Tulisan Jiwa Si Anak Tiri

Ibu tiri takkan sama dengan ibu sendiri. Beruntunglah untuk insan insan yang masih mempunyai ibu kandung sampai ke hari ini. Kasih ibu tiada galang ganti.

Kau buat baik macam mana pun tetap anak dia yang terbaik. Kau berkorban macam mana pun tetap dia rasa anak dia paling berguna.

Kau apa nilai di mata dia? Bila kau ada duit. Bila tiada siapa nak pedulikan dia.

Kau bekorban berabis duit untuk pastikan barang dapur rumah dia cukup. Sanggup kau tahan belanja makan sendiri untuk bagi dia duit. Walaupun pada kau tinggal ringgit ringgit terakhir.

Kalau jadi apa-apa perlukan duit, kau tawakal ja Allah bantu. Tapi dia tak nampak semua tu.

Yang dia nampak kau bagi dia duit sikit je. Tak macam anak dia. “KONON”…Padahal anak dia tu 2 tahun sekali ja kot bagi kat dia. Yang lebihnya anak pulak duk minta duit mak sendiri. Dah minta bukan pandai pulang pulak tu.

Kau tolong dia bekerja tanpa ambil upah. Dia tak nampak tu, yang dia nampak dia belikan aku barang kononnya pakai duit dia. Hanya jasa dia yang dia ingat, kebaikan aku dia tak ingat.

Paling aku terkilan, selama hidup aku sentiasa backup dia bila orang tanya ibu tiri awak baik tak? Aku tak pernah cerita ketidakpuasan hati aku ataupun ketidakadilan dia pada aku.

Tak pernah aku nak burukkan dia. Aku selalu cakap ibu tiri saya baik macam mak sendiri walaupun perbuatan dia buat aku menangis. Tapi aku percaya bahawa kata-kata itu doa. Bila kita cakap dia baik, maka dia akan jadi baik.

Hari ni betul betul kesabaran dan kewarasan aku tercabar. Penat aku mengalah demi ayah aku. Dia boleh perli aku bagi barang instead of duit.

Kau tahu tak, tanda apa kalau kita bagi barang kat orang. Itu tanda kita ingat. Sebab tak ada duit, kita masih ingatkan dia kirim barang bagi.

Nak makan sedap sedap pun aku risau sebab tak dapat bagi dia dengan ayah aku makan benda yang sama dengan apa yang aku makan

Padahal anak dia, paw barang barang dia. Paw duit pmdia. Paw barang kemas dia. Gunakan dia. Mak dah tua tak ada duit pun, anak masih datang nak pinjam duit dia.

Anak buat hutang bukan bukan mak yang kena tanggung hutang anak dia. Eh anak kau tu semua lagi tua pada aku. Dah tua bangka masih mengharap duit mak. Tak malu…Boooo

Aku pergi kedai dia kirim barang, aku tak minta duit balik walaupun waktu tu aku masih belajar tak bekerja. Anak dia semua claim. Tapi rupanya aku masih tetap yang tak berguna.

Lepas tu, dah tahu tua tak ada pendapatan sendiri, masih gedik nak shopping sini sana. Guna duit untuk benda benda tak penting lepas tu meroyan dekat ayah aku duit tak ada, duit tak ada.

Dulu aku rajinlah cover bagi duit belanja. Sekarang aku tengah transisi kerjaya. Baru nak bina kerjaya jadi tengah struggle so pendapatan cukup-cukup untuk komitmen sahaja. Jadi dah tak mampu nak hulur duit selalu.

Tapi korang tahu tak, ingat aku tenang ke bila tak dapat kirim duit ke kampung. Tak lansung. Bila ada orang belanja aku makan sedap-sedap pun n aku ambik gambar.

Tapi bila nak post, aku ingat kat ayah aku dengan dia. Aku dapat makan sedap-sedap tapi diorang tak dapat. Jadi aku tak jadi post gambar tu. Aku doa supaya Allah murahkan rezeki aku untuk aku belanja ayah dengan dia.

Rupanya hanya aku ja lebih-lebih fikir nak buat yang terbaik untuk dia. Yang dia ingat aku pasal nak gunakan aku ja.. Rasa macam lembu sangat diri aku ni.

Kesian ayah aku dapat bini cintakan dunia semata-mata.

Apalah aku lemah sangat dengan orang tua ni. Kenapalah aku perlu kesiankan dia lebih pada diri aku.

Aku cakap pada diri aku, nanti ayah aku meninggal aku takkan ambil kisah pasal orang tua ni dah. Adik beradik aku cakap, mereka ya boleh abaikan orang tua ni. Tapi aku ni cakap ja tapi aku mesti akan ambil jaga. Aku tanya kenapa?

Diorang cakap aku dah terlalu buat baik dekat ibu tiri aku sampai aku abaikan keperluan diri. biarkan diri aku diambil kesempatan.

Paling aku terkejut adik beradik aku cakap aku ni terlalu bodoh sebab sibuk risaukan orang tua yang anak dia sendiri pun tak ambik kisah pasal mak diorang.

Penatnya nak jadi baik bila kebaikan kita diambil kesempatan dan tak dihargai.

Aku menulis ni sebenarnya bukan nak memburukkan ibu tiri aku, tapi aku penat sudah mempertahankan dia di dunia nyata. Aku penat.. aku terasa sangat.

Kalaulah tidak memikirkan aib dan silarurahim, nak ja aku tulis di facebook aku sendiri luahan ini. Tapi aku sayang hubungan silarurahim dan kalau boleh aku tidak mahu orang tahu aib ibu tiriku ini.

Cuma aku aku penat.. penat yang amat sangat. Aku tak dapat tidur kerana rasa tertekan sangat. Jadi aku terpaksa menulis di ruang ini untuk melepaskan apa yang terkandung dalam hati aku.

– Cengkih (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *