Tuntutan Nafkah Yang Tak Berpenghujung

Assalamualaikum semua. Ini kisah tuntutan Nafkah anak2 Yang tak berpenghujung. Bab kata orang putih “no ending”. Mohon mana2 peguam atau mereka Yang pakar dalam Bab ini memuncul Kan diri di ruang Komen serta memberi idea2 Yang bernas.

Sedikit sesi pengenalan.

Ibubapa Kami telah bercerai semasa Dalam tahun 2009. Ibu telah failkan fasakh. Disebabkan sikap ayah Yang tak bertanggungjawab. Tak bagi duit Yang cukup. Kami Ada 6 orang adik beradik. Ayah telah berkahwin lain senyap2 di negara seberang dengan seorang janda anak 2. Dua orang perempuan anak janda Tu dah berkeluarga.

Ayah sering bagi duit dalam jumlah Yang tak mencukupi. Dalam Surat mahkamah perintahkan bayar setiap anak dengan jumlah RM500. Tapi ayah cuma bagi setiap bulan RM200 @ RM400 @ RM500. Rm500 Tu sangat lah jarang nak bagi.

Ayah kerja besar. Satu hari anak2 terjumpak ayah bank in duit Dalam jumlah Yang besar kepada ibu isteri ayah (mentua ayah). Duit itu dikirim kepada ibu mentua ayah setiap Bulan. Bukan sikit. Banyak.

Ayah ni sikap nya kalau Minta duit asyik cakap tak dak duit lah gaji sikitlah. Bayangkan ayah mula berkerja disitu Dari umur 18 tahun sehingga kini 48 tahun. Adakah gaji Masih Sama? Ayah kerja Di sektor swasta. Dalam ayah tak ada duit, masih boleh pakai 2 handphone berjenama, boleh makan cukup, boleh pakai baju Yang berbeza setiap Hari .

Anak-anak? Kami 6 orang adik beradik. Ada lelaki Ada perempuan. Kalau perempuan Kami kongsi baju. Ada saiz M, Ada saiz XXXL, Ada saiz XL. Ada jugak saiz S. Kami kongsi baju sesama sendiri. Kami kongsi kasut. Kami kongsi banyak benda sesama adik beradik. Tempat tidur? Ada yg tidur atas lantai, atas toto.

Disebabkan kena berkongsi. Timbul rasa kekurangan dalam Hati Kami. Kami masing2 sudah dewasa. Ada yg sudah habis Belajar dan masih mencari kerja. Jobless. Ada yg kerja tapi tanggung diri sendiri sebab pendapatan pun cuma mampu untuk seorang makan saja. Kami cuma mahu kehidupan yg stabil. Tak perlu berkongsi lagi. Tak perlu kongsi baju, tudung, seluar, bantal dan sebagai ya.

Kami pernah makan nasi dengan lauk garam, lauk minyak daging.Kami pernah makan lempeng cicah gula selama seminggu. Kami pernah makan ikan Kering sepanjang minggu.

Ya memang ayah bagi RM400 @ RM500. Tapi Kami 6 orang adik beradik. Ibu perlu bayar bil air api Yang jika digabung boleh mencecah Rm600 lebih. Apa lagi cara untuk Kami berjimat air api? Sebab ayah selalu bising bil air api rumah Kami tinggi padahal rumah ayah cuma Rm17 atau paling tinggi Rm30 .

Ada adik beradik yang pernah tak pergi sekolah sebab tak ada wang saku .Ada Yang tak pernah makan kat kantin sekolah sebab nak jimat duit beli nota tambahan dekat cikgu.Ada Yang minum air paip atau duduk dalam perpustakaan saja masa rehat balik rumah baru makan .

Ibu dan adik pernah pergi tunggu di depan bank sepanjang pagi sebab ayah janji nak bagi duit pada hari tersebut. Walaupun ayah baru bank in waktu petang cuma RM50. Sepanjang membesarkan anak2. Ibu bersusah payah banyak sangat, semata2 mahu memastikan anak2 mendapat makan Dan pendidikan seperti orang lai .

Ibu telah failkan tuntutan Nafkah terhadap ayah sebab culas memberi duit Nafkah anak2. KES bermula 2017 sehingga Hari ini 2019. Lawyer ni sekali ibu mesej. Sekali reply. Kalau tak mesej tanya perkembangan kes. Maka lawyer ni tak jugak bercerita.

KES ni katanya berjalan pada satu tarikh ni, waran tangkap terhadap ayah sudah dikeluarkan.Tapi ayah Masih bebas Masih culas. Masih menegakkan benang Yang basah. Tapi seperti tiada apa2 Yang berlaku. Bukan apa, banyak dah duit dikeluarkan untuk bayar peguam ni. Tapi kes ni tetap macam nih.

Jika ayah tak pergi satu tarikh, katanya waran tangkap dikeluarkan dan perbicaraan ditetapkan semula pada tarikh lain.Namun selepas itu kitaran ini berulang kembali. Rasanya ini dah Kali ke 9. Kami anak2 dah muak dengan kata2 “waran tangkap dah dikeluarkan”. Namun, kitaran Yang sama seperti tiada perubahan.

Bukan sikit duit habis untuk bayar peguam nih.Ni bukan peguam kerajaan. Ini peguam persendirian yang tak terlibat dengan kerajaan. Peguam ni dibayar. Kalau nak tukar peguam, macam rugi sebab peguam ni tak nak bagi balik duit. Lepas Tu kena ulang balik procedure macam mula2 dulu, kena mula semula prosiding. Jadi lagi memakan masa. Lagi seolah2 buang masa .

KES ni berjalan Dari 2017 sehingga kini 2019.Tapi seperti tak berpenghujung.

Ayah ni anak2 belajar dari sekolah dan universiti asyik cakap tak ada duit. Atau pun asyik marah seolah2 Kami sebagai anak menyusahkan dia. Disebabkan ayah Ada 6 orang anak. Bos ayah bagi ayah buat OT ( over time ). Tapi Kami sebagai anak cuma dapat RM50 atau makanan basah, Kering yg dicatu seperti cuma Ada 2 anak. Gaji ayah bukan sikit. Sebab ayah Ada Minta surat2 ic atau butir2 penting anak yg sedang Belajar dahulu semata2 nak dapat pelepasan cukai.

Allah tu punya nak tunjuk sampailah Surat LHDN ( lembaga hasil) hantar ke rumah. It like how can? Dia tak sara anak2. Sara anak pun bagi duit sikit bising. Tapi ayah dapat pelepasan cukai. Dapat duit lebih kot. Kami anak2 6 orang. Kecewa dengan sikap ayah. Kalau duit bagi Betul2 takpa. Ni tak asyik tipu. Asyik bagi tak cukup .

Kami semua tinggal dengan ibu, tapi sebab ayah tipu LHDN sampai dapat pelepasan cukai. Ibu tak dapat BRIM, sebab bila ibu call tanya, mereka cakap ibu janda tanpa tanggunggan. Seolah2 ibu tak ada anak dan seolah2 ayah yang bela anak2.

Kehidupan ayah dengan betina tu mewah. Kalau makan ,dalam kata tak dak duit. Si betina ni boleh masak 2, 3 jenis lauk, sayur. Baju2 ayah cantik2 ada banyak. Baju2 Bini abah banyak.Penuh satu almari. Ada yg Masih dalam plastic.

Pernah orang bercerita pada ibu nampak ayah pergi kedai perabot Beli barang2 dalam kedai perabot bawa duit selambak. Pernah orang cerita bini abah pergi pasar Malam, pasar tani borong makanan seolah2 Ada 10 orang tinggal dengan mereka.

Mana hak Kami sebagai anak? Belum cukup kes ayah tak bayar loan bank rumah Kami tinggal dengan alasan ibu yg Mohon fasakh tak layak dapat harta. Tapi rumah ni harta sepencarian. Ayah tak lepas buat loan bank rumah nih. Jadi dulu masa ibu kerja, ibu combine gaji dengan ayah. Maka boleh la Beli rumah ni.

Kes rumah ni ayah tunggu 2, 3 Bulan baru bayar. Tu pun puas Kami Minta pujuk ayah bayarkan. Sebab ibu tinggal dengan anak2 dirumah ini . Dirumah ini Ibu bayarkan bil air api sikit sikit. Sebab tak mampu bayar penuh. Bil maintenance tak mampu bayar .maybe sudah mencecah Rm38k. Ibu bukan muda lagi. Ibu Ada macam2 sakit. Ibu lah penguat semangat Kami . Ayah? Sejak kes tuntutan Nafkah dia seolah2 telah buang anak2 .

Soalan saya, adakah kes tuntutan Nafkah ni no ending? Dimana keadilan buat Kami sebagai anak? Dimana keadilan buat ibu? Dimana lagi Kami mahu cari orang2 baik? Dimana lagi ayah Yang baik? Siapa lagi yg akan berpihak kepada Kami? Berapa lama lagi KES ni Akan berakhir? Adakah Kami akan dapat hak Kami 6 orang adik beradik? Atau adakah ayah Kami TERlalu kebal dengan undang2?

Mana ayah yg sebelum kahwin dengan ibu merayu Bagai. Namun selepas dapat ibu, disebabkan kelemahan ibu dicari orang lain. Sudah la Kami hilang kasih sayang ayah, kami hilang ayah Kami yg sebenarnya. Mohon mana2 pihak untuk nyatakan idea atau beri pendapat yg bernas.

– Fatimah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *