke tak macam aku. Kalau A tak layan aku, B ada. Sebab pada awalnya, B tak rapat sangat dengan geng kawan baru A tu.

Cuma, satu benda pasal B ni kan, dia competitive. Dia tak boleh tengok aku lebih dari dia. Dari segi akademik, markah exam, achievement aku, minat aku, plan aku, bahkan ketinggian aku pun, semua tak boleh lebih dari dia.

Aku perasan dalam diam dia ada sedikit jealousy. Atau aku tak sampai hati nak cakap, dia dengki.

Jealousy dengki. Nak dijadikan cerita, aku ni adalah sekelumit bakat dalam bidang seni. Dan dia pun sama. Both of us are creative and artistic type of person. Kami berdua pandai lukis, and anything lah yang melibatkan kesenian.

Dalam kelas subjek seni, baik classmate maupun bukan classmate, orang suka puji artwork aku. Aktiviti kesenian kat sekolah aku selalu join.

Katanya kerja aku out of box lah, apa lah, aku yang dengar ni rasa senang hati lah kan.

Disebabkan B ni bff aku, di mana ada dia di situ ada aku. Di mana aku dipuji, di situ dia jugak ada dan dengar pujian pujian orang.

Bila ada orang puji je kan, aku perasan dia tak senang duduk tapi dia diam je. Cuma muka tu masam benor. Senyap senyap dia jegilkan mata tapi bukan ke arah aku lah.

Dia ingat aku tak nampak kot. Aku perasan jugak dia try hard untuk jadi macam aku. Aku memang sangat sangat tak kesah kalau dia cuba cuba nak tiru my skill ke, my style ke, sebab why not? Dia BFF aku. Dia ada je admire artwork aku yang aku rasa cikai gila.

Hobi aku dulu aku melukis, painting atas canvas. Sampai sekarang pun hobi tetap sama. Aku taktau macam mana orang pandang artwork aku dulu. Sejujurnya, aku rasa karya aku sangat sederhana.

Tu dari segi minat. Dalam akademik, si B ni berlumba betul nak lebih dari aku.

Aku dengan rendah dirinya mengaku yang pencapaian aku dalam akademik sangatlah biasa biasa walaupun aku top 5 atau top 3 ke sekalipun. Ranking aku top 5 biasanya. Tapi bila kau dah matang, rank dalam kelas tu tak guna.

Dalam batch pun tak guna. Yang aku pandang hanyalah peratus and jumlah markah setiap kali result exam keluar kat SSPS. Yang lahir sekitar tahun 2000 dan ke atas tau lah kot. Bila aku dapat result, orang pertama yang nak tahu result aku bukan bapak aku tau. Tapi si B ni.

Pastu bila aku nak tengok result dia balik, dia tak pernah bagitau. Sebagai kawan, aku pun nak tahu lah kan. Tapi tulah.

Aku juga ada minat dalam Bahasa Inggeris. Ada satu program ni memang ada setiap tahun. Dalam program tu ada banyak pertandingan solo dan berkumpulan. Aku suka join syarahan bahasa inggeris. You know, kalau kita join pertandingan mesti kita akan ada effort kan.

Since B was my bff and selalu berdamping dengan aku, sepanjang aku prepare untuk pertandingan syarahan bi tu kan, sepanjang tulah aku perasan dia senyap senyap jegil mata ke atas lah, ke tepi lah..

Kalau dia tak buat camtu pun, aku boleh baca dari mata dia tu yang ada la tu benda dia tak puas hati.

Aku bukan tak suka fikir positif. Tapi kalau vibe yang diberi dah macam tu, nak kata apa lagi. Tapi aku pura-pura tak nampak je. Still gelak gelak macam takde apa-apa.

Even masa exam paper bi pun, kalau aku nak record part speaking, (silibus KSSM, English Paper 4. bukan untuk SPM sebenar), dia selalu kacau aku.

Eii mata dia tu, memang aku boleh baca. Aku ni speaking bukannya bagus sangat. Tahun tu dah masuk tahun kelima aku perasan dia macam tu.

Tiba tiba datang bagitau kelebihan dia and kita apa je yang kita cakap masa speaking. Bukan sebab she wanted to know. But sebab dia nak compare dengan dia punya speaking.

Start dari situ, aku mula tak senang kalau cikgu share result satu kelas. Aku paling rendah ke, aku paling tinggi ke, aku biasa biasa ke, aku mula tak senang kalau B tahu apa pun result aku.

Si B ni, bahkan kalau aku tinggi 2 cm daripada dia pun, dia tak senang. Mula lah dia spot insecurity aku. Katanya aku tinggi sebab kepala aku besarlah, apa lah,,..

Dia kata aku dengan dia lebih kurang je tingginya. Memang lah lebih kurang. Tinggi antara kita cuma 2 cm je. 2 cm tu bukan ketara sangat pun. Memang lah nampak lebih kurang, bongok. Aku ni bukan lampai sangat pun. Tapi tulah. Aku diamkan je.

Pastu, tadi aku ada mention pasal geng good girl yang rapat dengan si A tu kan. Lambat laun, aku dapat tahu yang A dan B ada dalam group whatsapp diorang.

Aku terkesima kejap.

”Kitakan trio.

Tapi, rupanya korang dah berkawan dengan orang lain.”

”Berkawan dengan orang lain tak salah. Yang salah tu, korang tak ajak aku sekali berkawan dengan kawan baru korang.”

”Aku tak cukup layak berkawan dengan kawan baru korang yang serba baik tu sebab aku nakal? Aku tak match?”

Tapi macam biasalah, itu monolog dalam hati je. Nak utarakan kat diorang, aku tak reti.

Sebab tak match I don’t care sangat. Cuma terkesima. Dalam trio kami, depa A dan B ada dalam group tu kecuali aku. Walhal kami trio.

Hanya bertiga. Aku takde kawan rapat lain.

Sedalam mana pun lukanya aku, aku tetap setia sembunyikan luka-luka terasa dan masih sama hyper nya aku bila dengan diorang berdua, buat-buat macam takde apa yang berlaku.

Aku ni hyper personalitinya. Aku jadikan perangai ‘hyper’ aku tu sebagai benda untuk cover yang aku ni tengah sedih sangat dalam diam.

Itulah aku. Gelak je lebih orangnya. Dalam diam nohhh luka nokk mendalam.

Ni part favourite aku nak cerita pasal si B ni. Part yang paling painful sekali selama kami berkawan, yang membuatkan lepas tu aku tak bercakap langsung dah dengan dia. Dengan erti kata lain, lost contact. B uji mental aku.

Aku ada depression and anxiety sejak sebelum aku kenal dia lagi. Bekas childhood, dan dicabar lagi atas faktor keluarga dan kewangan. Tapi aku tak pernah tunjuk dan bagitau siapa siapa termasuk dia.

Setahun sebelum aku SPM tu adalah tahun yang sangat teruk bagi mental aku.

Tapi aku memang tak pernah tonjolkan kegelisahan aku tu sebab aku kan hyper perangainya.

Ceritanya, dalam kelas, aku lukis visual yang menggambarkan aku tengah stress or something bad happen.

Aku lukis seorang budak dalam posisi berpeluk tubuh sambil kepala tunduk. (harap yang baca ni boleh bayanglah. pose orang merajuk). Pastu sekeliling tu ada contengan kasar cincai cincai.

Aku conteng tu guna pensil tapi aku tekan kuat kuat sampai karbon pensil tu tebal sangat atas kertas. Aku conteng diam diam je. Takde siapa tengok.

Takde lah aku tayang contengan yang bukan bukan tu. Tiba tiba si B datang dari belakang. Aku cepat cepat sorok. Dia nampak apa aku buat. Dia senyum je. Sinis gila. Senyumannya jahat betul. Senyuman mengejek tu. Aku tahu.

Esoknya ada kelas tambahan. Masa tu, B dengan senyumannya yang sinis dan mengejek cakap kat aku :

“Kau sebenarnya saja je kan pura-pura depression. Kau sebenarnya okay je. Cuma kau saja je nak pura-pura ada depression padahal kau takde masalah langsung. Takde pun anxiety, depression, semua tu kan?”

Aku tergamam gila b**i. Terguris gila aku. Kau kata aku tak banyak masalah? Perhh. Dahlah setiap masalah yang aku cerita, dia suka rendah rendahkan.

Dahlah tak pernah ‘put yourself in other’s shoes’ masa dengar cerita orang. Cuba memahami pun takde. Inikan lagi empati. Dia ingat sebab aku banyak gelak and mudah terhibur, aku takde masalah agaknya. Dia tak tau dialah antara masalah tu.

Dialog dia tu terngiang-ngiang dalam otak aku. Sesaat je lepas dia ajukan ayat tu, aku langsung tak layan dia. Bukan merajuk, tapi tawar.

Aku memang buat dia macam tak wujud. Bukan sengaja. Aku memang biar je. Lantak kau lah.

Bergerak dengan trio aku tak pandang muka dia, tak cakap dengan dia, tak borak dengan dia, tak tunggu dia, tak berurusan dengan dia lagi. Aku bukan saja saja nak palau. Aku bukan pulaukan dia.

Tidak sama sekali. Aku dah penat. Dia memang dah tak wujud dah walaupun dia depan mata aku. Dia ada ke, dia takde ke, lantaklah. Dia memang tak de. Kat dorm, katil kami sebelah sebelah je. Katil double decker. Kami berdua katil bawah.

Aku siap pasang kain batik sebagai benteng walaupun pada awalnya kain batik tu tujuannya untuk tutup silau cahaya lampu. Aku tak nak pandang muka dia.

Kalau dia bercakap dengan aku, aku cakap benda yang perlu je. Kalau jawapan yang perlu tu cuma sepatah, haa sepatah lah aku jawab.

Walaupun tahun tu kami dah habis sekolah, kami ada lagi dua paper SPM yang kami bertiga tak ambik dan kena ambik pada tarikh yang ditetapkan.

Dua paper tu kami tak ambik sebab kami kontak rapat classmate kami yang positive COVID. Aku dengan A dan B SPM zaman COVID-19.

Kementerian masa tu suruh kami duduki semula SPM ikut pusat khas yang ditetapkan oleh pejabat daerah masing masing. A dan B ada sekali. Orang lain dah habis SPM, kami yang kontak rapat dan ex pesakit covid ni belum.

Masa ni aku memang hadap muka dia lagi. Luka still ada tapi aku dah okay lah cakap sepatah dengan si B ni dan mula beramah sikit. Berseloroh macam biasa seakan akan personaliti sebenar aku keluar perlahan lahan.

Aku ada sebab tersirat. Sebabnya adalah aku nak jadikan moment tulah yang moment paling hujung aku akrab dengan dia. Lepas je SPM, aku sukarela nak lost contact dengan dia. Sekarang memang dah lost contact dah pun.

Dalam masa aku tengah beramah dengan dia tu, aku perasan je dia cuba nak pulaukan aku balik. Dia berdua hanya dengan A. But you know, saat tu, aku tak kisah dah. Buatlah apa kau nak. Aku lantakkan aje.

Kadang A dan B ni ada je try nak buat aku rasa adaptable dengan diorang. Tapi aku tak mampu dekat dengan diorang bila teringat luka dari si B tu.

Yang aku perasannya si B ni, selama aku mendiam, dia dapat rasa yang aku buat dia macam tak wujud. Tapi, haa ada tapi. Tapi ada dia tanya what’s wrong? Instead, dia pura pura macam takde apa apa jadi.

Hari last aku jumpa dia masa kami resit English Paper 1 and Paper 2. Kami nak balik dah petang tu. Mak masing-masing dah tunggu.

Sebelum keluar pagar tempat kami jawab exam tu, dia ada pandang aku then cakap “bye (nama aku). nanti kita tak jumpa dah”.

Aku pun balas. “Bye”. Dan masing-masing balik. Lalu dia pun pergi ikut geng kawan baru budak budak muslimah dia tu. Yang ada A sekali tu. Itu hari last aku tengok dia.

Lepas dapat result UPU, dia adalah tanya thru whatsapp aku sambung belajar kat mana, ambik bidang apa. Walaupun dia seorang yang competitive, sepanjang kami berkawan adalah jugak dia support aku. Cakap tahniah dan ucapan ucapan yang sewaktu dengannya.

Kalau betul dia maksudkan, aku okay jelah. Kalau sebaliknya, aku memang lantakkan jelah. Malas aku nak makan hati.

Aku pernah cakap yang aku pernah terfikir nak jadi guru atau arkitek. Bila aku cakap nak jadi cikgu, dia kata ”Eee membosankanlah. Takde cita cita lain ke?”.

Masa dia tanya aku sambung mana tu, aku adalah bagitau yang aku ada dapat dua tawaran universiti. Satu course pendidikan, satu lagi course seni bina.

Course apa aku tak nak cakap. Aku sebut fakulti je. Aku taktau lah apa lagi yang dia rasa lepas nampak aku dapat dua dua tawaran yang aku minat.

Apapun, aku tak bagitau B pun aku sambung course apa dan universiti mana. Tak payah tahu kewujudan aku sangat. Aku bukan nak bersembunyi. Nak bersembunyi buat apa. Aku nak tenang je.

B ni baik orangnya. Orang lain janganlah fikir dia tak baik pulak. Dengan aku je kot dia macamtu. Depends on tuah korang la kalau dekat dengan dia.

In case kalau dipertemukan balik, anggap jelah yang aku dan B ni terlalu asing. Tak payah nak acah sad sad sangat. Sebab aku trauma dengan orang yang competitive dan toxic macam dia. Orang yang dalam diam paling tepuk tangan kalau aku jatuh.

Sejak berkawan dengan A dan B ni, aku mula belajar yang bukan semua benda kita kena bagitau orang. Aku belajar untuk move in silence.

Jangan bagitau orang apa pelan kita atau akan ada yang cuba jatuhkan kita. Jangan tunjuk kat orang apa yang kita buat (padahal tak seberapa sangat).

Yang pasal trio tu, aku belajar yang aku adalah orang second choice. Orang kedua yang diorang akan cari kalau first choice diorang takde.

Senang cakap, kawan sampingan. Tak berapa penting.

Aku tengok A rapat dengan kawan baru dan B tergolong sekali. So kalau aku takde apalah sangat.

Aku bukan nak menge’vibe’ sedih sedih ke apa. Aku pemaaf orangnya. Pemaaf, dan juga pe ‘lantak kau lah apa nak jadi’. Atas sebab aku orang yang matang, aku pergi je.

Dan aku akui, mental aku perlahan lahan bertambah baik. Serious makin better. Let go je lah. Bukan let ‘them’ go. But let ‘you’ go. Bukan relakan diorang menjauh. Tak. Aku relakan aku yang pergi jauh. Aku yang bebas.

– C (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *