Tunang Tanpa Merisik

Nama aku Lisa. Aku ada kenal dengan sorang lelaki ni kat platform cari jodoh.

Aku bersyukur dapat kenal dengan lelaki yang cukup baik.

Tiap kali aku aku diamkan diri sebab marah, dia yang selalu tenangkan, selalu pujuk baik-baik.

Tak pernah sekali pun keluarkan kata-kata makian.

Dia kerja biasa je.

Dari awal kenal lagi dia dah kearah hubungan yang serius which is dia nak jadikan aku isteri dia.

Alhamdulillah dia dah jumpa family aku untuk pertama kali beberapa bulan lepas.

Ibu ayah dua-dua pihak pun dah restu dengan hubungan kami berdua.

Mak dia sangat baik. Selalu call tanya khabar.

Walaupun dapat calon suami orang jauh, aku tak kisah. Memang tak nak cari yang sama negeri.

Lepas setahun lebih kenal, dia ada kata nak bawak mak ayah dia jumpa parents aku.

Aku happy sangat sebab aku kenal dia masa zaman pkp.

Perancangan family dia untuk datang sini banyak kali tertangguh sebab pkp.

Bila dah boleh rentas negeri tiba-tiba bulan lepas, dia kata mak ayah dia tak dapat datang sini sebab jauh.

Ayah aku cakap, jauh pun takkan la sampai 2 hari baru sampai sini, hahaha.

Betul jugak kan?

Dia cadang nak merisik then terus tunang. Kiranya masa tunang tu la kali pertama aku jumpa bakal mertua aku.

Parents aku tak setuju cara macam tu sebab parents aku lagi prefer jumpa mak ayah dia dulu.

Tunang ni bukan main-main. Tu dah sampai satu fasa yang serius.

Aku takut kalau terus tunang tanpa jumpa mak ayah dia kali pertama, tiba-tiba mak ayah atau family dia tak berkenan dengan aku, takkan nak putus tunang.

Belanja dah banyak keluar untuk majlis tunang.

Malu la aku kalau apa-apa jadi selepas tempoh bertunang tu sebab dah libatkan sedara-mara semua.

Kalau aku dah lama kenal dengan dia takpela jugak atau kalau dua-dua family dah kenal each other, aku tak kisah pun kalau nak tunang terus. Tak payah merisik.

Ni aku baru jumpa lelaki tu sekali je kot.

At least kalau merisik dulu, family dia dapat tengok aku depan-depan sebelum ke fasa tunang.

Aku dah explain kat dia kenapa aku nak jumpa mak ayah dia dulu, tapi dia tak pernah faham.

Kahwin ni bukan setakat kita nak tinggal seumur hidup dengan suami je, tapi dengan keluarga dia sekali aku kena ambil kira.

Ingat mak ayah aku senang-senang je nak lepaskan anak perempuan dia tanpa tahu asal usul dan background bakal menantu dan besan.

Perempuan ni paling takut kalau dapat mertua yang tak baik.

Kalau korang pun mesti terfikir sama macam aku kan?

Aku betul-betul dalam dilema. Aku buntu nak buat macamana.

Aku jadi murung, serabut kepala dok fikir benda ni since bulan lepas lagi.

Aku nak mintak pendapat korang, kalau sesiapa ada pengalaman yang sama macam situasi aku ni, meh la share.

Patut ke aku tunang terus tanpa mak ayah aku kenal dengan keluarga dia dulu?

Moga Allah bagi petunjuk jalan yang terbaik untuk hubungan aku ni.

Korang pun doakan semoga urusan aku semuanya dipermudahkan.

– Lisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Hello Penulis confess ni. Sy nak share sikit pengalaman Abg sy hampir sma seperti Penulis. Cumanya Abg sy pilih utk tidak meneruskan hubungan salah satunya kekangan kewangan. Jadiny mak sy minta Abg sy cuba cari org trdekat dulu jika Abg berkenan blh diaturkan trs dpada meneruskan dgn org jauh. Mak kata tak seronok kalau kbanyakan majlis saudara mara tak dpt hadir, tiket pergi balik seberang bukan murah. Dgn budi bicara kami sekeluarga, syukur Abg tk jadi dengan org jauh. Abg ikut kata mak. Alhamdulilah, Abg bahagia tanpa byk perkara yg perlu difikirkan.
    Keluarga pihak perempuan bekas abg dulu, sangat mndesak Abg sehingga tdk fikir yg kwangan Abg sy itu sangat mnyedihkan. Kami pun pelik knp smpai perlu mcm tu, tunang apa semua scara mendadak. Selidik pnya selidik, rupanya perempuan tu dah sgt obses dgn Abg sy dan kami tau yg perempuan tu ada sakit mental dgn makan ubat penenang. Kami sekeluarga tkejut dan memutuskn cara baik tanpa perlu byk perdebatan. Syukur Alhamdulilah sgt2.

  2. Akak pn ikut serabut. Kalau blh bila nk knalan org jauh pstikan tk byk masalah trutamaya masalah kwangan dik. Kesian pihak lelaki, kesian seluruh ahli keluarga dn rakan2 yg tk dpt hadir majlis. Kedua belah pihak pun ada mslh kewangan. Akak cadangkan spy lbh rasional soal kwangan. Jgn desak benda yg akan buat lbh ramai pihak serabut.

  3. elok jumpa mak bapak dia dulu, betul cam ayah awak cakap, kena kenal keluarga dulu sebab zaman skrang ni mcm2 hal ada

  4. hi sis,
    cm sy dlu, suami bwk sy jumpa dgn family die dlu then sy bwk die jumpa dgn mak dan family sy. tp family sy dgn family die xpenah berjumpa la. lps 7bln knl family suami sruh bertunang dn knl dgn semua family kedua belah pihak. Alhamdulillah aturan berjln lancar. sy pn dikre xde merisik jgk la. tunang terus then nikah

  5. Hye confessor, …kisah saya saya macam awak…saya pertama kali jumpa mak ayah mertua semasa merisik…😊….saya tiada majlis tunang…hanya merisik….tapi seminggu sebelum family suami datang, suami jumpa dulu mak ayah untuk perkenalkan diri dia… jujurnya arwah mak saya pada mula agak meragui keputusan saya.. tapi saya tak tahu macam mana akhirnya Alhamdulillah dimudahkan proses sampai ke selesai majllis…
    Bagi saya mana yang boleh mudahkan kita mudahkanla….
    Ada kawan saya dikenalkan ke keluarga suaminya secara maya…….buat video call…

    Untuk pengetahuan confessor saya orang semenanjung..dan suami dr negeri dibawah bayu…

    Benar kos ulang alik untuk lalui setiap step sangat mencabar waras fikiran dan poket🤣…tu jadinya tiada tunang hanya merisik.

    Doa saya untuk confessor moga ditemui jalan keluar yang terbaik untuk awak… dan semoga urusan menuju hari bahagia confessor dipermudahkan Allah …aminnn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *