“True Beauty” Drama Korea Versi Realiti

Assalamualaikum, pembaca IIUM Confession sekalian. Kali ini saya nak share kisah realiti yang terjadi dalam kehidupan saya.

Saya yakin kebanyakan pembaca ada yang tergolong daripada peminat KDrama. Saya bukan peminat Kpop atau KDrama, tetapi saya rajin menonton klip video pendek dalam Facebook.

Jadi, alkisahnya, drama True Beauty yang berkisarkan isu kecantikan mendapat sambutan tinggi tahun lepas.

Apa yang terjadi pada watak heroin, itulah yang saya hadapi sampai sekarang.

Dulu, saya berkulit gelap dan berjerawat. Masa tu saya tiada ilmu atau duit untuk beli produk kecantikan. Saya pernah ditegur rakan sekelas lelaki.

“Kenapa kulit kau makin gelap?”

Tersentak saya dengan soalan lelaki itu. Ketika itu di zaman sekolah, sekitar tahun 2013 macam tu. Saya melihat rakan sekelas saya yang berkulit putih dan cantik menjadi idaman senior-senior sekolah.

Mereka sering kali di-usha oleh senior-senior terutamanya mereka yang berjawatan pengawas. Akibatnya, saya menjadi iri hati dan sedih. Saya lihat wajah saya di cermin, saya termenung.

2 tahun kemudian, saya mula ada sedikit duit dari hasil simpanan sendiri untuk beli skincare.

Bayangkan, duit belanja sekolah yang ibu bagi tiap-tiap hari saya simpan. Tak beli makanan pun di sekolah. Jadi, saya ada jugalah dapat membeli krim kecantikan, bedak asas dan lipstick.

Ketika tingkatan 4 dan 5 macam tu, saya memakai bedak dan lipstick yang ikut warna darah tu ke sekolah.

Saya menutupi kulit kusam dan parut-parut jerawat dengan bahan mekap. Masa tu kulit saya tak gelap sangat, cuma kusam.

Ya, saya tahu mesti anda semua yang baca akan cakap,

“Eeee.. apa pakai mekap pergi sekolah?”

Itu yang terjadi hakikatnya. Saya memakai mekap ke sekolah. Hanya bedak asas dan lipstick! Tak ada bulu mata palsu, tak ada kening lukis, tak ada blusher, tak ada eyeshadow. Hanya dua benda tu saja.

Bermula dari saat memakai mekap, fuhhh! Berubah 360% layanan manusia terhadap saya. Senior-senior, pelajar lelaki sebaya yang tak pernah pandang, terus mengurat!

Hari-hari ada sahaja senior lelaki tegur-tegur sambil tersengih. Yang sebaya pun sama. Saya jenis tak melayan, tapi saya gembira sebab tak jadi “halimunan” lagi.

Akibatnya, rakan-rakan sekelas yang cantik itu mula la cemburu sebab kedudukan mereka tergugat. Tapi, saya abaikan mereka. Saya teruskan saja ke sekolah dengan kecantikan BARU yang saya cipta.

“Awak pakai apa ni? Putihlah awak” pernah juga ditegur oleh pelajar lain, tapi saya senyum saja. Tak pernah sekalipun saya bagitahu yang saya memakai mekap.

“Hai awak!”

“Nak kenal boleh”

Ada sekali tu, ada seorang pelajar lelaki sebaya yang psiko, sanggup kejar saya masa balik sekolah semata-mata nak jalan bersama-sama.

Hari-hari begitu. Sampaikan saya naik rimas. Saya menjadi perhatian dan pelajar lelaki tak habis-habis nak mengurat saya.

Pergi saja mana-mana program, mesti saya akan menjadi perhatian. Ada saja yang nak meminta nombor sana – sini. Saya sudah lali dan memang sah-sah takkan melayan mereka.

Perkara ini berlanjutan sampai sekarang! Ya tahun 2022 ini.

Sekarang saya sedang menuntut di sebuah universiti awam dalam kursus ijazah. Sampai sekarang saya dingurat oleh kaum lelaki yang beranggapan saya seorang yang cantik.

Sedangkan jika saya tanggal mekap, kulit saya kusam dan berparut. Mujurlah sekarang musim Covid, sebab saya kerap memakai mask.

Kuranglah tatapan manusia terhadap saya. Saya akui, sukar saya nak tinggalkan mekap kalau keluar dari rumah. Wajib kene ada foundation, atau bedak.

Bayangkan, saya selalu bare face di asrama. Saya akan pastikan tiada sesiapa yang melihat rupa sebenar saya.

Ada sekali tu, classmate datang nak ambil barang, saya terus letak clay mask biru kat muka sebab saya tak sempat nak letak bedak. Bila keluar nak buang sampah, saya pakai tuala tutup muka supaya tiada perasan muka saya.

Betapa takutnya jika orang melihat muka sebenar saya. Fuhh! Fobia saya macam ni. Itulah kisah hidup saya yang terpaksa saya hadapi sampai sekarang.

Satu hari nanti, lepas tamat belajar, saya nak rawat kulit muka saya sampai flawless dan beranikan diri untuk mencintai wajah sebenar.

Doakan saya kuat. Mohon jangan kecam saya.

– CIK SHADOW (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *