Tulisan Buat Bakal Akauntan dan Para Akauntan

Assalamualaikum semua. Saya terpanggil untuk share my experiences kepada yang berminat untuk belajar dalam perakaunan, bakal akauntan dan para akauntan yang memerlukan sedikit nasihat. Saya Nhia, Senior Accountant, berpengalaman 10 tahun dan sedang menimba pengalaman di luar negara.

Bagi adik2 yg berminat untuk belajar dalam bidang perakaunan, adik2 perlu tahu dahulu apakah skop dan tanggungjawab sebagai Akauntan. Dunia Akauntan bukan semua mampu tempuh. Bermain dengan angka, bekerja didalam sektor kewangan, dan tanggungjawab besar menjaga amanah dari syarikat. Istilah balik awal tidak ada dalam kamus hidup. Bagi mereka yang tidak tahu peranan tanggungjawab Akauntan, mereka akan merasakan mudahnya bekerja kerana hampir 90% tugas bergantung kepada sistem. Tapi mereka tidak tahu, apakah risiko yg kami tempuh pada setiap hari bekerja.

Saya dahulu pernah kerana terlalu banyak kerja, saya terbayar kepada syarikat yang salah. Hampir USD 50,000. bayangkan macam mana kecut perut saya menghadapi management. walaupun duit boleh dipulangkan, tapi intergriti kita akan cacat. Ketelitian amat penting. Perakaunan bukan tertumpu kepada kira duit sahaja. ia terbahagi kepada banyak bahagian. Dari perkeranian (data entry/invoicing) sehinggalah reporting. Itu baru bahagian akaun, belum lagi sentuh dalam unit Audit luar dan dalaman. Cabang terlalu banyak untuk diceritakan. Tetapi yang ingin saya beritahu, belajar dan bekerja adalah satu perkara yg berlainan. kadang2 sy sendiri confuse apa yg sy belajar dahulu? kerana 70% sy tidak guna pun waktu sy kerja.

Bagi yang baru graduate, jangan terburu2 mengambil professional certificate (ACCA/CPA/CIMA etc) or sambung master. Tanya diri anda dahulu, apa yg anda ingin lakukan? jika ingin menjadi lecturer, ambil terus Master. Tapi jika ingin bekerja, teruskan bekerja jgn ambil apa2 paper lg sebab anda tidak tahu cabang mana yg anda akan bekerja. Adakah anda minat bekerja di tempat tersebut. Disini saya bahagikan kepada beberapa contoh:

a) Jika terjun dalam bidang External Auditor, selepas setahun dan terus berminat untuk bekerja, barulah ambil professional paper dan jgn lupa untuk ambil ICSA (Secretariat). Bagi Internal Auditor, bergantung disektor mana anda bekerja, jika di Bank, byk certificate yg anda perlu ambil seperti, AMLA, CIA, AICB dan byk lagi. Anda tsk perlu mengambil professional paper dan lebih bagus selepas 2thn, anda sambung di UITM untuk mengambil Master in Forensic Accounting.

b) General Accountant, maksudnya department akaun dari invoicing smpai supervision. Selepas setahun barulah mengambil professional paper, tapi pastikan syarikat anda recognise yg mana satu agency. Jika anda accountant kilang, anda perlu pandai dlm management accounting, so perlu ambil CIMA.

c) Accountant at Shared Service Centre. Ini berbeza daripada General Accountant kerana di Shared Service, anda diletakkan di satu bahagian sahaja. Sama ada Accounts Payable, Accounts Receivable, GL, Reporting atau Debt Management. Anda lebih fokus kalau bekerja di Shared Service, tapi anda mudah bosan kerana hari2 anda melakukan perkara yg sama, jika anda bekerja di bahagian ini, anda tidak perlu terburu2 mengambil professional certificate kerana disini skill yang paling penting adalah pengetahuan dalam system seperti (SAP/ORACLE/MYOB/JDEDWARDS) dan jugak Excel. Jika anda bole power dalam dua perkara ni, anda demand gaji anda. Pengetahuan dalam system amat penting. Lagi byk system yg anda tahu, lagi terbuka peluang pekerjaan dipelbagai company di seluruh DUNIA.

Saya berada di bahagian C, kerana saya betul2 berminat didalam sistem. Sepanjang saya bekerja, saya sudah master didalam semua system perakaunan. disebabkan itu saya mengambil keputusan behijrah ke luar negara untuk mendalami sistem perakaunan. Saya adalah CPA Australia Member, dan juga pemegang Master in Forensic Accounting, UiTM.

Dan adik2 yg baru grad, anda tidak boleh meletakkan degree anda hanya untuk menjadi akauntan. Degree anda amat laku sekali, compare dengan degree2 lain dalam bidang pengurusan. Anda boleh menjadi HR, Payroll, dan juga administrator. cuma bergantung pada nasib masing2 dan rezeki.

Kepada Akauntan yang lain yg ingin mencuba nasib diluar negara, anda boleh cuba. Percayalah anda akan lebih belajar jika bekerja di luar negara. Saya ucapkan all the best kepada semua. Menjadi akauntan bertauliah adalah satu bidang yang direbuti. Khidmat anda tak kan mati selagi anda hidup.

Salam Dari Perantauan…

– Nhia

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *