Tutup

Assalamualaikum. Aku perempuan, pertengahan 20’an. Tajuk aku gadis selfie. Sorry lah aku lebih selesa guna aku, sebab lebih santai. Dan aku bukan budak iium c ni even masa aku like page ni pun untuk baca cerita cerita yang memang jadi zaman sekarang ni. And thanks to admin kalau2 dia siarkan post aku ni.

Gadis selfie. Kenapa tak jejaka selfie? Sebab, jejaka ni klu selfie risiko untuk dijadikan modal bilik air tu kurang berbanding dengan perempuan. Perempuan ni hiasan dunia. Ada nasyid bait bait lirik dia macam tu kan? Okey, korang boleh dengar lagu tu.

Confirm ramai yang suka selfie, lagi seronok kalau dpt beratus like, kan?
Siapa yang tak suka? Suka lah…sebab mana tau dengan muka yang cantik bole masuk dalam ohbulan ke, kan?

Ni aku nak cerita apa yang jadi depan mata aku. Jumaat baru lepas ni, aku ke bank nak tukar kad. Masa tengah menunggu ni, ada sorg staff perempuan. Putih, kecik molek je dia. Aku tengok dia. Dalam hati aku cakap, kan bagus kalau baju kurung yang dia pakai longgar sikit. Muka dah comel, tapi…baju pulak. Mmm

Kebetulan sebelah aku ada brader tengah berdiri, sebab takda seat. Masa staff tu lalu depan dia, mata brader tu tak berkelip tengok punggung staff bank tu tadi. Kalau korang y perempuan perati kn brader tu, apa yang korang akan pikir? Pikir lah sendiri. Aku duk situ,aku y malu.
Itu depan depan. Perempuan kena satu satu hal, mata lelaki ni ibarat xray. Mata diorang ni kalau peratikn perempuan, boleh tembus sampai dalam tau.

Cerita pasal selfie pulak. Hurm. Hari hari duk upload gambar pagi petang siang malam untuk apa? Suami ada kat rumah, tayanh kat suami je. Buat apa nak bagi org luar tengok kecantikan awak? Nak dapatkan pujian? Ke dah takde sifat malu? Malu lah. Orang yang baru awak terima sebagai friend tu taktau pun awak dah kawen ke belum. Tak takut kalau yang like tu orang gile sex ke, atau jadikan gambar awam modal bilik air ke? Tak takut?

Jangan duk kata lelaki tu mata jalang la apa lah, awak sendiri yang tayang. Nak salah kan lelaki tu kenape? Rezeki depan mata. Tengok lah.

Ada lagi yang jenis pakai tudung elok dah. Tapi…baju ketat and tayang dada. Aduiii….kenapa? Ada baju saiz awak kenapa pakai baju adik awak pulak? Sekarang ni banyak baju yang longgar2, labuh tutup punggung. Pilih je yang mana nak.

Kenapa suka dedah benda yang tak patut? Takut takda orang nak? Dik, lelaki memang suka tengok wanita seksi mekap tebal bibir merah. Tapi untuk jadi isteri, mungkin lelaki tu akan berfikir 2 3 kali untuk jadikan kau bini.

Tutup lah apa yang patut. Kalau payah sangat, cuba step by step. Okey? Gudluck.

– -bawangmerah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit