Tunggu Atau Pergi?

Hi semua, saja lah nak luah kat sini. Kalau ada pendapat or pengalaman sama mungkin boleh share kekuatan jugak.

Actually nak cerita tentang saya dan bf. Saya dengan dia dah kenal lama, since sebelum covid lah.

Waktu mula mula kenal tu biasa lah kan, semua ok. Saya ni usianya tua 2 tahun dari dia. Sekarang pun dah 27 lagi 3 tahun nak masuk 30 tahun..

Cumanya sekarang ni yang saya nak cakap, sejak lepas tahun ketiga bersama, dia tak pernah pun cakap pasal kahwin.

Even sekarang ni, bila borak pasal kahwin, dia macam suka angin.

Pernah betul2 sekali je cakap pasal kahwin tentang doorgift n tempat nikah tu je yang mood dia ok.

Saya bukan memaksa dia untuk kahwin cepat2, just nak bincang2 kosong je la means merancang.

Tapi bila dah banyak kali ajak borak macam nak tak nak je bincang, saya pun pendam jelah.

Satu lagi kan, sepanjang kenal lama ni, dia tak penah ajak saya jalan2, even saya faham lah dia tak suka tempat yang crowded.

Ok tu takpe, but atleast ajak pi pantai ke, makan aiskrim ke tengok pemandangan macam tasik pi jogging pun tak penah nak bawak.

Bila kawan2 ajak, dia ok pulak. Bila saya ajak, dia akan cakap membazir, baik duk rumah tidur… hmmmm.

Dia ada sejenis sikap, bila saya merajuk dia takkan pujuk ya. Saya akan baik sendiri. Kalau saya terasa, nanti dia akan lawan balik saya. So saya banyak pendam je bila macam keadaan tegang.

Dia kurang nak jaga solat, solat jumaat pun kadang2,

Saya penah tegur dia “Solatlah , sampai bila taknak solat” dan dia cakap “Kalau nak solat, solat je jangan paksa2 dia”.

Saya ni kan jenis malas dah nak fikir pasal orang baru, saya doa supaya Allah bukak hati dia untuk jaga apa yang wajib untuk dia dengan Allah.

Saya harap juga one day dia akan berubah untuk diri dia dan saya.

Tapi, saya tak tahu sampai bila.

Saya sayang dia korang, cuma saya rasa macam kosong.

Faham tak eh, dia macam kita nak dengan dia, tapi dalam masa yang sama kita tak yakin yang dia boleh jaga kita.

Saya taktahulah apa yang saya buat untuk tunggu dia ni betul ke tak.

Sekian, terima kasih baca.

– Kambing Golek (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. sometimes… we accept crumbs just to feel something. so are u satisfied with just a crumb?

  2. kak kambing golek,

    you literally have all the answers in your post.

    1. he’s a walking redflag. Kalau hubungan dia dengan Tuhan pon dia tak jaga, what makes you think you’re special? Ingat, you cant change a man and he wont be changing himself for anyone either.

    2. 3 years and no progress? sorry to break it to you, actually you shouldve known the relationship will have a ”future” together or not in the span of 6 months. lets say the guy belum financially capable etc but he still WONT be avoiding the marriage topic if ONLY youre the one he wanted to marry. but in this case, i rasa dia bukan lahjodoh dalam doa-doa you.

    3. pergi makan ice cream and lepak pantai pon dia taknak bawak, so are you ready to do your pregnancy check up and go to labor alone if you end up marrying this guy? sis fikir la jauh2 okay. nak kahwin bukan consider perasaan cinta sayang tu je, banyak lagi kena ambik kira.

    sorry to slap you with the harsh truth but you seem like you might need a little wake up call. and i know deep down pon you rasa korang ni memang takde harapan pon. if he is truly your jodoh then trust me Allah will make it easy. If it wasnt easy and banyak sangat obstacles, best believe, Allah is saving you for the better as what you deserved. Hang in there, teruskan berdoa and let go things/person that was never meant for you at the first place. How can you meet your real jodoh if you still hanging on to the wrong one kan?

  3. Hermm kalau saya, cara dia jawab untuk solat tu pun dah cukup buat saya berundur. Kalau bukan pasal solat pun, dia ‘biased’. Dengan kawan bukan main boleh keluar, tapi dengan sis susah nak keluar? Nanti dah kahwin pun lebihkan kawan tu kang.
    Atau kot dia ada skandal lain..? Takut kalau keluar nanti kantoi terjumpa skandal tu..? Atau member nampak kang dan tangkap gambar dia dengan skandal ke.. Ntah2 dia ada je berkawan dengan ppuan2 lain, dan dengan sis dia anggap sebagai salah seorang kawan je. Tak lebih sampai nak ke jinjang pelamin.. Cakap pasal kahwin pun nak angin.

    Ntah lah sis. Jangan sebab desperate, sanggup terima.

  4. Sorry to say dah nampak sangat redflag.kalau ckp psl kahwin pn hangin jer nmpk mxm xde effort.orang laki kalau betul dia ikhlas n sayangkan kita mesti dia ade effort lebih.mak saya pesan kalau nk kawen.cari lelaki yg sayang kita lebih bukan kita yg terhegeh2.one more thing jgn harap lelaki bila kawen akan auto berubah.kalau dh mcmtu samada klu sis kawen nt takut banyak makan hati merana..doa byk2 istikarah okayy

  5. Banyak dah red flag.Nak tunggu apa lagi?

    Tuhan dah tonjol satu2 ….

    Hubungan dgn Allah pun dia tak jaga lagi ko harap dia nak jaga hubungan sesama makhluk(ajak ko kahwin?)

    Memang idok ler…..
    Nak ajak berjalan pun tak nak..sebab apa?dia ada skandal lain di blkg…

    Tu je jwpn dia…dia simpan ko sbg suka2 je.

  6. husband saya sekarang perangai dia macam bf awak, dulu waktu kitorang “bercinta-bertunang” macam tu lah dia buat kat saya, dia jenis solat cuma yang lain lain tu :((

    satu je saya nak pesan, LARIIIIIIIIIIIIIII! lelaki takkan berubah selepas kahwin. ini pengalaman saya yang banyak makan hati walaupun cuma setahun jagung kahwin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *