Tuntut Hak Nafkah Tertunggak

Assalamualaikum semua aku tulis ni sejujurnya sebab terbaca tulisan saudara nama Faiz tajuk ‘the bitter story’ (https://iiumc.com/the-bitter-story/).

Boleh di katakan hampir 80% cerita dia lebih kurang sama dengan aku.

Tapi ayah aku bukan tinggalkan mak aku waktu sakit cuma dia tinggalkan aku waktu mak aku meninggal dunia,

Tak sampai sehari pun dia terus hilang dan sama macam dalam kongsian tersebut aku umur 10 tahun waktu tu dan tinggal berdua dengan nenek aku yang umur dah 50 tahun ke atas.

Tinggal berdua dan membesar dua orang sahaja. Dari umur aku 10 tahun sampai sekarang dah masuk 30 tahun.

Aku jumpa ayah aku waktu umur 27 tahun secara tak sengaja.

Dari situ aku tahu dia dah ada keluarga baru dan boleh di katakan kaya sebab ada restoran 5 biji serata Malaysia.

Aku memang pada awal tak ada rasa nak jumpa ayah aku dan tuntut nafkah tertunggak. Tapi isteri aku yang paksa.

Isteri aku ni dia peguam dia bagitahu yang nafkah tertunggak itu hak aku. Tak payah nak rasa segan malu.

Lepas fikir panjang aku lantik peguam untuk uruskan hal nafkah tertunggak.

Waktu tu lah baru jumpa ayah aku yang last aku jumpa umur 10 tahun..

Bayangkan aku waktu tu dah 27 tahun tak lama lagi dah nak masuk 30an..

Rasa kelakar dan sedih juga waktu tu sebab selama aku membesar tak sekali pun ayah aku balik jenguk ke kirim duit ke tidak hilang terus.

Aku pun jumpa ayah aku setakat angguk kepala. Makan masa lama juga baru selesai. Nilai tuntutan pun 6 digit.

Waktu ni yang keluarga ayah aku macam complain nilai tu banyak sangat dan bermacam lagi alasan.

Yang aku ingat lepas dah selesai tu ayah aku cuma cakap minta maaf dan jaga diri aku pun setakat angguk kepala sebab tak ada rasa apa.

Jadi aku sarankan brother Faiz tu pergi tuntut hak anda. Aku pun dulu fikir macam tak nak jumpa dan tak nak ganggu keluarga baru ayah aku.

Tapi itu hak kau dan lagi satu aku serahkan separuh wang tuntutan tu untuk nenek aku..

Tapi nenek aku tolak dia cakap tak ada nak beli apa dan suruh aku simpankan katanya buat untuk anak-anak aku masa hadapan nanti.

Pergi cari peguam tanya satu persatu yang paling penting segala bil yang kau jumpa segala dokumen penting yang kau jumpa serta surat menyurat kau cari dan kumpul semula dari umur kau 10 tahun.

Aku nasib baik sebab nenek aku ni jenis suka kumpul. Jadi resit dari duit yuran, duit buku zaman sekolah dan banyak lagi resit, bil air api semua aku kumpulkan jejak 100 keping.

Pergi sahaja tak payah nak rasa malu ke bersalah itu hak kau. Aku pergi uruskan tu tak ada bercakap apa dengan family ayah aku.

Isteri aku dan peguam yang kami lantik yang uruskan benda tu.

Aku pun macam kau juga bila tahu dia ada family baru hidup senang lenang rasa bitter tapi hakikatnya itu hak kau. Tuntut balik hak kau.

– Imran (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *