Nama aku Bunga, berasal nun di negeri selatan. Aku hanya ingin bercerita meluahkan perkara yang terjadi beberapa minggu yang lalu, mungkin ada pengajaran yang boleh diambil.
Ayah aku baru meninggalkan dunia beberapa hari yang lepas, ya terasa kehilangan, kehilangan yang dalam.. dia pergi meninggal kami semua diusianya 65 tahun.
Aku tidak lah rapat dengan ayah aku, ayahku berkahwin lain setelah kematian ibu ku.
Aku tidak tinggal dengan ayah aku setelah dia berkahwin, ada mak tiri kan, type mak tiri dulu2 kan garang jahat, padahal ayah aku berkahwin lain atas sebab untuk menjaga aku adik beradik yang masih kecil.
Tapi iya lah kan kami masa tu budak2 lagi mana faham.
Aku tinggal bersama arwah datuk, dan setelah datuk meninggal aku tinggal dengan pakcik aku sampai aku boleh merantau kenegeri orang mencari rezeki.
Sepanjangan aku tinggal pakcik aku memang tidak pernah balik rumah ayah aku kecuali raya, itupun diaorang yang bawah.
Dalam fikiran aku masa tu ayah aku bersalah kerana kahwin dan abai aku adik beradik.
Aku berjauh hati, ditambah lagi dengan mulut2 yang selalu memburukkan ayah mengatakan itu ini yang tak elok tak sedap di dengar itu yang membuatkan aku lagi tak nak balik.
Semasa tinggal rumah pakcik aku bukan kata layanan tidak baik, tapi ibarat kita merasa “dia adalah tuan oleh itu kita perlu melayan mereka”.
Aku ibarat bibiklah dekat rumah itu. Apa yang bibik buat itulah aku buat, mungkin ada sedikit kelonggaran dari bibik masih bermain dan tidur bangun lambat.
Umur aku 21 aku keluar hidup berdirikari kerja dekat luar negeri. Iya langkah aku sedikit tersesat, mungkin jauh juga tersesat.
Aku hidup bergelombang dosa. Balik kampung tak dan menghilang bertahun2. Sehingga suatu hari aku terasa hidup aku kosong, aku perlu betulkan hidup aku.
aku perlu mencari apa yang perlu aku lakukan untuk luruskan kembali jalan hidup aku. Aku mula solat aku perbaiki apa yang perlu.
Berdoa semoga ALLAH satukan aku dengan imam aku, Ternyata ALLAH mendengar doaku.
Aku mula pulang kerumah, mula beramah mersa dengan adik2 yang lain (mak lain ayah sama). Suasana itu tak sama mcm aku duduk dengan pakcik aku.
Suasana tenang nyaman bila bersama keluarga sendiri walaupun kejanggaannya ada,
Setelah aku kerap pulang aku dapat lihat sosok ayah aku yang begitu baik, begitu bertanggungjawab terhadap anak2 betapa dia menbanting tulang untuk besar kami semua.
Ayah telah pergi buat selamanya,
Aku masih tidak tahu apa makanan kesukaannya, apa yang dia minat, apa yang dia suka, apa sahaja lah semua aku tak tahu.
Ketiadaan nya membuat dunia jadi sepi, rumah jadi kosong. Aku terkenang dosa aku yang dulu yang sedang dia tanggung di alam sana.
Aku sedih, aku kesian aku malu semua keburukan ditunjukkan satu persatu didepan ayah aku disana. Padahal ayah dan cukup baik menjalanan tanggungjawab dia dengan baik.
Ayah maafkan saya tidak pernah jadi anak baik jauh sekali menbanggakan ayah. In sha Allah ayah kiriman al-fatihah setiap hari akan ada untuk ayah.
– BUNGA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit