Assalamualaikum semua. Aku tulis pasal true friendship ni bukan apa, aku tengok kebanyakannya susah kan nak cari kawan yang susah senang sama-sama. Tak kisah lah berlainan jantina atau bukan.
Aku pelik, kenapa kalau perempuan rapat sikit dengan lelaki, orang cakap,
“Kau dengan dia ada apa-apa ke?”
Sedangkan aku tak ada apa-apa. Bercinta pun tak pernah, ni nak cakap ada hubungan. Macam pelik pulak kan?
Aku jenis suka tolong orang bila orang tu ikhlas perlukan bantuan. Bukan sebab minat ke apa. Baik tak payah tolong terus kan kalau macam tu. Sekarang aku nak cerita tentang pengalaman aku sendiri dalam nak kenal apa itu true friendship. Patut kena hadam baik-baik.
Pengalaman aku sendiri semasa di IPT, aku mengaku memang susah nak cari true friendship. Tambah-tambah lagi bila nak dekat exam, aku dah dapat tengok perangai sorang-sorang.
Aku tak kisah tau kalau sesama kawan share benda yang bermanfaat. Kita nak berjaya tak kan nak kedekut kan? Nak pandai, nak berjaya, mana boleh sorang-sorang. Ajak lah kawan sekali kan. Aku sempat tengok kawan aku ada mintak suruh share nota.
Dalam hati, mesti akan ada jugak kawan yang lain akan share. Aku tak sangka pulak diaorang suruh mintak pada orang lain untuk rujukan. Walaupun aku rasa semua dah ada nota untuk tajuk yang sama. Lagi-lagi nak exam kan? Mana sempat nak cari nota-nota kat orang. Harap nota yang ada. Tambah pulak esok nak exam. Tak kan malam ni baru nak cari.
Aku terus pm dia. Aku bagi nota yang dia nak tu. Tetiba dia sedih. Aku tanya dia, sebab apa dia sedih. Dia cakap macam ni pada aku,
“Terima kasih sebab jadi supportive member. True friendship susah nak cari.”
Aku terkejut. Dia terharu ke?
Lepas tu, baru dia post tentang kegiatan dia. Dia kena handle program penting pulak minggu exam ni. Aku pun balas pada dia,
“Aku tolong pada yang mampu je. Sekarang tak payah bukak buku. Baca je nota yang aku bagi.”
Busy pulak dia minggu tu. Dalam nak exam lagi. Kena ada komitmen lain. Aku tak sangka la pulak sampai macam tu.
Nampak tak kat sini true friendship tu apa? Bukan kau kawan sampai bergeng tau. True friendship ni maksudnya kau tolong dia. Tak kira susah ke senang. Ingat tu. Walaupun sikit je kau buat pada dia, dia akan ingat kebaikan kau sampai mati.
Kalau setakat kawan bergeng, buat baik dengan geng kau, tu bukan lagi taraf true friendship okeh!
Setakat ini dulu lah confession aku. Aku harap perkongsian aku ini bermanfaat untuk semua.
– Mia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit