Part I: https://iiumc.com/tunang-scammer/
Pertama sekali, terima kasih kepada para pembaca yang mendoakan dan bagi kata-kata semangat pada saya dan keluarga.
Ingat tak lagi kisah adik perempuan saya dan tunangnya, R. Update terbaru situasi kami sekarang, adik saya telah totally blocked kami semua di semua platform media sosial termasuk contact telefon kecuali ayah saya. Dan baru-baru ini ayah saya telah mendapat surat daripada pejabat agama untuk beri penjelasan menolak menjadi wali dan menyatakan adik saya mungkin akan menggunakan wali hakim.
Sepertimana komen-komen saya baca di posting sebelum ni yang bagi je mereka ni nikah, ya memang ayah saya ada call adik saya baru-baru ini dan beritahu setuju untuk jadi wali. Ayah saya gesa adik balik ke rumah untuk berbincang (setelah digasak oleh saudara mara kerana aduan adik dan ayah saya juga tak mahu panjangkan perkara ini). Cuma yang terkilan pada kami, adik saya sampai ke hari ini tak balik ke rumah dan langsung tak contact ayah saya walaupun ayah saya dah terima surat pejabat agama. Kemungkinan besar dia nak meneruskan proses wali hakim. Saya tak tahu macam mana dia berurusan, setahu saya agak sukar untuk menggunakan wali hakim jika wali nasab masih hidup dan waras/berakal (betulkan jika saya silap).
Ohhh untuk pengetahuan semua, salah seorang ibu saudara dan sepupu saya ada cuba nak nasihat adik saya supaya berfikir dan nilai semula keputusan dia. Adik saya beritahu hanya R saja yang boleh dipercayai, memahami dan boleh menjaga dia dengan baik. Dia akan buat apa saja untuk berkahwin dgn R. Jika dia tak kahwin dgn R, dia takkan dapat jodoh lain sebagus R. Habis ibu saudara dan sepupu saya jugak diblockednya. Saya pernah menegur adik beberapa bulan lepas (semasa kami masih boleh jejakkan kaki ke rumah dia), semenjak kehadiran R dalam hidup adik saya, keluarga kami selalu bergaduh disebabkan R kerap mereka-reka cerita yg saya dan adik beradik yang lain pernah mengganggu tempat kerja dia dan stalk dia di media sosial walhal kami tidak pernah buat macam tu. Adik saya marah dan cakap kami sekeluarga suka fitnah R kerana R bukan calon menantu pilihan. Masalah ini berlarutan sampai ke saat ini. Padahal bila diajak berjumpa untuk clarify, langsung tak nampak bayang. Maaflah saya sampaikan dah tak boleh berfikir yang baik-baik pasal R. Saya tak tahu ilmu apa yang R ni dah guna sampai adik saya kena brainwash macam ni. Entahlah.
Ayah saya sangat kecewa dengan tindakan adik saya. Anak yang ditatang penuh dengan kasih sayang sanggup membelakangkan ibu ayah dan keluarga sendiri demi seorang lelaki, R. Saya sedih melihat situasi yang jadi pada keluarga kami. Ibu saya sampaikan stress dan malu nak beraya di rumah saudara mara pada bulan Syawal nanti. Saya dan adik beradik lain dah bertindak call saudara mara yang telah mencerca kami sekeluarga untuk beri penjelasan hal yang sebenar. Agak stress juga bila maruah keluarga sendiri seperti dipijak-pijak. Macam biasa R, tak pernah muncul-muncul untuk menjernihkan keadaan. Hanya bersembunyi di belakang tabir. Saya risaukan kesihatan ayah dan ibu terjejas. Kami juga tak tahu apa tindakan adik saya dan R seterusnya. Buat masa sekarang, kami bertindak mendiamkan diri dan tengok sejauh mana tindakan dia.
Doakan kami sekeluarga kuat dalam menempuh kemelut ni.
– Bunga Cempaka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Keluarga kau tak payah la nak halang kalau dia nak kahwin. Bagi je la dia kahwin. Itu pilihan dia. Baik buruk biarlah dia tanggung.
Dah tahu dia keras kepala nak jugak halang. Kang dia berzina sebab korang larang tak ke korang dapat sekali dosa?
Jahat ke baik pilihan dia biar dia lah fikir. Korang pun dah nasihat kan? Itu jalan dia nak, bismillah bagi dia teruskan..
Berentilah decide hidup dia. Ni sampai sedara mara menyebok..
Pada pendapat saya, cuba tt berubat secara islam. Jumpa ustaz untuk rawat adik tt. Sebab pernah ada kawan saya terkena macam adik tt. Padahal semua orang dh nampak redflag kat jantan ni. Memang terang lagi bersuluh, tpi kawan saya percaya 100% dekat jantan ni. Berasa pelik dengan perangai dia, kami kawan2 ni cuba bawa dia berubat secara islam. Dan ustaz tu kata kawan saya dah terkena “ubat guna2” dari jantan tu. Patut kawan saya ni ikut je kata jantan tu.
Aku pernah jadi mangsa scammer cinta ni. Teruk kena. Mujur aku dijauhkan lepas hampir habis semua benda. Aku berjaya lari. Aku dah pernah dapat kesan orang cakap dia scammer, tapi, aku tak percaya juga masa tu. Padan muka aku, tapi, alhamdulillah aku dah dijauhkan dari dia. Malas dah aku nka fikir hal kahwin. Dua kali aku dimainkan lelaki ambil kesempatan atas kebaikan. Bertahun aku simpan perasaan, jumpa sekali lagi pun perangai sama. Baik aku hidup sendiri. Layan keluarga aku je.
biarkan ja depa kawin, nanti apa2 jadi sendiri tanggung, jgn nak menyalahkan org lain, gatal sgt sampai dah hilang pertimbangan, membelakangkan keluarga, makbapak, sila kan kawin