Tunang

Aku perlahan-lahan telah mempelajari redha dan melepaskan,

Meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat pada diriku,

Dan mengangkat kembali wajahku kepada Tuhan,

Memohon maaf pada jiwa-jiwaku yang tadinya perlahan-lahan mati..

Hari ini selepas sahaja exam, aku sujud pada tuhan, aku menengadah dan bersyukur aku masih hidup.

Aku telah khilafkan diriku sendiri atas apa-apa yang menimpa aku semalamnya.

Aku dengan tenang menasihati diriku untuk terus hidup, tidak menangisi apa yang pergi malah sebaliknya melihat apa yang tinggal. Kelak jika yang tinggal itu juga pergi, nanti aku menangis lagi.

Aku telah mulai sadar akan detik-detik nafas hari ini yang menghentak-hentak dadaku yang semalamnya sempit seolah mendaki ke langit,

Aku mula membuka kembali tubuhku dan menjahit rabaknya separuh aku ini dengan doa-doa.

Aku mula melangkah dan melupakan, dan makalah aku mula bersalaman dan melambai kepada masa lalu, aku sudah cukup belajar tentang redha.

Kerana akhirnya cepat atau lambat, kita pasti sedar bahawa kita berseorangan.

Aku memerhati burung dan asyik bertanya akan sayap mereka, kalian bisa saja terbang dan tinggal di bumi yang lebih subur namun kenapa kalian tidak tinggalkan tanah ini?

Lalu aku melihat diriku, kenapa aku tidak tinggalkan sahaja tunang itu dan kesakitanku. Adakah aku begitu dangkal? Ya, aku mula bertanya lalu aku hidup sebagai apa?

Hari ini aku memohon maaf kepada kedua pihak keluarga, aku telah memilih jalanku sendiri untuk timbah ilmu dengan lebih banyak.

Cerita tentang malam pertama tidak lagi aku ingin tuliskan dalam puisi-puisi ku yang fikirnya aku ingin dendangkan kepada wanita yang aku lihat sebagai bidadari itu, bidadari yang akan melahirkan bukan dari air mani salur kencingku sendiri.

Aku mula sedar bahawa aku tidak cukup matang lagi untuk bernikah, jika alasannya hanya untuk perkara diranjang dan di instagram dengan caption #relationshipgoal.

Hari ini aku mendiagnosis diriku, memberi ruang untuk mindaku bermeditasi, dan rabak tubuhku berlevitasi.

Selamat tinggal tunang niqabisku.

Ini bukan soal niqab atau baju ketat.

Apa yang aku hanya ingin sampaikan, kita golongan akhir zamannya ummat.

Selamatlah melahirkan,

Marriage can wait, education can’t.

– Tunang cik niqabis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *