Assalamualaikum semua.. Andai confession ini telah di approve oleh admin, terima kasih..
Saat manusia lari daripadamu Allah tidak pernah meninggalkanmu.
Saat manusia mengecewakanmu Allah ada bersamamu.
Saat manusia menghancurkan hatimu Allah mendengar setiap luahanmu.
Andai kau gembira bersyukurlah kepada Allah dan andai kau sedih dan kecewa mengadulah kepada Allah..
Bila kita jatuh cinta dekat seseorang.. Apa yang kita akan buat? Mesti kita stalk habis habisan.. Andai manusia yang belum tentu akan setia dengan kita mampu kita stalk, kenapa cinta Allah yang setia dan takkan pernah tinggalkan kita, kita nak biarkan. Tips nak stalknye macam ni:
1) Bila kita cinta dekat Allah kita perlu menghadiri majlis agama sebab dekat situ kita akan dengar banyak perkara tentang Allah.. Alah tentang kisah cinta Allah yang maha agung kepada hamba-Nya.. Mesti kita akan dengar banyak kebaikan yang Allah berikan kepada kita sebagai tanda kasihnya Allah kepada kita… Usrah (Bulatan gembira) juga adalah majlis agama.. Bestnya duduk dalam bulatan gembira ni sebab semua yang ada dalam bulatan gembira tu bersama sama sedang mengejar cinta Allah dan hati pun akan tenang dan lapang.. Best kan.
2) Kita perlu dekat dengan orang orang soleh.. Kenapa agaknya ye bila kita berada dengan orang soleh hati rasa tenang je. Kehidupan orang soleh ni semua berlandaskan rasa cintanya kepada Allah dari segi tutur kata, akhlaknya. Orang orang yang soleh akan selalu berusaha mengejar cinta Allah dengan melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan Allah… In shaa Allah kita akan semakin dekat dengan Allah dan sama sama jadi orang soleh.
3) Lagi nak buat apa ye… Lagi kita bacalah Al-Quran… Kalau orang dulu dulu jatuh cinta dia akan hantar surat dekat orang tu.. Tapi alangkah agungnya cinta Allah kepada kita sampaikan Allah bagi surat cinta (Al-Quran) kepada kita sebab nak suruh kita tambah tambah lagi dekat dengan Allah.. Al-Quran ni diibaratkan seperti skrip kehidupan untuk kita umat Muhammad ni.. Perkara yang dah berlaku (kisah nabi nabi dulu) untuk menjadi peringatan kepada kita, kehidupan kita seharian (perasaan, masalah) dan kisah yang akan berlaku (indahnya syurga, keadaan di neraka, dahsyatnya kiamat) Allah dah ceritakan semuanya dalam Al-Quran sebab nak suruh kita buat persiapan untuk mencintai Allah dan menghadapi perkara yang akan datang. Bayangkan ketika membaca Al-Quran tu Allah sedang berbicara dengan kita… Nak tahu sweetnya cinta Allah terhadap hambanya, aku terkesan dengan satu hadis ni.. Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Saw bersabda: Allah berfirman:
“Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingat-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam suatu kelompok, Aku mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekati-Ku satu jengkal, maka Aku mendekatinya satu hasta. Jika dia mendekati-Ku satu hasta, maka Aku mendekatinya satu lengan. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari”.
Sweetkan.. Di sini aku nak share tentang kisah para penghafal cilik yang berjaya membuatkan aku tersentuh hati dengannya..
Beberapa hari yang lalu aku sedih sangat, tapi kesedihan tu hanyalah perkara keduniaan je.. Aku scroll la laman youtube, tanpa disangka aku terbaca satu tajuk video yang berdurasi beberapa minit “Hafiz Indonesia”. Lepas aku tengok video ni aku rasa ada benda yang lagi aku patut sedih dalam kehidupan ni. Banyak umurku tersisa begitu sahaja. Sebelum ini pun aku pernah melihat video “Hafiz Indonesia-Kayla” kalau tidak silapku… Kayla si gadis cilik yang celik hatinya. Di sebalik mata yang tidak mampu melihat, dia mampu menhafal dan mengingat semua 99 nama Allah… Takkala aku mendengar dan melihat videonya… Hatiku sebak mendengar nama nama Allah yang sempurna sifatnya keluar dari mulut hambanya yang tidak dapat melihat… “NIKMAT ALLAH YANG MANAKAH YANG ENGKAU DUSTAKAN”.
Video “Hafiz Indonesia” yang baru sahaja aku lihat adalah tentang hafiz cilik Ahmad dan Kamil… Ahmad dan Kamil kehilangan ayah sejak kecil dan bukan datang daripada keluarga yang senang… Takkala peserta peserta lain ditemani oleh ibu bapa masing masing setiap kali pertandingan namun mereka hanya memandang kerusi kosong sahaja (tempat ibu mereka).. Ada part tu ibu diorang datang.. memang rasa sebak di hatiku… Ahmad dan Kamil dah pun hafal 30 juzuk al-quran dan banyak hadis. Memang diorang ingat ayat quran tu dekat page mana, dekat atas @ bawah, juzu berapa… “NIKMAT ALLAH YANG MANAKAH YANG ENGKAU DUSTAKAN”.. Bercucuran air mataku sambil melihat video ni.. Ketika kanak kanak seusianya sedang sibuk dengan perkara keduniaan macam gajet dan media sosial kanak kanak ini sedang memasukkan bacaan Al-Quran dan hadis di hatinya…
Kisah hafiz Al-Quran iaitu Kamil dan Ahmad ni terinspirasi daripada kisah Fajar yang lumpuh akal fikiran… Fajar lahir pramatang, jadi terpaksa ditahan di hospital… Semasa di hospital ayahnya akan membaca ayat Al-Quran untuk Fajar… Memang Fajar lumpuh akal fikiran tapi Fajar mampu menghafal 30 juzuk Al-Quran… Allahuakbar.. “NIKMAT ALLAH YANG MANAKAH YANG ENGKAU DUSTAKAN”.. Jika nak dibandingkan dengan kita yang sihat ni, Al-Quran telah pun dihati dia…
And satu lagi yang paling terkesan di hati aku seorang syeikh cilik dari Yaman yang didatangkan khas di Hafiz Indonesia… Ni lagi menyentuh hatiku yang hampir mengeras dek khilaf yang lalu.. Matanya juga tidak dapat melihat tapi mata hatinya sedang melihat.. Buktinya dia telah menghafaz 30 juzu Al-Quran juga dan banyak hadis… di mana ayat itu berada, juzu keberapa.. semua fasih dijawab olehnya takkala ditanya. Aku menangis lagi ketika duta Yaman bertanya kepadanya “Adakah anda ingin melihat?” lebih kurang macam tu soalannya.
Nak tahu apa jawapannya “La (tidak), aku tidak ingin melihat kerana aku ada menghafal satu hadis: (Barangsiapa yang buta kedua matanya yang menghafal Al-Quran maka syurga adalah untuknya)”. “NIKMAT ALLAH YANG MANAKAH YANG ENGKAU DUSTAKAN”. Besarnya kekuasaan Allah untuk hambamu ini ya Allah agar menjadi pengajaran buat kami manusia yang lebih sempurna fizikal daripada mereka ini supaya meletakkan Al-Quran di hati dan mengamalkan isinya.
Bacalah cerita ringkasku ini tentang beberapa orang hamba Allah yang meletakkan Al-Quran dan hadis di hati mereka di saat mereka masih kecil… Moga kita juga tergolong dalam golongan mereka yang celik Al-Quran dan hadis lalu mengamalkannya. Amin..
Kalau korang rasa nak tengok video video ni untuk dijadikan iktibar taip je “Hafiz Indonesia” di youtube. Dan kalau nak tengok si cilik yang aku ceritakan taiplah nama nama di atas yang aku sebutkan. Jangan lupa tengok ya..
Tengok dengan mata hati. Cuba kita flashback balik dengan diri kita adakah kita tergolong juga dalam kalangan mereka yang celik Al-Quran dan hadis.. In Shaa Allah kita sama sama boleh..
Sebarkanlah, andai korang rasa benda ni semua orang perlu tahu.. Andai kita rasa hubungan dengan makhluk porak peranda maka semaklah balik hubungan kita dengan pencipta.
Yang Buruk datang daripada: Diriku.
Yang Baik datang daripada: Allah.
Untuk: Diriku dan kalian.
– Cik Mot May
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit