Tunggu Aku

Aku Lan, berasal dari Selangor. Aku baru kematian ibu sebulan yang lalu. Ibu menderita sakit 3 serangkai selama beberapa tahun..

Aku dan adik beradik yang lain bergilir menjaga ibu sepanjang hayatnya, membawanya ke hospital setiap kali temujanji, menggendongnya ke kamar mandi untuk membersihkannya, menyiapkan makanannya dan berkhidmat untuknya.

Setiap kali giliranku, aku menjadi teman bercerita dan meluah ibu. Aku suka mendengar celoteh dan gurau senda beliau.

Kini aku seorang yatim piatu, tiada lagi seorang ibu untuk berkongsi kisah suka duka dalam hidupku.

Memori bersama ibu memenuhi benakku, namun jiwaku terasa kosong, aku terlalu rindu.

Sekarang aku kembali kepada tugas harianku. Tiada yang berubah, aku bekerja macam biasa seperti orang lain. Umurku bakal menjengah tiga puluhan tahun hadapan.

Di usia ini aku rasakan aku sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, aku berusaha untuk mencari pendamping dan peneman diri sehingga hujung nyawa.

Aku ambivert, iaitu kategori di antara extrovert dan introvert.

Aku boleh bersosial dengan baik, ramai kenalan lelaki dan perempuan.

Aku juga bekerja dalam bidang servis yang memerlukan untuk aku keluar dan berjumpa dengan ramai orang.

Walaupun begitu, aku cuba untuk tidak menjadi terlalu naif kerana semasa zaman sekolah dahulu, aku kerap dibuli kerana terlalu “baik” dan sering diambil kesempatan atas kebaikan diriku.

Aku orangnya sederhana, tidak terlalu tinggi, tidak juga terlalu rendah, sedang-sedang orang kata. Berkulit coklat, tipikal asia. Rupa pun biashe biashe saja.

Semasa menyambung degree, aku berkenan dengan seorang gadis di universiti tempat aku belajar. Orangnya manis dimataku.

Kisah bermula setelah kami selesai pengajian, aku menghantar pesanan W/A untuk berkenalan. Dia menyambut salamku dan kami berkawan.

Setelah lebih kurang 5 tahun berkawan, aku nyatakan hasrat untuk melamarnya. Namun dia kata dia tidak berminat.

Aku kecewa, tapi tetap juga berusaha untuk mengambil hatinya.

Setelah dipujuk, akhirnya aku menghantar rombongan merisik ke rumahnya pada pertengahan tahun lepas.

Ahli keluarganya menyambut baik kedatangan keluargaku. Majlis merisik bertukar menjadi majlis pertunangan.

Aku bersyukur dan lega semuanya berjalan dengan lancar. Kini sudah setahun lebih usia pertunangan kami.

Perbincangan mengenai majlis perkahwinan kami ditangguhkan kerana aku perlu mencukupkan jumlah duit hantaran yang tidak ditetapkan pihak perempuan.

Ya, masih wujud lagi perempuan yang tidak meletakkan hantaran, antaranya ialah tunangku.

Walaupun begitu, aku cabar diriku untuk mengumpul sejumlah wang untukku serahkan kepadanya. Jangkaan majlis ialah pada awal tahun hadapan jika tiada aral melintang.

Sehingga hari ini semua urusan pernikahan belum disiapkan atas sebab tertentu seperti urusan ibuku yang sakit dan lain-lain.

Tiba-tiba semalam, tunangku menghantar pesanan kepadaku, dia menyatakan untuk memikirkan semula mengenai status kami.

Dia kata bahawa dia masih belum bersedia untuk berkahwin dan tidak mahu membebankan aku dengan urusan perkahwinan ini.

Dia kata aku perlu waktu untuk menenangkan diri dan berehat selepas kematian bonda kesayangku.

Entah kenapa perlu dia berkata sebegitu sedangkan yang pergi akan tetap pergi, kita semua pun akan menemui pencipta kita satu hari nanti sedangkan urusan perkahwinan ini memerlukan perbincangan antara kedua pihak.

Aku menagih penjelasan dia, akhirnya terkeluar juga apa yang terpendam dalam hatinya.

Dia question kenapa aku perlu letakkan hantaran sekian-sekian sedangkan dia dan familinya tidak meletakkan hantaran sedemikian?

Kenapa tidak memudahkan urusan majlis kalau betul-betul nak berkahwin?

Katanya lagi dia boleh tolong aku, tapi aku refuse pertolongan dia.

Sudahnya, dia kata yang dia rasa sebenarnya aku yang tidak serius untuk berkahwin, hatinya sudah tawar.

Tercalar maruah aku bila dia kata nak tolong aku, seolah-olah aku sangat tak mampu untuk dia. Aku juga rasa sedih bila dia tak nak tunggu aku.

Kalaulah dia tahu bahawa aku sangat berusaha untuk halalkan dia, kenapa dia tidak mahu memahami? Apa patut aku buat?

Perlu ke aku walk-away dan mencari orang lain yang sudi denganku dan boleh menunggu sehingga wang aku mencukupi, atau pujuk dia supaya terima aku kembali?

Sekian, 

– Lan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *