Assalamualaikum semua, cerita ni sebenarnya dah agak lama. Tapi sebab baru-baru ni aku nampak ada yang alami benda sama jadi aku pun cuba nak berkongsi juga.
Mak aku ada 2 orang adik beradik dan mak aku ni anak sulung. Nak di jadikan cerita umur aku 10 tahun atuk aku meninggal dunia.
Selepas selesai apa semua selepas setahun arwah meninggal. Ada sorang ni berhutang dengan arwah atuk. Banyak ye bukan sikit hampir satu ratus ribu. Ada semua dokumen dan senang cerita segala bukti ada.
Akhirnya bila dah hampir setahun minta hutang akhirnya setuju setuju bayar RM1500 sebulan. Awalnya nak RM2000 tapi bila bincang akhirnya turunkan RM1500.
Setahun pertama iya bayar berjalan lancar. Tapi masuk tahun ke dua macam macam alasan. Tahun ke dua tu cuma 7 bulan sahaja bayar. Masuk tahun ke-3 yang pinjam hutang tu meninggal dunia.
Mak aku dengan adik dia dan nenek aku tak tahu. Sekali hampir berbulan senyap tak ada langsung bayar. Rupanya diorang dah pindah.
Bila call anak dia pun semua cakap, “eh itu hutang arwah dah meninggal dunia kenapa pula kami nak bayar” dan siap minta halal kan. Masalah nya baki hutang ada lagi RM60,000.
Mak aku pun geram, semua lari tak nak lunaskan dan siap cakap “pergi kubur sana minta dengan arwah bapak aku”
Senang cerita diorang anggap hutang tu bapak dia dah meninggal langsai macam tu sahaja.
Nenek aku dah give up dia cakap biarlah dah tak rezeki tapi mak dengan pakcik aku tak boleh sebab diorang ni kalau macam balas baik dan elok tak apa ini kurang ajar siap maki ye.
Mak dan pakcik aku jumpa peguam dia cerita dari A – Z diorang pun pergi mahkamah tinggi untuk buat carian harta pusaka senang cerita bahasa mudah dia nak claim harta pusaka arwah tu biar langsaikan hutang.
Senang cerita memang proses rumit tapi bila dah jumpa tak sampai beberapa bulan tu terus anak si arwah ni call balik marah kenapa tahan harta wasiat ayah diorang.
Makan masa ye benda ni dengan saman lagi 3 tahun tak silap aku akhirnya, duit tersebut yang sepatutnya jadi milik anak arwah di langsaikan dekat keluarga mak aku dengan bayaran bonus ke apa aku tak ingat tapi yang aku tahu dia macam compensation dalam RM 2000.
Hutang langsai tapi waktu proses tu baru anak arwah cakap nak settle luar diorang nak sambung bayar balik bulan-bulan macam dulu sambung.
Tapi mak aku reject dia cakap confirm nanti culas bayar. Mak aku cakap satu sen diorang tak dapat dari harta waris tu sebab jumlah dia memang cukup untuk langsai hutang.
Bermacam sumpah seranak diorang hantar dekat nombor telefon mak aku.
Rasa macam kelakar, diorang sendiri yang cakap kenapa diorang kena bayar sebab yang hutang ayah diorang tapi bila claim dari harta arwah diorang pula marah.
Sejujurnya ni aku oversimplified kan sahaja sebab real case dia rumit dan payah sedangkan cost lawyer pun mahal. Tapi puas lah dapat balik hutang.
Aku ada lagi screenshot dengan audio keluarga diorang hantar dekat mak dengan pakcik aku.
Bermacam makian siap marah “bagi balik duit bapak aku lah” diorang ingat mak dengan pakcik aku tak boleh buat apa sebab arwah dah meninggal dunia. Tapi jeng jeng..
– Zam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit