Aku perempuan berusia 30an. Sengaja aku share cerita ini sebagai panduan kepada pembaca yang mungkin sedang mengalami perkara serupa supaya berhati-hati dan mengambil tindakan selanjutnya.
Cerita ni aku bawak dari tahun awal 2010-an dahulu dimana aku masih di universiti awam, seorang pelajar dimana aku tak sengaja ter-berkenalan dengan seorang kawan sekampus wanita yang berpwatakan alim/ warak namun macam neraka isi dirinya tu.
Kawan aku ni tak sama jurusan dengan aku tapi hari-hari dia perhatikan aku buat apa, pergi mana, keluar dengan siapa dan suka lepak dengan siapa.
Memandangkan waktu tu aku suka lepak sorang-sorang, maka mudah la dia nak approach aku. Rasanya kalau aku berjalan dalam kumpulan, mesti dia takut nak tegur kan?
Aku suka bersendirian untuk semua perkara sebab aku SELESA! Tapi aku ramai je kawan, malahan classmates aku semua faham kenapa aku suka solo je. Semua ok dengan aku. Tapi, budak pompuan ni anggap budak solo lone ranger macam aku ni problematic dan mesti da isu. Eh..
Dia approach aku, dan aku selalu mebgelak la dia ni. Sampailah aku tak tahan asyik kena kacau, aku kawan la dengan dia, tapi aku rasa “serabut” dengar dia bercakap. Apa saja perkataan yang keluar dari mulut dia men”serabut” kan otak aku weh.
Lepastu, aku masuk belajar IPT lain, aku dah lost contact dengan dia jap. Tapi tidak! Dia cari aku, contact aku. Ok takpe, aku ok je.
Dia mati-mati marah aku supaya jangan study kat IPT baru aku daftar tu sebab katanya nanti tak diiktiraf sijilnya. Eh gila ke? Aku study di universiti milik sebuah GLC di Malaysia bawah tajaan GLC juga.
Aku layankan je la. Aku rasa serabut weh minah ni. Aku try fokus study dan jauhkan diri dari dia. Akan tetapi, minah ni kacau aku lagi.
Disebabkan aku dah tak layan dia, dia mula menghantar mesej-mesej emosional dan agak pelik la sebagai seorang kawan untuk menerimanya. Dah macam aku ni “kekasih” dia pulak.
Kemudian, atas dasar geram, dia hubungi kawan-kawan sekampus dengan aku dan memburukkan aku. Agak tak matang ya.
Dan alhamdulillah la, disebabkan kawan-kawan aku pun kebanyakkannya matang pemikirannya, tiada siapa pun melayan minah ni.
Minah ni stalk semua socmed aku. Habis semua friend lists aku dia add dan hubungi. Minah ni macam BIPOLAR kan?
Dia hubungi semua friendlist aku dan memburukkan aku.. adehh, kelakar pula rasa sebab tindakan macamtu mengundang rasa tidak selesa orang yang dihubungi.
Alhamdulillah la, friendlist aku terdiri dari orang yang matang, maka tiada yang melayan mesejnya. Sebahagian friendlist socmed aku sampaikan mesej minah ni kat aku. Diorang pun terpinga-pinga dengan mesej tu.
Minah ni GERAM sebab taktik memburukkan aku di hadapan kawan-kawan socmed dan nyata tak menjadi, maka dia cuba cara lain.
Dia ajak jumpa, tapi setiap kali jumpa, dia masih dengan perangai lama dia iaitu suka cerita bab agama (yang tah betul tah tidak) dan meneraka-kan orang. Ya, aku masih dikatanya ahli neraka sebab tak dapat pergi Mecca macam dia weh. Wow!
Waktu tu aku rasa hina sangat tapi berkat banyak ikut usrah, aku belajar yang Allah Maha Penyayang, rahmat Allah melebihi segalanya, dan siapalah manusia untuk judge kita. Kita bukan Tuhan kan.
Banyak kali la minah ni kata aku ni ahli neraka. Minah ni bertudung labuh tau, berjubah bagai tapi mulut dia yang seolah macam calon ahli neraka yang SAH.
Dia selalu juga merendahkan aku dan keluarga aku. Disebabkan masa dia kenal aku dulu, aku hanyalah anak yatim piatu sebatang kara, habis dihinanya aku.
Kalau ikutkan, family aku asalnya orang berada, cuma, bila family aku dah takde, banyak konflik keluarga yang berlaku menyebabkan aku pilih untuk tolak tepi keluarga dan fokus belajar terlebih dahulu demi masa depan yang lebih cerah.
Disebabkan ini, dia anggap aku ni macam anak pelarian yang tak pernah merasa kesenangan hidup sama sekali. Habis cerita yang baik pasal keluarga aku pun dikatanya aku tipu. Gila punya DENGKI!
Minah psiko ni selalu bagi ayat-ayat yang merendahkan aku, joy killer on everything yang aku berjaya grab, contohnya dapat anugerah dekan dll. Aku happy pun dia kata aku LAGHA ya!
Aku tahu dia sengaja buat macamtu agar keyakinan diri aku turun sedikit demi sedikit dan akhirnya aku sama bodoh macam dia sebab minah ni CGPA dia sendiri pun 2.0 je. Huh!
Sampaikan semua yang dia buat tu beri kesan kat aku yang mana seolah-olah aku ni jahat, ahli neraka, bukan sesiapa dan tak layak mendapat tempat di masyarakat!
Sepanjang 5 tahun berkawan dengan dia, aku banyak kali putuskan hubungan di socmed dengan dia ni sebab aku rasa minah ni pelik dan serabut.
Sepanjang aku larikan diri dari dia, dia akan cari aku guna akaun socmed palsu semata-mata nak stalk aku. Gila psiko!
Sampilah tahun ke-5 berkawan dengan dia, aku rasa semua ni TOO MUCH! Aku putuskan persahabatan dengan dia.
Terus aku cakap “Aku tak boleh kawan dengan kau sebab kau ni mulut jahat. Cari je kawan lain yang tahan dengan kau”. Dia merayu-rayu kat aku, dan aku tak layan.
Dia stalk aku lagi di socmed dan aku dah boleh detect la itu akaun palsu dia atau tak. Memandangkan aku pun sejenis yang tak berapa layan socmed dulu, so, mudahlah aku nak jauhkan diri dari dia terus.
Lama juga aku private-kan semua socmed aku sampailah akhirnya aku dah berkahwin dan pasangan aku yang banyak cuba sembuhkan trauma aku dengan si NPD obses ni. Ah legaaaa!
Lama juga nak pulih dari trauma mental ni. So, pada sesiapa yang alami pengalaman serupa, tolong jauhkan diri awal-awal dari manusia macam ni sebab dia akan hisap tenaga positif kau. Kering korang nanti.
Dan nak pulih tu susah juga. Nampak macam ok je, tapi secara tak sengaja, ia dah pengaruhi behavior kau dalam hidup. Bahaya sangat.
Just block, lari jauh-jauh. Not worth it berhubung dengan manusia gila macamni.
– Waffle (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit