Tuhan Itu Adil Ke?

Kenapa? Kerana dalam kisah hidup aku, banyak aku tertekan dengan keadaan keluarga & pasangan bila aku bandingkan nasib aku dengan sahabat baik aku.

Padahal, aku cuba menjadi hamba yang taat, aku mujahadah jaga solat, aku mujahadah jaga ikhtilat, aku mujahadah jaga aurat.

Aku korbankan biasiswa aku demi menyara keluarga. Kebetulan rezeki aku dapat sambung belajar di luar negara, alhamdulillah biasiswa aku dapat ada lebih dari keperluan.

Tetapi, aturan Tuhan ketika aku tahun kedua di pusat persediaan, ayah aku jatuh sakit. Pada awalnya ayah aku memang hanya terlantar tidur tidak mampu bekerja; ayah aku hanya seorang buruh.

Emak aku pula tak boleh bekerja kerana terpaksa menjaga ayah aku. Sedangkan waktu itu adik aku masih sekolah. Tiada pilihan, aku korbankan biasiswa aku untuk menyara keluarga.

Saat sahabt karib aku keluar beli pakaian-pakaian mahal di luar negara, ke sana ke sini, aku hanya di asrama, beli baju-baju terpakai sahaja.

Moga Tuhan murahkan rezeki aku nanti.

Sahabat baik aku ni cantik orangnya. Putih gebu. Gadis idaman jejaka-jejaka di pusat persediaan.

Aku ada berkenan dengan seorang mamat ni, bila aku sampaikan pada sahabat aku, rupa-rupanya dia sedang ‘couple’ dengan mamat tu.

Baru aku faham kenapa selalu selepas program-program, mesyuarat-mesyuarat persatuan sahabat aku akan keluar dengan mamat tu & kawan-kawan dia ditemani kawan persatuan perempuan kami dari program persediaan lain.

Padahal, setiap hari setiap waktu makan, keluar pastu kami berdua kerana kami tinggal di bilik yang sama. Tapi, tak kisahlah, sebab dia cantik kan…

Sampailah aku dah kahwin, sahabat aku pun bertunang dengan mamat tu. But u know what? Sahabat aku putus tunang dengan mamat tu. Ok lah bukan jodoh mereka.

Selepas sudah tamat pusat persediaan, kami sambung di luar negara. Rezeki aku dengan sahabat aku dapat universiti yang sama. As usual, orang cantik ‘jodoh’ di mana-mana.

Sampaikan mat saleh yang datang intern beberapa bulan di universiti kami pun melamar dia. Dia agak sosial, keluar karaoke dengan mat saleh semua dia tak kisah. Itu dia, so aku malas nak fikir sangat.

Hmmm. Dipendekkan cerita sekarang ni aku pun dah kahwin, sahabat aku pun dah kahwin, mamat tadi pun dah kahwin. Semua kahwin dengan orang lain. Tapi nasib aku malang.

Dapat suami panas baran, curang belakang aku, masa dia curang tu pulak aku sedang mengandung, semua benda masa tu aku buat sendiri.

Nak ikut pergi klinik check up jauh sekali, pernah sekali dia ikut doktor minta masuk bilik tengok scan anak pun dia tolak. Faham perasaan aku? Hancur luluh.

Tapi disebabkan aku tak mahu bila anak yang aku lahirkan ni tiada ayah di sisi, aku putuskan untuk sabar. Mungkin ini ujian Tuhan sementara.

Rupanya pelangi tak kunjung tiba, walaupun anak aku dah setahun lebih suami aku tetap sama. Marah-marah, hina aku macam-macam.

Aku tak faham kenapa Allah bagi aku tanggung semua ini? Sedangkan banyak aku mujahadah nak jadi orang baik. Kenapa Allah bagi aku lelaki jahat?

Sedangkan sahabat aku yang ‘kuat sosial’ tadi, Allah bagi jodoh lelaki baik, kaya? Keluarga dato siap. Walaupun dia kerja, semua dia nak suami dia yang beli, suami dia hadiahkan.

Sedangkan aku? Sudahlah suami perangai hantu, kedekut, duit tak minta tak bagi. Semua benda aku kena beli sendiri.

Sampaikan masa awal kahwin, sewa rumah bil semua aku bayar. Suami aku? Kejar cita-cita yang tak tercapai-capai. Bila aku bagitahu mak mertua aku pasal anak dia, kerja suruh aku sabar! Kau lah yang salah didik anak!

Bila aku dah kerja, keluarga aku pun ingat aku kaya, semua benda harap aku. Bila aku bagi sikit cakap macam aku kedekut dengan keluarga, tak ingat jasa mak ayah. Padahal aku susah!

Anak aku sorang, sahabat baik aku walaupun kahwin lambat dari aku, dah pregnant lagi. Lagi la mak aku sibuk bila aku nak mengandung lagi.

Dia tahu apa aku hadap masa mengandung? Argh! Tolong lah jangan tanya, nanti kurang sabar aku, semua orang tahu aib laki aku. Cukup aku dan anak aku dalam kandungan aku yang rasa perasaan ketika itu.

Kalau korang jadi aku, korang rasa Tuhan itu adil?

Argh! Sekarang aku dah jadi manusia yang paling tiada perasaan. Aku jadi manusia ‘selfish’. Asalkan aku dan anak aku bahagia, lantak la orang nak cakap apa.

Mak aku cakap apa pun aku tak dengar, suami aku marah aku pun aku tak da perasaan.

Hidup aku sekarang sebab anak aku & nak jadi kaya sahaja. Aku suka dengan kerja aku, so aku boleh fokus. Sebab kerja aku ja bagi aku duit.

Yang lain semua habiskan duit aku.

– Pendosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *