Assalamualaikum, aku Senah, usia dalam dua puluhan dan masih menuntut di sebuah universiti awam.
Memandangkan aku baru sahaja mula cuti semester, aku mahu menulis confession mengenai ibuku yang muda dalam usia 40-an yang telah curang.
Aku bukanlah berniat nak buka aib ibuku. Niat aku kongsikan kisah ini, untuk meminta pendapat dan cara dari pembaca sekalian bagaimana untuk aku cegah ibuku daripada curang.
Aku merupakan anak sulung dalam adik-beradikku dan semua perempuan. Seperti aku katakan, ibu aku telah curang dengan seorang lelaki.
Alkisahnya, aku sudah lama perasan, bukan pada tahun ini, sudah bertahun aku perasan yang ibuku telah berwhat’s app dengan lelaki warga asing yang tinggal sekampung denganku.
Namun aku senyapkan saja kerana tidak mahu bersangka buruk terhadap ibuku. Tetapi, perkara ini tidak boleh didiamkan apabila adik-adikku turut menyanya aku akan hal itu.
Adikku Tipah “ Kak Senah, kau ada perasan apa-apa tak dengan ibu”, “Kenapa dengan ibu?”, “Takkan kau tak perasan apa-apa..?”
“Ha ye, aku perasan je ibu chat dengan laki lain”, “Bukan chat je kak, siap video call masalahnye..” Aku diam tak terkata. Rupa-rupanya, bukan aku seorang yang tahu pasal ibu.
Ada satu hari tu, aku perasan ibuku bervideo call dengan tidak betudungnya. Bila ibuku perasan yang kami adik-beradik menghampiri, ibu cepat-cepat off kan call.
Pasti pembaca tertanya, mana ayahku? Ayahku boleh aku sifatkan dia seorang penyabar dan lemah-lembut, ayahku juga bukanlah seorang yang romantik. Kalau what’sapp ayah aku, dijarangnya dia reply.
Jenis orang yang jarang buka phone. Kalau berjalan ke mana-mana, tiba je mahu bergambar bersama, hanya kami adik-beradik bergambar dengan ayah.
Ibuku? Hanya berselfie sendirian. Biasa kita dengar, lelaki usia makin tua, jiwanya lagi muda. Tapi terbalik dengan ibuku. Ibuku juga sering berhias mengalahkan anak-anak daranya.
Baru-baru ini juga, aku terdengar ibuku call lelaki itu. Waktu itu, ibuku dalam biliknya. Aku boleh dengan ibuku borak-borak manja dengan lelaki tersebut. Aku bagitau Midah, suruh Midah acah-acah masuk untuk ambil barang dekat bilik ibu.
Sebaik sahaja Midah masuk bilik ibu, ibu terus senyap. “Ibu call sape tu?”, “Limah, kawan ibu masa kerja kilang dulu-dulu.”
Adikku mengambil barang dan ibuku suruh Midah keluar cepat-cepat. Tapi Midah sengaja lambatkan langkah sampai ibu terpaksa off call terus. Aku bukan mahu buruk sangka.
Kebiasannya, ibu akan lagi berseloroh kalau berborak dengan kawannya sampai anak pun boleh tidak diendahnya. Tetapi, ibu terus senyap sebaik Midah masuk bilik ibu sehingga off call terus. Sedih kami kalau ibu tipu kami.
Nak bagitahu ayah aku, aku risau pergaduhan berlaku. Sungguh aku tak sanggup lihat ibu ayahku bergaduh. Aku pernah terfikir untuk memberitahu nenek aku. Tapi aku tidak merasakan itu jalan yang terbaik.
Takut-takut hal itu lagi menyedihkan nenek aku. Nenek aku pernah bercerita, dulu ibu memang pernah bercinta dengan lelaki warga asing.
Namun ditentang oleh datukku kononnya tiada lagi dalam keturunan yang berkahwin dengan warga asing, macam sudah tiada lelaki Melayu.
Aku juga pernah terfikir untuk what’s app lelaki itu terus agar tidak menggangu ibuku lagi. Tapi dihalang oleh adikku kerana dia berpendapat tidak akan mudah bagi lelaki itu terus berhenti chat dengan ibuku.
Yelah, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Ibuku yang melayan lelaki tersebut. Dia boleh je abaikan setiap chat lelaki itu jika tiada mustahak.
Semalam, Tipah sengaja mengendap dekat tingkap bilik ibu. Waktu itu ibuku sedang bervideo-call dengan lelaki itu. Tapi terkantoi pulak, sebab lelaki tuh nampak dan bagitahu ibu. Sekali lagi ibu terus off call.
Dah terkantoi, Tipah terus masuk bilik ibu. “Ibu video call sape tadi?”, “Ibu call Limah lah, kawan ibu tuh” “Tapi Tipah nampak laki tadi.”, “Tuh pakwe Limah haa.”
Tipah terus terdiam dan terus keluar bilik. Sampai macam ini Ibu tipu. Bukannya Tipah tak nampak siapa laki tuh. Tipah tahu laki tuh Pakcik Afgan.
Andaikata, kami nampak ibu masih berhubung dengan Pakcik Afgan. Apa yang harus aku lakukan??
Adikku Midah pernah cakap yang dia akan menangis dekat asrama kalau teringat isi chat antara ibu dan Pakcik Afgan. Kisah ibuku ini bukan bermula pada tahun ini.
Sudah bertahun tetapi masing-masing diamkan sahaja. Aku tidak mahu rumahtangga yang dibina oleh ibu ayahku berkecai. Selagi boleh cegah, aku mahu cegah dengan cara yang baik.
Aku harap sangat ibuku berubah. Doakan kami sekeluarga ye.
– Senah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit