Tugas Suami Mencari Rezeki

Assalamu’alaikum.

Nama samaran Meon.

Antara pembaca tegar confessions IIUM – BM.

Penghargaan diberikan kepada Tuan admin sekiranya coretan saya ini disiarkan.

Saya seorang suami yang tidak sempurna, ada sisi baik dan aibnya. Isteri seorang “domestic engineer” (suri rumah sepenuh masa).

Ada juga side income yang beliau cari melalui jualan online. Dalam sebulan Alhamdulillah adalah 300-500. Kadang lebih sikit. Alhamdulillah.

Gaji yang saya terima tak sampai 3k, KWSP PERKESO tiada. Ikut kadar Zakat selangor dalam kategori miskin bandar.

Dalam masa yang sama sedang PJJ di UiTM S.Alam.

Belajar itu juga mencari rezeki..

Penatnya mencari rezeki…

Tapi itulah nikmat yang Allah beri pada seorang suami atau lelaki.

Setelah berpenat mencari rezeki, kebiasaan saya akan pulang ke rumah dalam 11.30-12.30 malam.

Kadang-kadang pulang 2-3 pagi bila ke ‘luar negeri’.

Sebagai seorang suami pukul 5-5.30 pagi sudah perlu bangun untuk mencari dan membawa pulang rezeki.

Rezeki pertama yang perlu dicari adalah perlindungan. Nama lainnya insurans atau takaful.

“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam lindungan Allah. Maka jangan cuba cuba membuat Allah membukti janji-Nya. Sesiapa yang membunuh orang yang menunaikan solat subuh Allah akan menuntutnya sehingga Dia akan membenamkan mukanya dalam neraka”

(Riwayat Muslim)

Rezeki seterusnya

“dunia dan segala isinya”

Dua rakaat shalat Fajar (shubuh) nilainya lebih baik daripada dunia dan segala isinya (HR Muslim)

Untuk dapatkan rezeki ini perlu untuk saya sebagai suami subuh berjemaah di masjid surau. Bukan dirumah.

Sebelum ke tempat kerja bendera iman perlu dicari, sebagai benteng tambahan.

Salman al-Farisi berkata, saya mendengar Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud,

“Siapa bangun pagi untuk menunaikan solat Subuh, dia bangun membawa bendera iman. Tetapi, siapa yang bangun pagi untuk berangkat ke pasar (meninggalkan solat Subuh), dia bangun (dengan) membawa bendera syaitan”

(HR Ibnu Majah)

Tapi itulah kerana terlalu penat mencari rezeki untuk berteduh di dunia ini, rezeki akhirat kekal abadi saya kurang cari.

Oh ya kerja saya tidak terikat dengan ‘ofis hour’ tapi terikat dengan dead/thline dari client.

Rutin hari Isnin, sebagai suami pagi-pagi akan layan isteri dan anak dulu, kadang ke tempat kerja dulu. Tempat kerja merata, (virtual office) sampai lepas isyak. Kadang di K.l kadang di Bangi kadang di Cyber.

Ada keadaan pagi-pagi sebelum subuh sudah keluar ke tempat client.

Rutin hari Selasa dan Khamis selepas isyak ada kuliah ilmu (hukum hakam dan tazkiyatun nafs). Memang tiap-tiap hari Selasa Khamis akan balik 11.30-12.00 malam.

Rutin Rabu dan Jumaat selepas maghrib isyak baru ada masa untuk bersama anak isteri untuk agih2kan rezeki ilmu. Selepas berjemaah di surau pulang ke rumah untuk mengaji atau bacakan hadis.

Sabtu Ahad, minggu yang tiada kelas di S.Alam bawa jalan2 sarapan atau shopping barang dapur. Duit dah susut kami berjemaah anak beranak terbongkang pagi2 berehat. Nikmat sungguh.

Petang Sabtu akan bersiap2 pergi kerja mencari rezeki di taman-taman syurga. Di Masjid Sri Petaling, di sebut2 malam markas. Esoknya lepas Subuh baru pulang membawa sedikit sarapan pagi dan hasil tuaian di taman-taman syurga untuk dikongsi.

Selalu Isteri pagi Ahad dalam 10-11 pagi akan bersiap ke taman syurga juga, majlis muzakarah iman dan bacaan hadis.

Jadi tujuan penulisan ini sebenarnya,

selepas terbaca pengorbanan seorang suami bersusah payah mencari rezeki hingga larut malam, terdetik di hati untuk sama-sama kita fikir.

Fikir yang saya ingin lontarkan, tanggungjawab seorang suami bukan semata-mata cari dan sediakan tempat berteduh, bukan semata-mata sediakan makan minum untuk keluarga, bukan semata-mata sediakan pakai-pakaian.

Perlu untuk seorang suami fikirkan lebih jauh, kerja apa lagi yang suami itu perlu buat agar dapat sediakan untuk anak isteri tempat berteduh dari panasnya akhirat, makan minum dari lazat nikmatnya syurga, sediakan pakai-pakaian dari indahnya syurga.

Keeadaan ekonomi sekarang sangat menggila. Memang tidak cukup dengan satu kerja. Perlu dua atau tiga kerja!

Persolannya, kerja kedua atau ketiga macam mana yang suami perlu cari?

Kerja kedua atau ketiga apa lagi yang boleh suami tambahkan rezeki?

Cukup atau tidak cukup, itu ‘kurniaan’ Allah.

Dari duit gaji saya, hampir 1k saya akan peruntukkan untuk isteri dan anak (baru sorang). Tidak masuk belanja dapur, hutang motor, hutang ‘budi’ mak ayah, sewa rumah, bill api air, internet, maintenance kereta dan motor.

Ada ketika tengah bulan duit ‘ileekkk’!

Alhamdulillah makan minum cukup melalui jalan-jalan yang tidak di sangka2.

Ada jiran datang bagi makan, jiran jemput untuk doa selamat, ada makanan lebihan di surau selepas kuliah dan macam-macam cara bila Allah nak bagi makan anak isteri.

Ada ketika tengah bulan duit ‘illeeek’, kereta yang 10 tahun umurnya pula rosak. Allah bagi rezeki untuk repair. Tengok akaun tiba-tiba ada duit. Oh duit BRIM.

Alhamdulillah..kadang lupa bila duit BRIM masuk. Kalau boleh tak mau ingat bila duit BRIM masuk, belajar untuk tak mengharap.

Takut keciwa.

Kita barangkali lupa, hebatNya Allah Dia yg mencipta kita. Dia juga yang pelihara kita.

Kadang-kadang cara peliharaan Allah atas kita tidak masuk akal.

Allah tidak perlukan duit untuk bagi kita makan. Allah boleh hantar hambanya untuk kongsi makan.

Allah bertindak ke atas hambanya sebagaimana sangkaan kita padaNya.

Kita sangka baik sama Allah, Allah bagi rezeki baik2 untuk kita.

Dari zaman datuk nenek kita (malah sejak Nabi Adam diturunkan lagi) ikan dilaut tak pernah habis. Hujan di langit tak pernah kering, dan sampai sekarang, ‘rezeki’ nyawa, kudrat untuk bergerak dan berfikir untuk mencari rezeki Allah masih bagi!

Rezeki perlu dicari.

Itulah kerja seorang suami. Perlu bergerak mencari rezeki.

Dan rezeki yang perlu di cari bukan semata-mata tempat berteduh di dunia sahaja, teduhan di akhirat perlu juga.

Wahai suami2, peruntukkan sedikit masa dari 24 jam yang Allah bagi untuk mencari dan berkongsi rezeki tempat berteduh dari panasnya akhirat.

Mencari dan berkongsi rezeki dari makan minum nikmatnya syurga.

Mencari dan berkongsi rezeki dari indahnya pakai-pakaian syurga.

Dimana hendak dicari rezeki itu?

Dan dimana pula hendak diagih-agihkan hasil rezeki itu?

Untuk dapat kan rezeki-rezeki itu, suami perlu tambah side income dengan mencari kerja kedua dan ketiga.

Carilah kerja kedua dan ketiga wahai suami di masjid dan majlis-majlis ilmu.

Agihkan dirumah-rumah kalian.

Bila sudah kekubur tiada peluang untuk mencari lagi.

Bekerjalah dengan mencari rezeki ilmu ‘fadhail / ganjaran’. Apa yang Allah janjikan pada kita bila beramal dengan perintahNya dan sunnah NabiNya sallallahu Alaihi Wasallam.

Bekerjalah dengan mencari rezeki ilmu ‘hukum-hakam’ bagaimana untuk saya dan anak isteri saya dapat laksanakan perintah-perintah Allah dan sunnah NabiNya sallallahu Alaihi Wasallam.

Kongsikan hasil kerja dari penat lelah kita itu dengan anak isteri kita.

Agih2 kan rezeki itu dengan kita sampaikan kepada mereka. Tidak pandai agama, carilah pada ahlinya dan kita bawa pulang agih2 kan pada anak isteri kita.

Bekerjalah di rumah kita dengan hidupkan amalan agama. Bacakan terjemahan al-Quran dan hadis Nabi dari buku Muntakab Hadis / Riadussolehin karangan Imam Nawawi.

Berpadalah dengan kerja dunia kita. Bekerjalah juga untuk kehidupan akhirat kekal abadi kita dan anak isteri kita.

Pasti Allah beri “cukup”.

Ya “cukup” itu tidak terletak pada nilai mata wang.

“Cukup” itu terletak pada Allah. Pada perintah2 Allah. Disitu adanya rezeki.

“Wahai manusia, makanlah dan minumlah apapun yang ada di bumi ini selama dia halal dan thayyib. Dan jangan sekali-kali kalian mengikuti langkah-langkah syaitan karena syaitan adalah musuh yang nyata bagi kalian.”

Al Baqarah: 168

Dalam kita bekerja mencari rezeki makan minum, tempat berteduh, pakai pakaian untuk diri dan anak isteri jangan sampai lupa mencari rezeki Allah yang lain.

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allâh terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

[at-Tahrîm/66:6]”

Kerjalah wahai suami!

Kerjalah di masjid surau dan majlis ilmu.

Disitulah juga ada rezeki kamu dan anak isteri kamu.

Wassalam.

– Meon

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *