Asssalamualaikum, semoga kisahku ini dapat dijadikan pengajaran kepada semua. Kisah agak panjang, mohon kesabaran dalam membaca.
Al kisahnya, aku sudah bertunang dengan pilihan hatiku dan bakal menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan.
Perkenalan kami bermula dari zaman sekolah rendah hingga sekarang ke zaman pekerjaan.
Tunangku seorang anak yatim yang kehilangan mak pada usia belasan tahun, dan memang sejak ibunya pergi, banyak perkara yang kami decide sekali sebab beliau tak rapat dengan keluaganya.
Jatuh bangun dia, aku lihat dengan mata aku sendiri. Bagaimana dia survive untuk hidup, aku saksikan sendiri. Apa yang terdaya, akan aku tolong dia, fikir penyelesaian bersama sebab aku yakin dia akan berjaya kelak.
Dia pun sangat baik, layan aku dgn baik, ada ketika aku susah, sabar dan sebagainya dan serius mahu menjadikan aku isterinya.
Sehinggalah pada bulan OKT 2024, aku dapat tahu beliau curang. Hati yang hancur hanya Tuhan saja tahu. Dan beliau berjanji untuk berubah dan minta peluang yang kedua.
Ya, dan aku berikan atas dasar percaya kepadanya. Semuanya nampak okay dan akhirnya beliau melamar aku dan menghantar rombongan meminang.
Dan alhamdulillah kami bertunang. Tunangku telah ditugaskan ke kursus latihan selama beberapa bulan, dan memang beliau tak dapat contact aku sekerap mana.
Dan Allah Maha Besar, seminggu selepas dia ke kursus, aku dapat tahu bahawa dia curang untuk kali yang kedua, DENGAN WANITA YANG SAMA.
Wanita tu tak tahu langsung kewujudan aku dan dia pun terkejut yang lelaki tu adalah tunang aku.
Perhubungan mereka juga agak serius, sering keluar sekali, cakap telefon, wassep, dan tunangku berjanji akn berkahwin dengan perempuan tersebut. Luka lama berdarah kembali, bagaikan disimbah cuka.
Dan sekarang, tunang aku masih tak tahu keadaan sebenar dan dia masih call aku mcm biasa dan tanya tentang persiapan kahwin.
Dan dia juga masih berhubungan dengan perempuan tersebut dan meminta perempuan tu tunggu dia balik dari kursus. Allahu, kenapa aku tak nak tanya tunangu masa dia call?
Sebab dia hanya boleh cakap 5-10 minit. Bolehkah masalah kami selesai dalam masa tu? Tak.
Aku dilema, dan dalam hati aku memang rasa nak back off. Tapi yela, it’s hard to move on.
Doakan saya semua, separuh hidup ada dengan dia.
Dan tetiba, 5 bulan lagi nak bernikah jadi macam ni. Hanya Allah tahu betapa remuknya hati ini.
Sekian..
– si malang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Jangan teruskan. Percayalah kamu akan menderita selepas kahwin. Masih belum terlambat utk tarik diri.