Hi semua, nama saya Titi (bukan nama sebenar). Saya berumur 25 tahun.
Di sini saya nak cerita tentang tajuk di atas. Harap saya boleh dengar pendapat dan comment semua pembaca about my current situation ni. Maaf kalau ada adegan yang kurang digemar.
Alkisahnya saya seorang anak bongsu dan hampir kesemua adik beradik saya sudah berkahwin dan ada anak masing masing.
Lepas kakak saya kahwin pada 2021, saya jadi kosong, hilang tempat mengadu, kawan baik dan seorang kakak yang saya selalu keluar bersama kalau nak pergi mana-mana.
Tambah pulak dengan suami nya yang saya kurang gemar. Jadi, saya pun rasa sedikit panik lama kelamaan tu when i have no one to talk to.
Saya boleh dikatakan banyak jugak la failed talking stages. Mungkin sebab saya memilih dan saya tak gemar orang tu or vice versa.
So one day, saya try pergi ke website untuk bercakap dengan stranger ni. Pada haritu pulak, saya chat lah dengan seorang lelaki ni. Chat punya chat, malam tu dia ajak jumpa.
Saya ni pulak fikir ‘why not, maybe he’s the one’ kan (ya sangat bodoh). Jadinya saya pun keluarlah dengan lelaki tu – saya panggil dia Joe (nama samaran dia).
Joe ni baik, anak soleh (katanya), anak mak (boleh confirm) & very easygoing. So masa first meeting tu kami just beli McD. Borak tak ingat dunia, we shared alot about our personal issues and rant about our workloads.
Saya fikir dia ni boleh tahan and quite goodlooking (tbh). So, kitorang pun decide nak keluar next time.
Masa 2nd time we meet, dia dah tunjuk belang. Dia mula nak kiss and do some weird horny people would do. Tapi saya tak boleh buat apa sebab i was in his car. Takkan saya nak lari pulak nanti dia langgar macam mana.
So the meeting went like that plus we shared our stories lagi, boleh dikatakan saya rasa macam dah kenal sangat dengan dia. Saya tahu family dia macam mana, dia study apa and dia tak suka apa saja.
Saya fikir dia cukup layak untuk jadi my true love, mungkin sebab itu juga saya relakan diri di perlakukan seperti wanita bodoh.
Third meeting and then fourth meeting pulak. Saya mula rasa tak sedap hati bila dia stop kereta dia kat depan kilang & bawah pokok. Saya taktau apa jadi dengan diri saya waktu tu, semua saya iya kan saja. Malam tu dia kata nak ‘buat’ dengan saya.
Nak jadikan cerita, he took my virginity away. Saya menangis lepas tu, dia cakap it’s okay, I’m here. Jadi kata kata dia buat saya yakin macam dia takkan tinggalkan saya. Jadi malam tu macam biasa, dia hantar saya balik.
Balik rumah, saya menangis lagi fikir apa yang saya buat. Saya macam tak boleh terima diri saya lagi sebab kotor.
So next weeknya saya text dia, saya decide to not meeting him again & saya tak nak ‘buat’ dah. Joe cakap ok tapi dia yakinkan saya lagi kita boleh text lagi and jumpa makan makan. Saya balas ok saja.
The next day, saya text dia masa working hours (which bagi dia maybe annoying). Few hours later, he went missing – Joe hilang dari radar. Saya menangis lagi. Sedih sama ada sebab dia buat saya atau sebab dia hilang dah.
Saya try cari dia dekat LinkedIn, Joe is a Mechanical Engineer, dulu study UTP, Grad batch 2021 and now dia bekerja di syarikat MNC di KL.
Walaupun saya dah jumpa LinkedIn dia, saya masih fikir sama ada patut ke saya message dia dan tanya kenapa dia hilang?
Atau tanya dia tukar nombor ke? Atau dia terdelete chat saya? – sampai hari ni saya tak message pun apa apa.
Saya sendiri tak kuat sebab ada suara kecil dalam hati saya cakap yang dia hanya nak mempergunakan saya. Bila dah amik hak orang, dia blah begitu. Sangat tidak guna.
Saya depressed dan kurang gemar nak bergaul dengan sesiapa selepas kejadian tu. Saya tak bagitahu sesiapa. Luka dalam diri saya, hati saya masih ada.
Saya dah jadi susah nak percayakan lelaki. Hari hari saya tanya pada Allah swt, adakah saya dapat rasa true love tu satu hari? Will i ever get married? Masih ada ke lelaki yang betul betul suka saya dengan setulus hati? (Macam tak ada harapan dah sebenarnya.)
In conclusion, kalau Joe datang balik & text me again, saya harap dia akan minta maaf sebab banyak benda berlaku. Saya tahu dia tak akan message/text dengan saya sebab dia dulu nak main main saja.
Tapi, saya harap dia akan kembali sebab saya dapat rasa dia memang baik cuma malam tu saja kami tak dapat berfikir dengan waras.
Saya harap semua pembaca dapat doakan dia message/text saya balik sebab banyak yang saya nak cakap dekat dia, nak marah & nak salahkan dia.
Ya. Sebab saya memang kejam dan dia tak layak untuk hidup tenang dekat luar sana. Saya nak dia rasa sengsara dan hidup tak aman selamanya. If you rasa you guys kenal Joe ni, tolong bagitau dia untuk pergi mam***.
Sekian terima kasih. Saya juga harap pembaca dapat doa kan saya bertemu jodoh yang sejati dan saya juga doakan semua pembaca agar sentiasa dirahmati Allah swt. Xoxo.
– Titi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit