Tunjukkan Jalan Kepadaku

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kerana sudi approve cerita aku.

Aku hanya hendak meluahkan perasaan aku dan meminta pandangan kalian semua tentang masalah rumahtanggaku yang telah dibina 10 tahun.

Selalunya kita mendengar luahan seorang isteri yang selalu dicurangi. Kali ini aku hendak meluahkan perasaan seorang suami yang mencurangi kesetiaan isteri.

Namaku Naeim, seorang eksekutif di bank dan juga isteriku Hawa seorang guru di sekolah menengah.

Kami dikurniakan sepasang anak yang comel, keluarga yang sederhana, mertuaku yang sangat baik, bak kata orang segalanya perfect.

Isteriku seorang yang sangat ‘career oriented’, waktu malam pun sering melakukan kerja kerja sekolahnya, tulis jurnal, rupa paras yang cantik (sebab aku tahu ramai kat sekolah syok kat dia).

Dia jaga aku sangat baik dari segi nafkah & batin, makan minum. Segala-galanya sempurna di mata aku.

Aku pula berkerja di sebuah bank di KL. Rupa parasku seakan-akan Syafiq Kyle dan membuatkan ramai perkerja di bank cuba-cuba nak tackle aku.

Tapi semua aku tak layan, sehinggakan aku berkenalan dengan seorang kerani, Izati yang berumur early 40s, aku pulah hanya baru berumur (33 tahun) cuba berkenalan denganku,

Mula2 hanya diajak breakfast di cafe untuk ceritakan hal2 kerja, sampai laa tengok wayang berdua.

Ya, aku pun tergoda dengan dia, malah aku siap menghadiahkan seutas rantai emas untuk dia.

Isteriku dapat merasakan kecurangan aku, tapi aku dan Izati memang berlakon habis untuk menutup cerita kami.

Akhirnya terbongkar segala galanya apabila isteriku terjumpa gambar2 aku bersama si Izati ni.

Gambar selfie dalam wayang, gambar hadiah2 yang aku berikan pada Izati. Kantoi yang tak boleh di cover lagi. Isteri ku naik hantu dan terus meminta cerai.

Pada saat tu, aku merasa menyesal sangat, aku memang menyesal. Aku baru tersedar aku tak boleh kehilangan isteri aku. Aku putuskan segala perhubungan aku dengan Izati. Aku sangat menyesal.

Seminggu aku pujuk isteriku, isteriku cakap memang boleh maaf, tapi dia takkan boleh lupakan apa yang aku buat kat dia. Dia cakap dia stay dalam perkahwinan ni pun sebab anak anak kami.

Tiap2 hari aku peluk & cium dia, buat sepertimana apa yang dia selalu buat padaku.

Isteriku memang seorang yang manja, setiap kali pulang kerja mesti pelukku dengan erat, dan tak pernah lekang di bibirnya untuk ucapkan, ‘I love you’.

Tapi kini aku rasa kosong sangat, tiada lagi pelukan, tiada lagi I love you.

Aku juga dah pujuk dengan membelikan macam2 surprise di office, bercuti berdua di Bali – aku siap belikan business class ticket dan duduk 7 start hotel di Bali.

Kadang2 dia okay, tapi lama2 mesti cerita tu diungkit kembali.

Aku buntu untuk mendapatkan cinta dan kepercayaan isteriku semula. Aku pun tak tahu selama mana aku boleh bertahan atau isteriku bertahan.

Sesungguhnya aku memang sangat menyesal dengan perbuatan aku.

Kepada kaum suami yang lain, kecurangan ini satu pilihan. Bukannya takdir semata mata. Hargailah isteri selagi boleh, hilang isteri hilanglah segala segalanya.

Anak anak pun semestinya akan ikut isteriku jika perkahwinan ini tak dapat diselamatkan.

Aku harap pembaca semua dapat mendoakan agar aku dapat isteriku yang dulu.

Naeim sayang Hawa!

– Naeim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *