Tulisan Untuk Pekerja Sekalian

Salam sejahtera semua. Straight to the point, aku nak confess pasal perangai tak berwawasan sesetengah pekerja kat tempat aku ni. Yes aku dah keja, umur 20an. Perempuan. That’s enough about me.

Macam yg kita tahu kat tempat keje kan ada banyak background pekerja. Pasal range umur tu aku xnak cakapla. Sememangnya dah kita orang Malaysia ni akan lebih hormat orang yg lagi tua. Ya, hormat. Bukan takut. Pada aku, kalau mereka yg lebih tua atau otai2 tu ada buat salah, aku rasa bertanggungjawab untuk tegur dorang. Tapi kebanyakan daripada pekerja kat sini lebih suka diam dan diam dan diam dan akhirnya mengalah. Wehh kalo ko betul ko patut fight kot. Adoiii

Lagi satu otai2 kat sini kan dah keja lama, dan dorang dah biasa buat keje tu, buat benda yg sama. Tapi yg jadi masalahnya, bila orang baru macam kita ni masuk dan kene handle dorang, kita nk betulkan method dorang yg salah tu. Tapi dorang xnak terima, degil lagi sombong. Even dah kerja lama tapi mentality masih tertutup. Arahan susah nk dengar. Pastu macam mana generasi baru nak hormat? Dah la xnak terima pendapat orang, Adui..

Itupun aku dah cakap elok2 dan banyak kali kerana HORMAT dan xnak gaduh because we need each other. Kalo gaduh2 susah nak kerja. Nak kata pangkat, aku lagi pangkat tinggi dari dorang. Senang cerita ikut jela cakap aku ni kan. tak payah nak buang masa nak argue. Ini x, xpasal2 isu ni jadi besar smpai kene panggil org atas turun. Last2 memang kene la dorang2 tu. Memang aku kata padan muka laa. Org atas tu turun pun sebab one of gang dorang yg panggil, last2 dorang yg kene akur. See..ko paham x perasaan kita yg muda2 yg baru nk up ni? We need support n positive environment kottt..

Tapi gaduh2 pun kitorang xdalaa musuh. Lepas2 tu baik je blh gelak2. Tapi bila sampai masa nak kene bekerjasama tu kadang2 datang balik masalah yg sama. Wahai otai2 diluar sana, tolong la bagi komitment. Bukan komitmen dr segi keje je, tapi dr segi manners. Agaknya makcik2 melayu memang perangai macam ni ea? Huhu sedih kita.. ok that’s about otai2 yg degil.

Next pasal org2 baru ni yg penakut. Ok la perangai sesetangah otai yg memang dh keras kepala xleh nak wat apa tu kita mengalah jela kan, but..pada yg muda2 yg lagi pangkat tinggi ni pasai apa takut sgt dgn depa? Company ada rules kut. Mana salah kita betulkan. Bukan suruh pegi fight kat medan perang. Aduilaa.. aku ada satu rakan kat sini, tapi aku xanggap dia rakan sangat pon. Tapi dia ja suka dok panggil2 aku, nyendeng2 time kerja. Haa dia ni la..nak ikutkan dia pangkat tinggi dari aku. Dia boleh ja tegur atau arah org2 bawah dia tu. Tapi aku tengok macam dia pulak yg jadi kuli. Aduilah..ok tu lantak dia la. Tapi kalau sampai dah menyusahkan orang lain? Menyusahkan aku? Dengar sgt kata2 org bwh dia yg salah tu. Dahla method kerja salah. Aku pernah cakap dengan dia pasal isu ni, tapi dia kata ‘mentality’ org bwh dia tu pulak macam tu. Dah kau pun diam pegi ikut bilanya mentality dorang nak berubah? Tapi kdg2 kesian pun ada aku tengok dia ni. Mcm mangsa keadaan hahahaa..

Pastu dia ni act like busybody sia. Habis semua department dia mcm nk lead. Form2 org sume dia nk sebok. Woi ko jaga form department ko sudah la. Pastu dia tak puas hati dengan form dr dept A, then dia pergi ngadu kat dept aku pulak. Pastu kitorang pon malas nk layan. Dept A pon malas nak layan. Mampus kat dia la yg penting kitorang dah explain kat dia.

Mungkin dia takut dengan bos dia ke apa aku tak xtahu la kan. Tapi aku tengok bos dia tu banyak songeh je adala. And aku okay je dengan bos dia. Bos dia pon pernah backup aku dulu. Tapi menyusahkan aku pon pernah. Ok laa mungkin dia takut dengan bos dia dan dia cuba buat kerja sebaik mungkin. Tapi pada aku ni bukan takut dah ni kira bodoh ka bingai. Nak dengar kata pon berpada2 la jgn sampai menyusahkan dept lain. Setiap dept ada bos masing2, kitorang kene dgr cakap bos kitorang, bukan ko okay. Pernah sekali tu, dia pepandai je suruh kitorang buat smting. Nasib member aku tu pergi tanya bos kitorang dulu. Bos kitorang pun tunggu response dr HQ, dia pulak pepandai nak take action hahahaha amik ko terdiam terus.

Next pasal perangai sesetengah kerja yg berkira. Yg ni officemate aku pun cakap dia xpaham dengan perangai depa ni hahaha..nampaknya officemate aku dah nampak sendiri. Well kalau ko bijak ko boleh nilai sendiri laa. Aku pun xperlu cerita kat dia, atau orang kata nak ‘wash mind’ dia. Ok maksud aku berkira kat sini ialah, contohnya kalau kau tersalah tulis ke apa, then next person yg check tu just betulkan jela huruf yg salah tu. Ini x, nak panggil2 suruh liquid bagai.. perangai..xpadan dgn org bawah. Berlagak nak mampus.

Pastu time kalau aku pinjam printer dorang, bila kertas dh habis sapa yg paling dekat tu tolong la topup. Ini siap panggil kita bangun suruh topup sendiri. Masyaallah..whyy otai2?? berkira ya rabbi.. Haa lagi satu yg kitorang memang xpaham, dorang siap hantar balik barang yg asalnya dr dept kitorang sebab suruh alter smting. Wehh bukan nk alter apapun, just bukak dia punya pelekat smting like that. Itu pun nk suruh kitorang buat ke?

Pastu pasal sorang otai ni, aku ok je dengan dia. Tapi satu hari ni dia mungkin busy, dan aku pulak banyak tanya. Dan tujuan aku banyak tanya tu sebab kitorang tgh face satu problem. So dia pulak macam nak kitorang buat countermeasure. Dah tu dept kau kenelaa buat jugak. Main sedap je nak arah2 kitorang. Nak buat countermeasure tu kene ikut procedure yg betul. Edit balik form2 lama. Sbb tu nak confirmation, nak discuss sama2.

And aku okay je benda2 edit mengedit macam tu sebab dah biasa buat. Sejak aku kerja kat situ memang aku dah banyak betulkan form2 lama bagai. Semua banyak dh x relevant. Tapi kalau otai tadi tu kata elok2 mungkin aku leh terima. Beri tunjuk ajar apa nak buat semua. Ini tak, kemain sound2 plak. kasar pulak tu bahasa. Xkisahla ko tengah banyak kerja ke sikit ke, but please laa..sepanjang kerja selagi berada di tempat kerja (exclude waktu rehat) biarlah berperangai macam perkerja. Kita semua makan gaji kot. Bukan owner. Director kemain hormat org siap dgn rendah dirinya pernah kata ‘sorry’ kat aku sebab dia terlupa nak sign form yg aku buat. Tapi kau harap ja otai, berlagak nak mampus. Tapi aku dah maafkan dia sebab mungkin dia xsengaja. Dan itu pulak first time dia marah aku hehe…

Lagi pasal otai ambil kesempatan. Yes, aku memang baik dengan semua orang at first sebab aku nak jaga hubungan. Tapi dorang ni ambil kesempatan pulak. Pinjam itu, pinjam ini. Wehhh dept ko pun ada benda tu. Kenapa nak pinjam dept kitorang? Ok fine, then aku beralah. Tapi aku tegur aku cakap untuk kerja je. Sebab aku tengok dia pinjam bukan untuk kegunaan kerja. Then dia kata aku sombong pulak.. Aduhhh mcm gampang. Dah la meminjam, pastu tanpa rasa malu guna untuk kepentingan sendiri.

Pastu ada pulak jenis perangai nak betul aje, konon nak up kan rules kat tempat keje ni. Tapi dia sendiri tak ikut peraturan. Pastu just tegaskan kat org2 tertentu ja. Patutnya dia kena adil, nak bertegas pasal rules kene la apply kat semua pekerja. Ini x, aku and certain pekerja je yg kena sound sebab xikut rules, yg lain ramai lagi x ikut boleh pulak terlepas? Bila aku tanya, dia kata x ada kene mngena dengan aku. What?? Macam taik hahaha..

Ok la sebenarnya dia x puas hati dgn member aku yg sorang ni, tapi sebab aku kawan dgn member aku ni so dgn aku2 sekali kena. Kitorang brapa kerat je yg kena.. yg otai2 lain terlepas pulak. Kalau tengok diri dia sendiri pon xikut rules okayy. Dan dia memang pernah kena waktu audit kot. Hahah..member aku yg audit dia memang xlepas kan peluang ni haha. Tapi sekarang ni dia xkacau kitorang dah. Aku syak dia dah serik. Myb sebab bos dia pun back up kitorang kahkah.. just mind your own job la. Nak acah ikut rules konon, tapi dia sendiri x ikut pastu x adil. Ya aku tahu mungkin dia dengki dengan kitorang. Kitorang pon dh x amik port pasal dia. Kalau jumpa pun still btegur je dgn dia. Dia xda masalah dgn aku, cuma dgn member aku tu jela kot.

Okay setakat ni itu jela yg aku nak confess tentang perlaku yang tidak berwawasan di tempat kerja. Semua orang yg aku maksudkan tu bukan org2 dept aku. Dept aku okay je harmoni hahaha. Aku harap sangatlah anda2 yg bernama pekerja tu, tolongla jangan berkira dalam bekerja. Jgn besar kepala walau dah 50 tahun kerja kat situ. Kalau benda yg betul kita ambil, yg salah kita betulkan. Simple. Janganlah complicatedkan keadaan. Asyik yg muda ja nak mengalah. Lama2 yg muda ni pun rasa down. Pendapat kita xdidengari. Apa guna pangkat tinggi2 konon nak guide orang2 bawah ni. Tapi hakikatnya kelaut. Huhu.

We need new manners!

– Miss Jun

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *