Tunang Psycho II

Assalamualaikum semua. Naz kembali, haha. First of all Naz nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua komen and pendapat para readers untuk confession naz yg ni, https://iiumc.com/tunang-psycho/ (iols terharu uols). 99.99% memang sarankan naz untuk putuskan pertunangan disebabkan tunang naz tu obvious psycho nye. Untuk confession yang kalini naz nak jawab semua soalan dan nak cerita lebih detail pasal tunang naz ni.

Naz ni lelaki ke perempuan ? Naz perempuan, umur 22, tunang lelaki. Umur tunang berapa, kenapa nangis nangis macam budak-budak? Umur dia 27, dah boleh jadi bapak budak haha. Sepanjang kenal kalau gaduh memang dia yang nangis tak sudah haha Kenal berapa lama? Kami kenal tak lama, bulan 1 kenal, bulan 3 merisik, raya bertunang. Jujur naz cakap, sebelom bertunang semuanya ok-ok saja. Attitude dia, gaya dia, serba serbi terbaik. Semua family besar naz memang sangat sangat berkenan dengan dia. Dia punya sweet tu, fuh haha. Tapi tak sangka lepas tunang 1 demi 1 Allah tunjuk. So korang yang belom berjodoh tu, hati-hati.

Ada yang sarankan naz bawa dia refer psychiatrist untuk dapatkan black and white diagnose mental health dia just in case jadi pape kat naz or difitnah lagi , terima kasih atas nasihat. Sebelum ni naz dah pujuk , hundred times. Sekerasnya dia tak nak and deny yang dia tak sakit. Sangat susah. Ada juga yang sarankan naz untuk pindah tempat kerja , no fon and tempat tinggal, tak boleh awak , huhu saya staff kerajaan yang baru sahaja berkhidmat , so nak transfer memang tak boleh melainkan dengan alasan mengikut suami.

-Dia pernah try nak bunuh diri hampir 2/3 kali. Ada sekali tu naz tengah tidur , tiba tiba dia video call , naz tengok dia tengah jerut leher. Ya Allah. Punca sebab naz nak tidur awal and taknak jumpa taknak gayut sebab esok morning shift.

-Ya lagi sekali dia try nak terjun dari kereta dekat hiway masa naz tengah drive. Punca kawan naz mesej , naz save nama dia “mira’’ , mati mati cik tunang cakap nama tu “amir’’, halah halah.

-Malam sebelum majlis tunang , dia ada datang rumah untuk tolong prepare , naz kerja malam time tu. Mati mati dia cakap, perjalanan dari rumah dia sampai la ke rumah ibu ayah naz malam tu , ada kereta follow dari belakang. Time tengah merewang tu pon dia cakap ada orang ‘usha’ dia dari jauh. Dia cakap ni semua sebab ada yang tak suka kami nak tunang.

-Setiap kali kerja , dia cakap mesti ada orang follow. Dia cakap naz ni ha tak percayakan dia sampai nak hantar orang ikut dia. Lol , daripada hantar orang , baik duit tu buat simpan nak kahwin kan ?

-Ada 1 hari tu naz bawak dia g majlis kahwin kawan 1 tempat kerja naz, lelaki. Itu pun cik tunang ni cakap sekumpulan yang selalu ikut dia, ada kat majlis tu. Dia cakap tu orang suruhan kawan naz tu. Stres ya amat tahu tak. Stres sebab naz tak nampak pon siapa yang follow and siapa yang perhatikan kami dari jauh. Sepanjang perjalanan balik kami tak bercakap. Seboleh2 dia nak cakap naz and pengantin tu ada affair.

-Baru baru ni , kami tengah oncall , berbincang pasal hubungan kami ni. Naz nangis. Automatik dia mengamok then dia cakap “kau watpe hah, isap batu ea,jangan sampai aku call polis serbu rumah kau!”. Dari rasa sedih terus rasa benci.

Tu jelah kot yang naz boleh cerita kan. Banyak sangat situasi tapi naz tak ingat haha. Terima kasih reader and komen komen yang membina. Senang untuk putus tapi tak senang untuk move on , cewah. Segala komen dan nasihat kalian naz simpan untuk penguat semangat. Oh ya , sesiapa yang ada number contact careline atau mana mana sumber untuk naz bawak cik tunang kaunseling , tinggalkan kat komen ya. Even dah putus nanti,kesian tetap kesian. Sebab family dia takkan bawak dia pergi jumpa doctor , tapi bomoh. Sampai ke harini , dah 4 bomoh family dia jumpa.

Kami belum lagi putus secara rasmi.Tapi dah lost contact. hampir sebulan dah tak jumpa.Naz dah sediakan fizikal and mental if apa apa terjadi lepas putus nanti (andai difitnah lagi) And lagi sekali, komen komen kalian sangat membantu naz. Terima kasih.

– Naz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *