Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ini adalah kali pertama saya meluah di sini. Hampir setahun saya memendam rasa. Tak sanggup meluah pada sesiapa, terasa tiada sokongan pun dipihak saya.
Saya memperkenalkan diri saya sebagai Y. Saya pernah bertunang pada tahun 2020.
Saya kenalkan bekas tunangan saya sebagai A. Dia adalah seorang lelaki yang tidak mempunyai adik beradik lain. Dan tiada ibu bapa. Serta menjauhkan diri dari sedara mara.
Tetapi dia mempunyai kudrat tenaga, tempat berteduh yang sangat selesa, kenderaan untuk bergerak. Si A ni adalah peminat tegar game online.
Sepanjang 6 bulan pertama pertunangan saya bersama sidia semuanya baik2 sahaja. Tiba lah suatu hari, Si A kehilangan kerja.
Saya sebagai tunang yang supportive memberi kan dia semangat, jangan putus asa. Rezeki Allah siapa yang tahu kan?
Tetapi si dia terlalu banyak memberi alasan untuk mencari kerja. Dengan alasan “apply online takda siapa yang panggil” saya pun diamkan sahaja. Sehinggalah hari ketujuh masih tak ada usaha untuk mencari kerja dengan alasan yang sama.
Malam tidur lewat, siang bangun tengahari. Saya agak pilu dan terasa marah. Saya perempuan, saya sendiri melakukan dua kerja untuk menampung kos sara hidup yang tinggi.
Saya bekerja di restaurant makanan. Dan habis kerja saya buat grabfood untuk tambah pendapatan saya.
Sehinggalah saya bergaduh besar dan memutuskan untuk tidak bersama dia. Saya sendiri penat & pressure kenapa saya perlu hadap masalah lain?
Baru lah Si A keluar daripada rumah sendiri untuk mencari kerja secara “walk in”. Si A pun diterima bekerja di kedai makan dan memulakan kerja nya pada hari pertama.
Lega hati saya walaupun kedai makan pendapat tak seberapa dgn bayaran RM5 untuk sejam. Takpelah, janji ada usaha.
Si A bekerja sehinggalah bulan pertama bekerja dia dihadirkan dengan satu lagi dugaan dimana dia terlibat dalam kemalangan yang sangat teruk.
Si A menunggang motor saya semasa kemalangan tersebut berlaku. Saya abaikan satu2 nya kenderaan bergerak kerja saya tersebut dan memetingkan keadaan dia.
Saya sebagai tunang, sentiasa cuba ada dengan dia dari segi fizikal & mental. Membeli segala keperluan harian dia, makanan dan sebagainya.
Sentiasa memastikan dia dalam keadaan dalam kedaan baik. Menghantar dan menjemput dia untuk checkup dan segalanya.
Bila si A sudah mula sihat, masih lagi tiada usaha dia untuk mencari kerja. Masih perlu disuruh. Sabar nya saya sebagai perempuan. Hiba nya saya.
Takkan disebabkan dia mempunyai segalanya, peninggalan arwah ibu dan bapanya (kereta, rumah, tanah dan lain2) tanpa hutang. Tiada komitmen langsung.
Dia mengambil kesenangan dari situ? Hanya saya perlu keluar bekerja? Membanting tulang dari pagi hingga ke malam.
Si A tiada simpanan duit yang stabil. Semuanya mengharapkan duit yang ditinggal kan oleh arwah kedua ibu bapanya. Itu pun tak berapa banyak yang tinggal disebabkan membeli barangan keperluan dia semasa tidak bekerja.
Untuk pengetahuan semua, keluarga saya sangat menyayangi dia, tak kisah baik buruk dia, backround dia macam mana pun. Sangat mengambil berat tentang dia memandangkan dia tidak mempunyai ahli keluarga yang lain.
Tetapi kenapa saya perlu korbankan segala rasa yang saya ada disebabkan keluarga? Saya penat. Sehinggalah hampir 2 tahun pertunangan perkara sama berulang2 kali. Tiada kehidupan yang stabil. 100% living with online games.
Tiada duit untuk dia baiki motor saya yang dia terlibat kemalangan tetapi ada duit untuk memberi barangan games. Seperti monitor dan sebagainya. Keluarga saya tahu, tapi dipejamkan sahaja mata.
Keluarga saya pun tahu, hanya saya yang membanting tulang pagi petang siang malam. Betapa dia sayang kan Si A, tetapi hati & perasaan saya diabaikan.
Saya pernah berbincang dengan keluarga untuk putuskan masuk tahun ketiga. Tetapi tiada sokongan di belah pihak saya.
Betapa mereka tak nak putuskan atas sebab malu dengan mulut orang atau sebab lain saya tidak pasti. Status hubungan kami sekarang adalah tergantung.
Sudah setahun gantung. Tiada kata2 putus yang sebenar dari pihak keluarga saya. Apa perlu saya buat. Kesemuanya 3 tahun sudah saya lalui. Hati saya kosong.
Saya pernah memberi peluang dia baiki sepanjang 3 tahun ini, sudah berulang kali. Tetapi perkara sama terjadi.
Apa perlu saya buat? Patut saya tamat kan hidup saya disebabkan rasa sakit jiwa saya yang saya lalui sepanjang 3 tahun ni? Tanpa ada sokongan ahli keluarga yang terdekat.
– Yani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit