Assalamualaikum semua, aku Mommy Iman. Luahanku pernah beberapa kali di siarkan di sini beberapa tahun lepas. Luahanku ini kesenambungan dari luahan sebelum ini. Boleh baca link:
i. https://iiumc.com/pentingnya-
ii. https://iiumc.com/salahkah-
iii. https://iiumc.com/salahkah-
Alhamdulillah Iman sudah berusia 3 tahun dan aku masih lagi bujang di usia 33 tahun. Masih menjalani rutin harian yang sama sebagai seorang Ibu dan menguruskan perniagaan Accounting Firm ku sendiri.
Covid 19 melanda dunia benar-benar memberi impak kepada ekonomi Malaysia. Banyak perniagaan terjejas pengaliran tunai, terbeban dengan hutang dan terpaksa menutup syarikat sekaligus meningkatkan kadar pengangguran di Malaysia.
Namun, bukan isu itu yang ingin ku keluhkan di sini. Ku coretkan cerita tentang si Puteri, Sang ibu kandung permata hatiku Iman.
Puteri kini berusia 20 tahun. Semakin matang permikirannya di pandanganku. Dia kini pelajar diploma di sebuah universiti tempatan di Ibukota.
Sejujurnya aku masih berhubungan dengan Puteri malahan aku juga banyak membantu memulihkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan selepas dia ditinggalkan oleh keluarga serta kekasihnya.
Ku pupukkan semangat untuk dia sambung belajar dalam bidang yang diminati dan aku membantu membiayaan kos belajarnya. Bagiku dengan ilmu, seseorang akan dipandang tinggi.
Dan dengan tahap pendidikan yang bagus dapat membantu meningkatkan tahap kehidupan Puteri kelak. Dan niatku juga agar besar nanti Iman mengenali ibunya sebenar walaupun kini Puteri tidak begitu akrab dengan Iman.
Yang menjadi masalahku di sini adalah keluarga Puteri. Sewaktu aku mengambil Iman 3 tahun lepas aku ada memberi wang sejumlah RM10K kepada Mak Puteri,
Sebab ketika itu tahap kesihatan emaknya terganggu dengan musibah tersebut dan selepas itu aku memang tidak pernah berjumpa dengan keluarga Puteri.
Puteri juga telah dihalau keluarga jadi aku sendiri serba salah untuk bertanya lebih lanjut tentang keluarganya.
April 2020, aku terserempak dengan Mak dan abang Puteri (Along) di klinik abangku. Maknya datang bertanya khabar dan bertanyaan tentang Iman juga. Kebetulan aku bersama Iman ketika itu, sesekali dia membelai rambut Iman. Penuh mesra di mataku.
Fikirku mungkin Mak Cik tersebut merindui cucunya. Kutinggalkan numbor telifon untuk memudahkan keluarganya bertanya khabar tentang Iman. Tidak terlintas difikiran ku keluarganya bercita-cita menjadikan aku mesin ATM nya .
Bermula dengan RM5K di malam pertemuan tersebut atas alasan sebagai modal berniagaan makanan sebab anaknya baru di buang kerja ketika itu. Tanpa syak aku transfer amount seperti yang dimohon. Dia nenek sebenar Iman fikirku.
Namun semakin kerap Emak dan Along menganggu hidupku dan memohon bantuan. Ku kira hingga Ogos 2020, hampir RM50k telah kuhulurkan kepada keluarganya. Abang-abangku mula bising dan menganggap mereka hanya mengambil kesempatan kepadaku.
Aku mula bertegas tidak lagi menghulurkan bantuan. Nombor telifon juga ku tukar. Lain pula yang berlaku, Along datang membuat huru hara di Office ku, Turut menggugut untuk mendapatkan hak penjagaan Iman. Puteri juga kini memihak kepada keluarganya.
Membatalkan perjanjian pengangkatan yang ku buat ketika mengambil Iman 3 tahun lepas. Syukur aku mempunyai Kad MyRadha’ah (Kad daftar ibu-anak susuan) yang dikeluarkan oleh JAIS.
Kini aku dalam usaha menfailkan hak penjagaan Iman. Walaupun kutahu peluang lebih memihak kepada kepada Puteri sebagai ibu kandung.
Jadi disini aku ingin bertanya kepada semua yang pernah menghadapi situasi seperti ini:
1. Adakah benar, Ibu Kandung boleh membatalkan penjanjian pengangkatan walaupun dulu Ibu kandung itu sendiri yang membuang anak tersebut dengan alasan anak luar nikah dan malu?
2. Ibu kandung vs ibu susuan untuk anak bawah umur alasan apa yang boleh mengukuhkan agar hak tersebut dapat pada ibu susuan? Banyak kes yang aku baca memihak kepada ibu kandung. Mohon pandangan.
3. Betul ke kalau aku berkahwin, peluang aku lebih kuat untuk menang kes tuntutan hak penjagaan berbanding jika aku bujang? Nak tahu juga sebab kes ni tergendala kejap sebab covid.
P/s : Mana yang lebih arif tentang kes seperti ini, mohon kongsi pandangan anda tentang hak penjagaan tersebut. Terima kasih.
– Mommy Iman (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit