Salam/hi semua. Minta pandangan dari kaum adam & hawa tentang kes saya ni.
Saya bahasakan shuben sebagai Eppu. Eppu katanya seorang ex-smoker (dia janji utk berhenti rokok since kenal dgn saya sebab tu syarat utama saya kalau nak berkenalan). Kami kenal 4 tahun sebelum berkahwin.
Kami berkahwin baru 2 tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Kisahnya bermula sejak saya mengandung. Eppu kantoi ambil pil k*** dan hisap rokok secara sembunyi2 di rumah kami (dalam tandas?).
Terkantoi sebab saya terjumpa bekas simpanan tu. saya confront Eppu selepas beberapa lama sebab taknak terlalu emosi.
Saya tanya dia baik2 dan dia memang tak mengaku. Saya nangis2 cakap yang saya masih sayangkan dia, hormat dia dan saya minta dia jujur dengan saya. Masih tak mengaku. Jadi saya rasa sangat tertipu dengan Eppu.
Akhirnya saya bagitahu yang saya jumpa bekas tu. Eppu menangis minta maaf dan bagitahu saya dia hanya nak tolong kawan yang jual tu sebab kawan tu sangat2 perlukan duit (Eppu pun bukanlah orang senang). Tapi benda tu kan haram.
Saya buang semua pil2 dan rokok tu. Saya bagitahu kalau sekali lagi kantoi ambil barang tu atau hisap rokok, saya nak minta cerai dan saya maafkan Eppu untuk kali ini.
Sebelum ni dia akan cuba utk tak merokok depan saya. Tapi saya tahu dia masih merokok sebab bukan mudah nak berhenti & saya pernah terjumpa sekotak rokok di rumah kami masa awal-awal kahwin dulu.
Sejak dari itu, saya memang dah susah nak percayakan Eppu.
Lagi satu, Eppu terkantoi tengok p**n. saya terbuka fon dia dan nampak dia like posting p**n.
Sebelum ni saya tak pernah cek fon Eppu tapi haritu saya terbuka salah satu medsos Eppu yang digunakan bukan atas nama dia (dia guna nama samaran) tapi saya tahu tu akaun dia based on DP dan media/foto yang dia post.
Dan tarikh posting p**n yang di like tu adalah baru lagi, which is semasa saya masih mengandung. Padahal semasa mengandung saya tak pernah culas penuhi nafkah batin Eppu bahkan dia yang pernah menolak secara baik semasa saya minta.
Isu p**n ni juga saya dah confront dan minta dia untuk berhenti tengok benda2 tu. Kalau nak apa2 boleh minta dengan saya as wife dia..
Sebab bila kantoi tengok benda ni, ia buatkAn saya selalu rasa insecure dan dalam doubtful mode. Saya tak cukup cantik ke? Tak bagus ke? Bukan pilihan hati dan mata dia ke? Dia ada siapa2 dibelakang saya ke? Kenapa tak boleh tundukkan pandangan kan dah kahwin isteri ada?
Selepas bersalin, saya berpantang di kampung. Eppu akan balik pada hari cuti. Kebiasaannya pada hari kerja, Eppu memang akan bagitahu saya sekiranya dah masuk kerja/sampai tempat kerja (habit dia since dulu, saya tak minta untuk update pun – tapi saya suka dia inform saya).
Ada beberapa hari yang Eppu tak update, jadi saya akan text dia dulu tanya pasal hal yang tak berkaitan dengan kerja (eg. dah makan ke? sibuk tak harini? banyak kerja tak? etc). Dari jawapan dia saya boleh agak Eppu pergi kerja atau tak.
Dan dia pernah kantoi MC 2 kali masa time yang dia cakap dia kerja. Saya terjumpa MC tu, Eppu tinggalkan di tempat yang terbuka.
Lagi saya rasa tertipu dan overthinking. Dia pergi mana? Dia buat apa? Betul ke dia rehat kat rumah? Ke pergi tempat lain? Dia ada perempuan lain ke? Kenapa dia nak kena tipu saya?
Saya sangat sedih. Bila saya confront, Eppu bagitahu dia taknak saya overthinking masa tu sebab masih dalam pantang. Apooo :’(
Sekarang saya buntu.. saya masih sayangkan Eppu dan cuba bagi peluang. Tapi bila berlaku kali kedua, saya terlalu sedih sebab tertipu. Rasa diri ni bodoh sangat asyik percayakan pujuk rayu Eppu.
Eppu tak pernah angkat tangan atau tinggikan suara, dan dia seorang yang solat tak tinggal dan selalu bantu uruskan hal rumah dan anak tanpa saya minta. Nafkah cukup.
Btw, saya bekerja dan gaji saya 2x ganda dari Eppu. Sebab itu, kalau apa-apa terjadi saya rasa saya masih boleh survive dan dapat jaga anak dengan baik.
Terima kasih sudi baca confession saya yang agak panjang ni. Minta pandangan dari readers. Apa yang patut saya buat? Perlukah saya proceed dengan penceraian?
Saya sentiasa doakan Eppu supaya terhindar dari kejahatan2 luaran mahupun dalaman.. tapi begitulah..
– Pipizola (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
kalau sy la sy dah angkat kaki dah.. no turning back
Puan.., Klau boleh diselamatkan r/tangga tu, cuba la jgn bercerai lg.. mngkin ini baru ‘peringkat awal’, dan puan boleh lgi bercakap scara “heart 2 heart” dgn suami.. mmg, klaw jd apa2 nt, puan bole ‘survive’, tp kehidupan puan & ank2 akn sedikit sebanyak ‘terganggu’ dan ter’affect’ dgn keadaan yg baru tanpa suami n ayah kpd ank2 tu.. mohon doa bnyak2, agar suami ‘balik ke pangkal jln’, dan menjauhi perkara2 yg x ‘sihat’ tu.. puan mngkin x dpt mngubah beliau, tp Allah mampu utk berbuat apa shj, so bermohon lah kpd-Nya dgn sungguh2.. wallahu a’lam.