Assalamualaikum.
Saya perempuan, umur 22 tahun. Kisah yang saya nak kongsikan disini berkaitan dengan confession sebelum ni yang bertajuk “dugaan tersalah pilih teman hidup”.
Apa yang bakal saya ceritakan ni harap dapat dijadikan panduan untuk wanita yang digantung tak bertali. (Cerita ni telah diringkaskan sebanyak mungkin)
Saya ni adalah golongan yang tak pandai meluah dengan kata kata dalam bentuk tulisan jadi saya harap semua boleh faham dengan jalan penceritaan saya. Izinkan saya gunakan perkataan “aku” untuk memudahkan penceritaan ini.
Aku anak ketiga dari 4 adik beradik. Atas aku abang dan bawah aku adik perempuan. Dulu kami menetap di negeri P ( tapi sejak abah berkahwin lain dan tinggalkan kami maka umi pun memohon ditukaqkan ke utara tanah air. Oh umi adalah kakitangan awam dan kami berpindah ke sini pada tahun 2000.
Abah berkahwin lain pada tahun 1999 yakni adik aku yang bongsu tu baru ja lahir. Ni pun aku tau daripada afidavit umi (afidavit: hujah bertulis)
Jadi sepanjang kami tinggal dekat sini, kami cuma jumpa abah kurang dari 10 kali dan setiap kali jumpa umpama menziarahi saudara mara. (Salah satu ulasan yang digunakan dalam afidavit) Cukup aku ringkaskan sepanjang 17 tahun abah gagal laksanakan tanggungjawab dia sebagai seorang ayah dan suami yang berpoligami. Aku memilih untuk tidak membuka kisah duka disebalik perpisahan ni sebab semasa hayat umi sangat menjaga aib abah supaya kami anak anak tak hilang hormat kat abah. Apa yang kami adik beradik tau ni adalah dari ingatan kami masa kecik dan jugak sedikit penceritaan dari umi tu pun masa aku dah masuk sekolah menengah baru aku tau sikit sikit.
Aku tau mesti ramai akan tanya kenapa 17 tahun baru buat tuntutan fasakh. Ada tiga sebab kenapa dan mengapa:
1. Umi dah pernah buat permohanan cerai menggunakan peguam tapi abah memang tak bagi kerjasama. Jadi umi batalkan disebabkan kekangan kewangan dan masa. Yelah masa tu kami kecik lagi banyak duit nak pakai dan kos lawyer pun bukan murah. Oh masa tu jugak kami taktau pun pasai lawyer bantuan guaman tu.
2. Umi masih lagi bagi abah peluang untuk selesaikan dengan cara baik tapi abah susah untuk di ajak berbincang dan taknak lepaskan umi. (Salah satu ulasan dalam afidavit)
Sebab ketiga adalah sebab kenapa aku share cerita ni. Dan sebab ni buat aku terkilan tak dapat nak balas jasa umi.
3. Antara kami 4 beradik aku yang paling rapat dengan abah. Rapat maksud aku adalah aku selalu rasa rindu kat abah walaupun jarang jumpa dan aku selalu rasa sayang kat abah melebihi umi. (Ni zaman tak matang lagi) Jadi disebabkan hal ni umi tunggu sampai aku matang dan boleh berfikir yang mana baik dan buruk (masa kecik aku kuat memberontak) so penghujung tahun 2016 waktu umur aku 21 tahun, umi mengfailkan permohonan fasakh keatas abah. (Aku tau ni pun dari satu borang yang umi kena tulis sebab kenapa baru failkan fasakh selepas 17 tahun. Menitis ayaq mata aku baca dan umi taktau pun kata aku baca benda ni)
Awal proses permohonan fasakh ni aku memang kurang cakna sikit prosedur dia sebab masa tu aku baru dapat kerja dan jauh dari umi. Apa yang aku tau umi ada pergi pejabat agama islam dan isi borang. (Aku tak sure borang apa sebab macam aku cakap kat atas aku takdak dengan umi masa tu) Apa yang aku tau umi terlepas sesi kaunseling atas alasan apa aku tak ingat. (Serius prosedur awal memang banyak yang aku taktau dan aku mintak maaf sangat tak dapat share memandangkan umi pun dah meninggal dan aku tak sempat nak sembang lebih hal ni)
So kita skip terus bila kes dah masuk makhamah syariah. Perkara pertama kena buat sebelum kes masuk perbicaraan umi kena bukak fail yang mengandungi sebab sebab kenapa memohon untuk tuntutan fasakh. Lepas tu depa akan bagi satu tarikh untuk perbicaraan pertama. Masa perbicaraan pertama kes umi tak dibicarakan tetapi umi cuma dipanggil masuk ke bilik kecil berjumpa dengan hakim dan hakim nasihatkan untuk serah saman kepada abah melalui makhamah pantai timur mengikut alamat terakhir abah. Masa perbicaraan pertama ni hakim ada cadangkan ambik peguam.
Masuk bab peguam sat. Hasil perbincangan umi putuskan untuk tak ambik peguam atas alasan banyak lagi duit nak pakai untuk benda lain yang lagi penting. (Kalau anda mampu untuk upah peguam lagi bagus sebab boleh lancarkan urusan)
Jadi kami pun cuba untuk memohon khidmat peguam bantuan. Sebelum mohon aku dan umi ada la jugak google berkenaan hal ni dan baru kami tau yang kami tak layak sebab gaji umi melebihi syarat. Boleh rujuk laman web www.jbg.gov.my
So bila kami isi kalkulator kelayakan (ada kat website jbg) bantuan guaman tu memang ternyata umi tak layak. Tapi umi pergi jugak ke biro bantuan guaman untuk dapatkan khidmat nasihat. Haa disini pentingnya khidmat nasihat. Untuk khidmat nasihat ni caj yang dikenakan cuma rm2. Jadi pertama kali umi pergi umi tanya lah beberapa soalan antaranya boleh dak kalau permohonan fasakh umi ni tak menggunakan khidmat peguam. Peguam tu jawab boleh tapi semasa perbicaraan plaintif yakni umi So bila kami isi kalkulator kelayakan (ada kat website jbg) bantuan guaman tu memang ternyata umi tak layak. Tapi umi pergi jugak ke biro bantuan guaman untuk dapatkan khidmat nasihat. Haa disini pentingnya khidmat nasihat. Untuk khidmat nasihat ni caj yang dikenakan cuma rm2. Jadi pertama kali umi pergi umi tanya lah beberapa soalan antaranya boleh dak kalau permohonan fasakh umi ni tak menggunakan khidmat peguam. Peguam tu jawab boleh tapi semasa perbicaraan plaintif yakni umi kena mainkan peranan yang penting, kena buat sikit study untuk kukuhkan point utama kes dan ulasan supaya tak lari dari tajuk.
Hasilnya memang umi study pasal benda ni. serius aku taktau celah mana umi buat semua ni. Aku baru tau tadi ja tu pun sebab nak buat confession ni lah so apa yang aku jumpa dari fail ni, umi print out semua kes kes tuntutan fasakh (cari kat google ja) tengok point point yang depa guna untuk hujah masa bicara dan umi compile point yang berkaitan yang boleh digunakan untuk kes umi. 3 alasan kukuh yang umi guna dalam hujah bertulis umi adalah:
1. Suami cuai peruntukan nafkah zahir sejak tahun 1999 sehingga sekarang.
2. Suami telah tidak menunaikan tanpa sebab nafkah batin selama 17 tahun.
3. Suami tidak berlaku adil dalam poligami.
Perbicaraan kedua. Kali ni kes umi tak bicarakan lagi masuk bilik kecil tu dan ditangguhkan lagi dengan alasan saman tu tak dapat disampaikan sebab abah dah tak tinggal lagi disitu. (Alamat terakhir yang kami tau iaitu rumah kami yang dulu) Jadi aku ambik inisiatif mohon cabutan alamat terkini (alamat IC) abah kat jabatan pendaftaran negara (kena bayaq rm50) Tapi nak mohon ni bukan senang senang depa nak bagi camtu ja kalau takdak alasan kukuh dan pertalian keluarga.
Dari situ kami dah dapat alamat abah yang terkini dan kami cuba hantar sekali lagi surat saman tu ke alamat tersebut. Masuk perbicaraan kali ketiga hakim dapat keputusan dari makhamah syariah negeri tempat abah tinggal mengatakan bahawa depa tak dapat serahkan saman tu by hand dengan alasan alamat yang diberi tu takdak orang tinggal tapi depa lekat saman tu dekat pintu rumah. (Alasan ni serius tak logik sebab aku sendiri pernah p rumah dia kat sana dan aku tau depa masih tinggal kat situ. Boleh nampak ada taktik kotoq disitu) dan kes ditangguhkan lagi sebab defendan tak hadir.
Oh lupa nak bagitau yang perbicaraan ni sebulan sekali ja cuma perbicaraan ke-6 dan 7 tu ja dalam bulan yang sama. Dan dalam tempoh ni jugak aku sendiri ada call abah suruh hadir masa bicara. Tapi masih tak hadir. (Aku cuba untuk jaga aib abah jadi aku tak boleh nak cerita semua)
Masuk perbicaraan ke-4. Ha masa ni kena bawak saksi dan aku adalah saksi pertama. Sebelum perbicaraan dimulakan aku kena angkat sumpah bahawa pengakuan aku ni jujur. (Akuan sumpah tu disediakan, just baca ja) So masa ni start sesi soalan jawab antara aku dengan plaintif.(ada jugak hakim tanya beberapa soalan) Yaaaaa umi sendiri yang tanya aku sebab umi kan merangkap lawyer sdn bhd untuk kes umi Aku ingat lagi hakim ada teguq umi. Kalau permohonan fasakh soalan mestilah berkait pasai fasakh. Ha kat sini pentingnya study tentang maksud fasakh, kenapa dibolehkan fasakh dan sebagainya. Kes umi takdak tuntutan hak penjagaan anak (anak semua 18 tahun keatas so masing masing boleh pilih nak tinggal dengan sapa) dan tuntutan nafkah dan sebagainya (Sepanjang berkahwin pun tak pernah bagi nafkah so kalau dah cerai pun sama lah sebab tu umi tak tuntut) dan umi jugak nak kes ni settle cepat yang penting dibebaskan dari gantung tak bertali.
Perbicaraan ke-5. Angah dengan along pulak yang dipanggil sebagai saksi. Jadi hasil dari hujah saksi saksi ni umi kena buat afidavit baru untuk makhamah.
Perbicaraan ke-6 adalah menghantar afidavit kepada hakim dan ditangguhkan untuk sesi perbicaraan seterusnya iaitu hari keputusan ataupun perbicaraan ke-7 dimana umi menang kes dan jatuh talak fasakh dan harus jalani tempoh edah 3 bulan.
Apa yang boleh aku simpulkan untuk kes macam ni kena ada bukti kukuh(kalau ada record audio video, screenshot semua tu lagi bagus), saksi dan yang penting sekali jangan putar belit fakta. Ingat satu ja, kalau kita di pihak yang benar Allah akan bantu kita. Banyakkan membaca kes kes fasakh terdahulu, mintak nasihat dari biro guaman or sapa sapa yang pakar bab syariah.
Habis tempoh edah sebulan selepas tu umi tinggalkan dunia ni buat selama-lamanya. Bayangkan berapa lama umi derita dan Allah panggil umi untuk berehat selamanya. Allah permudahkan segala urusan umi, urusan kematian umi. Kos tuntutan fasakh umi bawah Rm300 aku taktau exact total berapa and bayaran untuk apa sebab aku takdan belek fail ni bagi habis memandangkan ramai yang messenger dan aku kalau boleh nak share secepat yang mungkin untuk bantu depa yang memerlukan. Oh masa aku komen tu aku bgtau 4 bulan kan? Aku lupa 2 bulan proses awai tu.
Harap apa yang dikongsikan ni ada manfaatnya dan buat mereka yang messenger saya tu inshaAllah lepas ni pelan pelan saya akan reply. Untuk siapa yang tak faham dan perlukan lebih details boleh cari saya kat ruangan komen confession kak icha. Saya doakan semoga mereka yang teraniaya ni dipermudahkan segala urusan. Jika ada kesilapan info boleh teguq di ruangan komen. Terima kasih sudi membaca.
Doakan semoga umi ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Umi tunggu kakak kat syurga tau? Kakak rindu umi.
29 Oktober 2017
Genap 3 Bulan umi tinggalkan kami.
– Apple
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit