Tuan Rumah Kedaun

Since saya ada baca luahan penyewa yang geram dengan Tuan Tanah. Hari ni saya kongsikan pengalaman sebagai Tuan Tanah Kedaun (TTK) yang selalu dianianya oleh penyewa tetapi TTK tidak mudah dibuli, dan membuli kembali. Ini lagak2 penyewa yang TTK hadap.

Latar belakang: TTK adalah perempuan iaitu saya sendiri. Membeli rumah subsale daripada Owner Asal dan menjadi Owner Instant kepada para penyewa, rumah. Rumah apartment 3 bilik. 2 bilik sharing berdua, dan satu bilik Single. Saya tinggal bilik Single.

Rumah fully furnished, setiap bilik katil single beserta almari satu sorang. Mesin basuh dan semua kemudahan lain ada. Internet Coway. Dan sewa adalah termasuk bill utility. Bilik Single RM350, sharing 2 patak RM220 per patak. 

Kes satu: Tajuk Penyewa suka membazir. Masa ni ada sorang penyewa baru masuk, dan ada habit suka buka paip air dan suis lampu tanpa menutup kembali.

Setiap kali dia balik kerja, saya ada di ruang tamu menonton TV, saya perhatikan dia akan on suiz bilik air dan membuka paip air dengan alasan kejap lagi nak masuk mandi (buka semasa OTW lalu bilik air sebelum masuk bilik dia, tiap kali selepas balik kerja). Dengan alasan nak penuhkan air dalam baldi sebelum mandi. Padahal bilik air ada je paip air hujan.

Tapi lepas tu masuk bilik tutup pintu, buka hp tertido. So air dan lampu di biarkan mengalir dan menyala. (bayaran bil utilities sudah termasuk dalam sewa bilik).

Kali pertama saya tegur, saya cakap, air dan lampu bukan macam enjin kereta kena panaskan sebelum masuk mandi. Boleh je buka on the spot sebelum nak mandi, kenapa buka air dan lampu lepastu masuk tido dalam bilik? Dia mintak maaf dan cakap tertido.

Hari kedua pun sama. Saya tukang tutup lampu dan air spt biasa. Terjadi lagi perkara sama beberapa kali.

Akhir sekali sebelum saya meletup, suatu hari, saya balik dari kerja dalam keadaan air mengalir tanpa tutup pada jam 6 petang lebih. Dia keluar paling last rumah sewa. So saya snap gambar hantar kat group. Saya cakap tahu la bil air dah termasuk bayaran bulanan, tapi jangan la membazir.

So dia reply sorry, balik kerja, saya tunggu depan ruang tamu dan tegur lagi mengenai perkara ni. Dia tak puas hati, dia masuk bilik hempap pintu. So nampak disitu dia tak boleh obey dengan rules.

So, saya chat di group sila keluar rumah dalam masa 24jam notis. Depo saya refund full, sewa bilik bulan itu saya kira prorate, 1 minggu sewa, so bayar itu sahaja. Dia mintak maaf dan mintak masa, saya bagi seminggu dan dia keluar mengikut notis. 

Kes dua: Suka bawa kawan luar datang lepak & tido di rumah sewa. So netakt penyewa ni saya namakan Q, dia ada kawan dengan sorang TomBoy (TB). Rumah sewa saya ni semua perempuan termasuk la saya. Parents pun tak pernah masuk, or adik beradik saya, or kawan saya, sebab paham saya duduk ada penyewa lain.

Balik kepada cerita si Q, masa 1st day masuk rumah, TB datang skali hantar & angkut barang2 dia, since rumah ni tingkat 3 tiada lift. So saya assume dia tolong angkat barang Q sahaja lah. So, lepas siap angkat barang, diaorg lepak2 depan TV ruang tamu, saya dekat dapur just berbasi2 dengan penyewa baru masuk borak2 juga la.

Masa tu saya dengar si TB cakap dengan Q okay la ni, ruang tamu besar boleh lepak2. Padahal saya dah tulis di rules ketika iklankan bilik, tidak dibenarkan membawa orang luar datang bermalam. So fine la, maybe maksud dia siang hari weekend ke nak datang lepak. Lepas tu petang diaorang keluar.

Tibe2, malam tu dekat pukul 1:00am, saya dalam bilik dengar si Q balik and TB sekali masuk tido bilik dia. (ps: diaorang memang kawan rapat, tak nampak macam lover, jangan fitnah, ni serious talk). Saya husnuzon lagi maybe dia duduk jauh luar selangor, so malam tu tompang tido dulu.

Tapi. Tidak ya. Hari kedua sama, tapi dia pandai tak nak bagi nampak dia ceroboh, dia tido berdua di ruang tamu, selepas lepak sampai malam.

So jadi lagi malam ke 2, 3 last2 macm dah menyewa berdua. Padahal bayar satu je. So saya ada offer TB utk masuk sewa sini, since bilik Q tu kosong lagi satu katil. dia tolak, katanya dah ada bilik sewa. datang lepak je. masalahnya ko package tido sini, makan mandi depan tv rumah aku. 

Kemuncak saya meletup, apabila budak bilik (another room ada dua penyewa sharing) ni dia kerja shift. so masuk kerja pukul 5:00 pagi, by 3. 0 am dia dah bangun nak siap mandi. So dia cakap dia tak tahu nak bersiap kat mana, sebab bilik dia dah ada roomate tengah tido, so tak nak buka lampu pukul takut ganggu romate tido, depan ruang tamu ada si Q dan TB terbongkang.

Dia kena bersiap di area dapur (rumah apartment ni paham2 la bukan besar pun). Dengan gelap2 yela dah org dok tido ruang tamu, tak kan dia nak buka lampu. so saya sebagai (Tuan Tanah Kedaun) aku petir bagi masa 24 jam keluar.

Dia mintak maaf dan minta peluang, tapi saya tak bagi sebab dah cukul 1 minggu aku bagi masa. Ko macam org bodoh tak paham bahasa. Bukan aku tak ajak ko duduk sewa sini, since nampak ko macam tak leh berenggang.So point dia satu je, nak bayo sewa satu patak sahaja, tapi duduk dua org. Alasan tido depan tv.

Hello rumah aku, aku la punye rules. So berambus la diaorang. Depo full dan bayar prorate seminggu sahaja saya ambil. Tak hamak duit orang. 

Kes tiga: Pengotor dan tidak cakna. Dia masak hari2 bawak bekal, okay fine la kan. masalah nya lepas masak dia biar je perkakas dan lantai dinding berminyak. Sampah pun if tak tegur tak buang. Itu saya okay lagi la, walau pun lambat dia still basuh.

Kemuncak nya, waktu tu PKP, so hari2 dia kena basuh PPE, (dia keje kilang, waktu tu musim covid) so disebabkan PPE ni benda plastik tak boleh guna mesin.

Tapi disebabkan jenis nak lepas tekak dia je, tiap malam dia akan basuh PPE dan sidai depan ruang tamu, ko bayangkan dengan basah2 air menitik-nitik, tak de pun inisiatif nak letak baldi ke kat bawah, sebab air still menitik (PPE tak leh spin mesin) ataupun atlest ko sidai dulu dalam bilik air, lepastu baru sidai luar bawah kipas, or letak je dibakoni.

Tapi sebab nak lepas tekak dia je, melecun la ruang tamu aku tiap2 kali dia basuh PPE dia, tanpa alaskan towel ke atlest. So this girl pun saya bagi notis seminggu. Keluar rumah dengan depo full dan sewa prorate bayar waktu tinggal sahaja. 

Kes empat: Penyewa pengotor. Ni pun jenis suka masak, bila orang tegur basuh la terus periuk belanga, ni siap simpan periuk sampai berkulat nasi basi. Orang next nak guna la kena basuh nasi basi dia. Kadang tu saya tegur lepas masak basuh, tapi dia cakap nak guna lagi. Okay fine.

Masalahya dia masukkan kuali dalam peti ais, sebab konon kuali tu nak pakai lagi. Padahal dalam kuali tu yang dah tinggal kuah sahaja. Saya tegur, saya cakap kalo ya pun nak lagi kuah, masukan dalam mangguk, letak dalam peti ais. Bukan ko masukan kuali sebesar alam tu, dalam peti ais sampai bau satu peti ais.

Act satu je sebab malas basuh, so dia masukan semua dalam peti ais, alasan nak PAKAI lagi. If sampah pun sama. Beli air dari luar, so tak habis minum, ko buang dulu air dan ais tu, baru la cup tu buang dalam tong sampah. Bukannya, ko masukan dengan ais2 sekali dalam bekas sampah. Nanti menitik la air tu. Mula la sampah cepat berulat sebab sampah basah dan berair.

Pastu nak buang sampah menitik air sampah dari dapur ke depan pintu utama, tapi tak lap. Buat bodoh saje. lepas saya tegur, saya cakap tak kan la benda kecik macm ni mak ayah tak ajar. Cara buang sampah, itu basic. so tak puas hati dia sendiri keluar rumah. Sama full depo dan sewa dikembalikan. 

Kes lima: Penyewa pelik. So saya ada penyewa pelik baru masuk. First2 1/2 bulan tu okay lagi. Tapi benda makin pelik bila mana tiap kali jumaat dia akan chat saya. Khamis atau jumaat, tanye ade kat rumah ke tak weekend nanti.

Masa tu kami tinggal berdua. Saya baru nikah PJJ dengan suami, so every weekend balik rumah suami. (suami tak pernah datang) sebab tahu sini rumah sewa perempuan. Al kisahnya. Saya jadi serabut, sebab kadang2 tu dia siap ketuk pintu bilik. 

Kemuncak nya, hari sabtu pagi dia pergi kerja. Balik malam. So malam tu dia tak tahu saya ni ada ke tak de dekat rumah, waktu tu saya tak balik rumah suami, saya dah tido sebab kejadian dia ketuk pintu bilik tu dekat pukul 1 pagi dh, dia ketuk.

Saya terkejut la ingat emergency. Katanya saja je ketuk, nak tahu akak ade ke tak de kat rumah sebab bilik gelap. Saya ni blank sekejap macam ni rumah saya, ke rumah dia. Saya kena report kat dia tiap kali weekend. Macam dia tuan rumah. Tanya jadual saya.

So saya syak dia ada bawak balik orang luar. Sebabtu selalu tanya balik rumah suami ke tak every weekend ya dia chat / ketuk pintu nak pastikan saya ada atau tidak. Last skali saya bagi notis juga. Depo full, bayaran sewa prorate. 

Kes enam: Bukan rumah kebajikan. Ada penyewa baru masuk. Saya namakan dia Rabbit la. So Rabbit ni okay je at first. Dia kerja shift juga. So tak sama la waktu. Saya office hour. Kadang malam dia tak de sebab kerja.

Tapi saya mushkil sebab dari awal dia masuk lagi memang dia akan basuh pakaian berbakul2. Dan pernah saya nampak macam t-shirt lelaki. Tapi saya husnuzon mungkin baju tido dia. Biasala kadang saya pn pakai baju t-shirt laki waktu duk kat rumah. So fine la. 

Sampai la kemuncaknya. Hari tu weekend, kebetulan dia tak kerja. Waktu tu saya ada di ruang tamu, ada orang ketuk pintu. So dia terus buka.

Orang tu laki, pass kan sebakul besar pakaian kotor untuk di basuh. Dia terus ambil dan bawak ke area mesin basuh untuk basuh baju. Tanpa mintak izin dan rasa bersalah. (mentang3 bil api air dan termasuk sewa, itu tidak bermakna ko boleh guna utk orang luar peralatan rumah ni)

So saya tanya. “eh kejap2, kenapa ni?” Dia reply. “owh tadi tu tunang saya, dia sewa rumah depan, rumah depan tu rumah kosong, dia mintak saya basuhkan baju dia”. Saya dalam hati, patut la ko ni hari2 membasuh baju berbakul.

Memang rumah depan tu rumah kosong (bukan fully furnish), rumah sewa budak2 laki, agak nya bukan baju tunang sahaja dia basuhkan. Semua baju jantan dalam rumah tu dia basuhkan. So saya macam blank.

Lepastu dia sambung, “tak pe kak, akak charge la RM10 setiap kali tunang saya basuh baju, saya boleh bayar”. Saya reply,

“Dobi kan ada, rumah akak ni, semua peralatan waima penyapu sekali pun untuk penyewa sahaja.. tak kisah la tu suami awak sekali pun, rumah saya ni bukan kaunter kebajikan.

Bukan masalah charge RM10 ke apa, masalah sekarang ni, macam dah tak secure la rumah akak, orang luar suka hati boleh guna pakai peralatan sumah akak. Kalo macam tu semua peralatan rumah akak awk dah bagi tunang awk pakai ya”

(sebelum ni dia ada cakap jiran nak pinjam barang) saya husnuzon ingt memang jiran datang. rupanya jiran tu tunang dia. So saya bagi notis 24 jam keluar rumah dan full deposit dan bayaran sewa prorate ikut hari yang tinggal sahaja. 

Kes tujuh: Penyewa pelik. So ni saya dah letih nak taip, saya pendekkan la ya. Dia jenis problem kot, sampaikan tinggalkan kunci rumah saya di grill, dengan alasan susah nak cabut. Padahal kunci grill tu ko kena pusing dua kali, standard la kunci, sebelum cabut, pusing untuk unclock dan pusing balik utk cabut kunci.

Tapi disebabkan bukan rumah dia. So dia biar je kunci di depan pintu. Alasan susah cabut. So if orng masuk tak pe sebab bukan rumah dia. So ni pun saya bagi notis seminggu. Full deposit dan full sewa sebab dia baru duduk 2 hari. Tapi pelik sket. So sila la cari rumah lain. 

Kes lapan: Adik intern kena tipu. So al-kisahnya, ada adik intern masuk rumah saya berdua. Okay je dua2 ni. Cuma saya perasan diaorg ni macam ada issue besar, sebab diaorang balik keje je mst stress duk borak2 berdua. Saya tanya kenapa. Ada masalah ke tempat intern.

So dia buka cerita. Dorang kena peras ugut dengan driver kereta yang diaorang dah bayar bulanan (Diaorang ni tak de transport). Driver kereta ni yang diaorg dah bayar bulanan la utk hantar diaorang ke tempat kerja, so diaorang cakap dah bayar bulan pertama.

Tiba2 baru naik dua kali kereta, dah mintak suruh bayar bulan kedua RM300 sorang (if saya tak silap). Alasan, mak ayah driver masuk ward la. Makcik baru meninggal la. Dia duk tipu dua budak intern ni.

Act rupanya budak ni baru je kena tipu dengan driver kereta sebelum ni, sebelum laki sekarang ni. Diaorang dah deal dan 300/400 dah kena tipu, bayar siap2 hari kejadian driver tak datang ambil. So cari lain, dapat pulak yang ada masalah macam ni. 

So sis call driver grab tu, sis tanye kenapa ya duk mintak duit dengan budak rumah sewa saya. Saya owner rumah diaorang sewa. Sis cakap sila pulangkan baik duit yang dua budak ni dah bayar, by monday (few days lagi) kalo tak kami report polis.

Few days later dia bayar balik duit yang dah bayar sebulan tu. Dan itu la last day dua budak ni naik. Sebab kesian kan dua budak ni, (datang dari kelantan) saya pun tawarkan diri utk jadi tukang hantar ambil diaorang. Sebab tak nak ada issu berbangkit depan hari, diaorang bayar saya RM25 seminggu charge hantar diaorang.

So sebulan RM100 sorang. Saya hantar ambil. Jarak tempat kerja diaorang dengan saya dalam 15kilo, boleh la walaupun saya jadi lagi jauh dan kena turun awal, tapi mengenangkan asyik kena tipu. So saya pejam mata. 

itu lah alkisah. Now sis dah tak ambil penyewa. Tenang hidup. Inshaallah nanti netakt dua tahun rumah apartment saya ni, akan saya sewakan kembali, sebab saya akan pindah keluar utk masuk rumah baru.

So rumah ni pun nanti sis akan sewakan dua bilik sahaja. Bilik master untuk sewa berdua. Dan bilik ke dua, sewa berdua juga. Satu bilik sis bagi adik yang perempuan duduk. Sebab dia pun baru habis belajar, dan baru start kerja.. Gitu ler….. (mintak jangan kecam) yang jadi owner je paham ragam penyewa……..

– Puan H (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Terima kasih puan sebab tolong adik-adik intern tu. Memang begitulah nasib bila buat latihan praktikal jauh dari rumah. Jika nasib baik, smooth je urusan. Kalau tak, pening kepala juga nak hadap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *