Tutorial Jadi Penyewa Rumah

Assalamualaikum semua pembaca page ni. Terima kasih admin sebab sudi kongsikan confession aku ni. Aku lelaki,dan dah 5 tahun duduk rumah sewa (belajar+keje sekarang). Tajuk ni ditujukan khas untuk orang-orang yang masih tak reti dan faham bahasa. Jadi aku sediakan tutorial ringkas ni,hadamkan.

1. Kebersihan.
Jadi kita start dengan benda yang paling basic. Kebersihan ni memang dititikberatkan dalam islam kan? Jadi kita ni memang kena jaga kebersihan walau apa pun alasannya. Bermula dengan bilik anda,kena lah kemas dan bersih. Aku faham maybe kadang-kadang kita rushing pegi kerja sebab dah lewat kan. Tapi sekurang-kurangnya takkan la tak boleh letak boxer atau baju kotor tu dalam baldi? Benda ni sangat simple, dan even budak kecil pun boleh buat. Jadi takde alasan kan. Kalau malas sangat nak sapu bilik sapu lah seminggu sekali. Weekend free kot. Boleh tu. Usahakan okay? Sebulan sekali bersihkan tingkap dan kipas korang yang dah tebal dengan habuk tu. Takdelah selsema je memanjang. Hehe. Satu lagi, malas mandi. Yang ni lelaki memang ramai. Aku pun tak tahu lah apa masalah diorang. Tak rimas ke? Tak melekit ke? Kalau kau bangun tidur tu wangi macam kasturi takpe lah jugak. Ini dengan air luir basi, bau hapak, boleh ajak pergi beli makanan tengahari?? Lepas tu sparay deodorant kasi wangi. Masalahnya, tak wangi. Lagi teruk bau. Kau je yang tak sedar. Jadi, simple je. Pergi mandi. Wangi-wangi lepas tu nak pergi mana pun pergi lah. Aku pernah jumpa housemate yang sampai seminggu xmandi. Alasan dia,sejuk. Bau hapak toksah kira la. Memang teruk. Aku pun tak boleh bayangkan perasaan roommate dia bila budak tu bersin dan tak gosok gigi seminggu.

2. Nak pakai tapi tak pernah beli langsung.
Masa aku belajar dulu, benda ni memang aku sangat pantang. Contohnya,aku beli air kotak besar, ingat nak minum la masa bukak puasa. Bayangkan la masa nak buka puasa tu bukak peti air dah takde (mungkin diorang terpaksa berbuka kan siapa tahu). Sakitnya hati. Sebab bulan puasa aku sabra la jugak. Aku bukan bengang pasal aku kedekut. Jangan salah faham. Kalau nak, at least cakap la. Terkedu tau beli-beli asyik habis je. Last-last aku dah tak beli. Kalau beli pun aku sorok dalam bilik, tak pun habiskan terus. Susah manusia yang tak faham bahasa ni. Kemudian, sabun basuh baju,ubat gigi dan sabun mandi. Yang ni aku paling tak faham. Kadang-kadang aku rasa macam bapak diorang pulak. Aku asyik sediakan keperluan asas untuk rumah ni. Sebab aku tahu semua orang pakai sabun dan ubat gigi aku. Why not kita gilir-gilir beli? Kalau betul nak berkongsi la kan. Tapi bila aku suarakan,semua diam seribu bahasa. Macam tak berduit. Padahal aku lah yang paling sengkek dalam rumah tu. Makan pun aku la yang paling berjimat.

3. Bayar sewa lewat.
Ada dikalangan tuan rumah yang minta seorang ketua untuk kumpulkan duit sewa rumah. Jadi masalah yang timbul ialah ada la dikalangan kawan penyewa yang tak bayar on time. Ini sedikit sebanyak menyukarkan si ketua si. Akhirnya si ketua ni terpaksa bayar dahulu kepada tuan rumah pakai duit dia sendiri. Kepada yang lambat bayar ni, tolonglah berubah. Anda dah menyusahkan orang. Mudahkanlah kerja orang dan Allah akan mudahkan kerja kau. Simple. Next!

4. Merokok
Bab merokok ni aku tak kisah. Tapi ada sebahagian lelaki yang kisah. Mungkin ada masalah kesihatan macam asma dan sebagainya. Jadi kalau nak hisap rokok dalam bilik tu, Tanya la dulu roommate kau. Kadang-kadang dia tak sampai hati nak bagitahu. Jadi peka la dengan orang sekeliling. Paling bagus,kalau roommate kau bukan perokok, kau merokok di luar rumah. Settle.

5. Pasang lagu kuat-kuat.
Aku perhatikan ramai sangat yang tak solat sekarang. Muzik tak salah. Yang salah bila kita terlalu bertuhankan muzik. Tambah pulak bila duduk ramai-ramai ni, mesti lah pasang internet laju kan. Maka berdota la ramai-ramai. Boleh pulak pasang lagu kat youtube continuously.That’s the best part. Yang tak best nya aku sedih tengok ade seorang dua kawan aku ni pasang lagu walaupun tengah azan. Langsung tak hormat. Tak perlahankan langsung volume tu. Belajar lah hormat azan sikit. Kau tu islam bang. Lagi lah kalau ada orang solat dekat situ. Tak perlahankan pun volume lagu dia. Dia tak tahu ke benda tu menggangu solat? Please think wisely,man. Masa zaman belajar dulu, ada yang jenis pasang lagu kuat-kuat masa malam nak exam, taknak bagi mengantuk katanya. Tapi dia tak sedar dia dah gangu tidur semua kawan dia. Please have some common sense dude.

6. Memasak .
Last, sebagai lelaki bujang yang duduk rumah sewa ni, mesti la teringin nak memasak sekali sekala. Ada yang dah pandai memasak, ada yang baru nak cuba-cuba. Masalah timbul untuk orang yang baru nak belajar memasak. Dia akan guna gas dan minyak masak lebih dari orang yang membeli. Dapur bersepah. Lemak-lemak ayam tak dibuang terus. Sebab dia baru belajar. Jadi, senang je. Korang mintak la tunjuk ajar orang yang pandai memasak untuk tolong korang. Biasa lelaki ni masak time weekend je. So basically mostly ade dekat rumah kan. So takde masalah la. Minyak masak tu beli lah jugak,jangan syok tuang minyak orang je. Bersihkan dapur tu. Lap bersih-bersih. Aku pantang kalau tinggal je kuali atas dapur sampai ke sudah tak basuh. Please la pandai-pandai la. Korang dah besar.

Sekian tutorial dari saya. Banyak lagi tips tapi malas nak taip. Tag kan kawan-kawan anda yang patut baca tips ni. Terima kasih kerana membaca!

– Wak Scary

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit