Tulisan Bagi Yang Sedang Melalui Fasa Merah

Assalamualaikum semua. Hari ni saya terbaca kisah Adik Farah (https://iiumc.com/terima-kasih-hafiz/), dan terasa dekat sungguh keadaan Adik Farah ni dengan situasi saya bertahun dulu.

Adik, janganlah putus asa dengan hidup kamu ye. Sesungguhnya, ujian yang Allah hantar pada kamu supaya kamu menjadi lebih kuat dan berani. Saya dah pernah lalui detik merah (bankrap) dalam lembaran hidup dan alhamdulillah, setiap ujian yang datang selepas itu saya rasa lebih mudah untuk menghadapi.

Ini pesanan yang saya nak titipkan pada Adik Farah (dan anda yang sedang melaluinya):

1. Buang Egomu & Mula Dari Zero

Campak jauh2 rasa perlu nampak bergaya dan ‘fake happiness’. Buang kawan2 yang muncul dalam hidup semata kerana anda ada jawatan atau duit. Letak mereka di dalam senarai Kawan Ketika Senang. Kecilkan cycle of friends. Kerana kawan yang baik, walau jarang berjumpa tapi senantiasa mendoakan kebahgiaan kita. Redha dengan setiap perkara. Jangan biar ego menidakkan rezeki yang datang.

Jika perlu, cari kerja di luar bandar. Walau gaji tak sebesar gaji di KL tapi sekurangnya kos hidup tidak sebesar duduk di bandar.

2. Restructure Loan

Kalau adik ada pinjaman bank yang banyak dan tak mampu bayar mengikut jadual, pergi bank dan mohon jalan untuk susun balik jadual pembayaran. Kalau perlu bukti tak bekerja, hanya tunjuk salinan kwsp terbaru (highlight pembayaran kwsp terakhir).

Ingat ye, bank perlu beri kerjasama. Jalan akhir pergi ke AKPK dan bawa kredit report dari CCRIS (percuma je, kena print kat block D, Bank Negara). Mohon untuk bantuan AKPK buat susunan jadual pembayaran.

AKPK bantu anda supaya tidak jatuh bankrup. Kalau dah bankrap, kena pergi Jabatan Insolvensi dan akaun bank akan dibekukan. Masa tu lebih parah dan payah.

3. Mula Hidup Minimalist

Belajar untuk hidup dengan keperluan. Mana yang tidak diperlukan, jual atau sedekah.
Mula dengan pakaian, kasut dan beg. Tak perlu simpan baju/beg/kasut harga ratusan tapi pakai sekali untuk majlis kawin atau raya.

Kat mana nak jual? Google cara paling mudah: carousell, cash converter atau kedai yang mengambil barang2 pre-loved. Barang2 designer yang tulen masih ada nilai di pasaran, jadi gigih la jual di Rebonz Market atau mana2 instafamous personal shopper (kalau ada barang designer).

Kemudian gadget dan akhir sekali kereta. Kalau duduk di bandar, masih ada pilihan untuk naik public transport atau e-hailing.

Pakai apa yang perlu. Dan yang paling penting, mudah dan selesa.

4. Tukar Aset Kepada Passive Income

Kalau takut kereta ditarik, masih punya masa untuk jual. Boleh mintak bank uruskan (panjang sikit cerita) atau melalui apps seperti carlist my, oto, muv-x dll. Buat carian yang ada review yang baik supaya elak ditipu.

Buat e-hailing jika terdesak untuk pakai tunai untuk harian. Sekurang-kurangnya dapat rm60 untuk lepas duit minyak kereta dan makan/minum.

Kalau ada rumah, mula dengan buat Airbnb, HomeAway atau roomstay. Kalau tak boleh buat semua tu, pergi KWSP dan mohon pengeluaran bayaran rumah secara bulanan atau pengurangan loan rumah.

5. Buat Bisnes Kecil-kecilan

Mula lihat diri anda secara dekat. Apa yang anda minat?

Adakah minat tu mampu menjana pendapatan. Kalau pandai makeup, boleh offer servis makeup. Atau suka mengemas rumah, boleh cuba EasyMaid apps sebagai part time cleaner. Kalau pandai masak, boleh jual lunch box di kawasan pejabat yang tak banyak pilihan kedai makan murah (area damansara heights /tabung haji/klcc etc).

Apakah kepandaian anda ketika bekerja? Adakah kepakaran kerja anda dapat membantu orang lain menyiapkan kerja mereka dengan lebih cepat?

Pilih kerja sebagai freelancer. Ambil project yang bayar deposit + berperingkat2. Kerja freelance banyak berada dalam website seperti upwork com, freelance com my. Macam2 kerja ada. Dari data entry, akaun hingga ke graphic designer.

Kena rajin google. Mana tahu bila dah pakar keje freelance, siap boleh pusing negara orang seperti kebanyakkan Digital Nomad yang lain.

Kalau minat bertanam, pergi pejabat Mardi atau Jabatan pertanian. Tanya kalau ada kursus percuma untuk belajar bertanam. Kalau dah pandai, boleh mohon bantuan pertanian untuk membuka kebun sayur.

6. Jangan Takut Dihina/Dipandang Rendah

Semua manusia suka menghukum. Tapi kita ada pilihan untuk tidak menghiraukan kata2 mereka itu. Letak kehidupan sukar ini sebagai satu fasa yang akan mematangkan diri kita. Biarlah orang kata kita macam2.

7. Dekatkan Diri Dengan Allah

Saya tau ayat ni biasa kita dengar tapi sebenarnya, ujian Allah hantar pada kita adalah untuk mengingatkan bahawa rezeki itu datang dariNya. Maka, mengadulah pada Allah. Meminta mintalah pada Dia. Bila baca Al Quran, bacalah dengan maksudnya sekali supaya kita lebih faham setiap bait kata Allah sampaikan pada kita.

8. Lihat Dengan Mata Hati

Kalau sebelum ni kita lihat dengan mata kasar, cuba kita lihat dengan mata hati. Lihat setiap benda di sekeliling dengan positif. Anak kecil yang berlari seronok. Rama2 yang terbang mencari madu. Tika itu, kita akan rasa lebih senang dengan apa kita ada. Kesihatan. Cukup makan. Tubuh badan yang sempurna. Ikut serta NGO sebagai sukarelawan, lihat dan fahami kesukaran hidup orang lain. Mungkin ketika itu baru kita akan sedar maksud Kufur Nikmat.

Masa ini juga banyakkan membaca buku2 yang membawa semangat. Yang memberi inspirasi. Baca jatuh bangun dan kejayaan orang. Tanam semangat untuk bangkit dari kesusahan.

Hidup ni ibarat roda. Ada masa kita di atas. Ada masa kita dibawah. Tapi bila satu hari nanti Adik (dan yang lain) kembali hidup di atas, jangan lupa membantu mereka yang sedang melalui fasa di bawah.

All the best. Jangan putus asa ok. Allah ada.

– Mariposa si Beluncas

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *