Salam warga IIUMC. Namaku Dania Nur Iman 21 tahun.
Dalam tempoh 6 bulan aku berjaya turunkan 20kg dalam 6 bulan.
20kg tu kira 1/4 daripada berat asal aku. Dan tempoh 6 bulan itulah yang telah merubah aku pada aku yang sekarang, lebih sihat, ringan dan ceria.
Aku sejak lahir dah gemuk. Dari sekolah tadika, darjah dan menengah tak pernah kurus. Selera makan selalu ada. Lagilah aku tinggal dengan neknek yang selalu masakkan masakan yang sedap-sedap belaka.
Aku tak pernah fikir nak kurus atau kurangkan berat badan sehinggalah aku terbaca satu artikel yang menyebabkan aku mula risau dengan gaya hidup aku yang sangat tidak sihat.
Dari situ mula aku research banyak perkara berkaitan diet pemakanan yang betul dan seterusnya perihal weight loss.
Memandangkan aku agak excited aku cuba diet yang tak sihat. Berlapar dan sebagainya. Serius menyesal aku. Selama sebulan tu aku tak bermaya dan kesihatan terjejas teruk.
Namun, aku tak berputus asa. Aku cuba perbaiki kesilapan aku dan inilah apa yang aku amalkan sepanjang tempoh 6 bulan.
1) Perbaiki niat.
Inilah drive utama sebelum aku ambil keputusan nak loss weight. Aku list down semua, aku tampal pada dinding. Antaranya bila aku loss weight, ia mudahkan aku untuk beribadah, mudahkan aku cari baju etc. Buang niat-niat tak baik seperti nak attract attention org lain dll.
2) Lihat apa yang kita makan
‘You are what you eat’. Aku periksa balik food intake aku, kalau tak sihat aku tak makan lagi.
Eg. Aku tak ambil processed food sebab kandungan sodium tinggi begitu juga dengan fast food. Aku juga kurangkan portion makanan into half (aku guna pinggan kecik so nampak macam banyak tapi tak.) Aku tak kira calories (sebab malas) tapi aku akan pastikan makanan itu ada protein, fibre, calcium dll.
3) jangan keterlaluan.
Rileks. Kalau aku ngidam cake, choc, snacks, lontong, ayam kepsi dll. Aku makan tapi berpada-pada. Kau tak boleh sekat semua, biarlah sekali sekala kita layankan ngidam tu tapi jalan berlebihan.
4) selalu aktif
Percaya tak kalau aku kata dalam 6 bulan ni aku tak pernah exercise? Jog pun tak pernah. Rahsianya aku selalu aktif. Instead of sign up for gym, aku rela kemas stor, kemas bilik yang berselerak. Bila dah kemas aku berpeluh-peluh, itulah workout aku. Selain tu aku amalkan naik tangga dan jalan kaki instead of naik kereta, bas etc.
Adakalanya aku join main sukan futsal, badminton. It really helps.
5) jot down perubahan dalam diri
Setiap dua minggu aku jot down berapa weight turun dan perubahan yang aku nampak dalam diri. Aku semakin positive, lebih sihat dan ringan. Kalau dulu naik tangga sikit dah berpeluh tapi sekarang dah kurang. Banyak lagi perubahan positif dalam diri aku sejak aku amalkan gaya hidup yang sihat.
Akhir sekali, aku rasa 6 bulan ini banyak mengajar aku lebih sayangkan diri sendiri. Kesihatan itu tak nampak nilainya melainkan pada orang yang sakit. Aku kongsi tips ini supaya korang lebih motivated. Jangan malas. Some people dream for success but others work on it. Kalau aku boleh pasti korang pun boleh.
Kalau korang ada apa-apa tips yang lagi gempak sila share. Aku pun nak tahu kisah kejayaan korang. Pada yang masih in process nak loss weight keep it up! Yang dah berjaya tahniah untuk korang!
Lastly,
Terima kasih admin sudi siarkan dan terima kasih sudi baca dan Assalamualaikum
– Dania Nur Iman
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit