Assalamualaikum semua readers semua. Terima kasih admin kalau siarkan confession saya ni. Okay sesi pengenalan sikit, saya ni wanita dihujung 20an. Tahun depan insyaAllah diizinkan cecah lah 3 series.
Ya bukan muda remaja dan bukan lah tua kerepot sangat. Tapi bukan status saya yang saya nak cerita untuk anda semua. Takde kaitan dengan tajuk.
Ni saya nak react sikit dekat trend adik adik semua yang syok confess pasal dosa keaiban masing-masing.
Maaflah kalau bahasa seakan rojak dan agak pasar sikit, asalkan apa yang saya nak bagitahu ni sampai la dekat hati sanubari masing-masing.
Adik, akak semua. Kita ni Allah SWT cukup sayang. Kasih sayang dia kat kita takde penghujung.
Kalau rasa diri berdosa, tu tandanya hati masih lembut. Toksah bukak-bukak dah pengalaman, dosa awak tu semua. Allah SWT dah tutup rapat aib kita tu dah patut bersyukur rahmat dah adik kakak.
Jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran dalam hidup awak. Jangan sesekali bercerita walaupun takde orang kenal kita. Simpan kemas-kemas dosa kita tu.
Adik kakak, semua orang tak pernah terlepas dari buat silap. Saya sendiri pun banyak silap. Tapi saya selalu minta dengan Allah. “Ya Allah, tutuplah keaibanku”.
Bila dah doa macam ni jangan pandang dah masa lalu. Cukup kita menyesal, benci dan tak nak ulang dah silap tu.
Tapi kita ni manusia biasa memang tak dapat lari daripada buat dosa tu. Kalau rasa dah banyak menyimpang, doa sungguh- sungguh dik.
Mintak Allah permudahkan kita nak berubah.Islam melarang kita untuk membuka atau menceritakan aib sendiri setelah Allah menutupnya.
Kadang niat kita ni elok dah nak bagi pengajaran tapi terbabas pulak pergi cerita ligat atas katil, duduk dalam bath tub satu hari. Ni contoh ye. Sebab saya baru terbaca ni.
Adik kakak yang dihorm4ti, bila ada rasa nak berubah tu tandanya Allah SWT masih sayang kita. Mohonlah kekuatan supaya tak tersasar lagi. Tapi kita pun jauhkan lah dari persekitaran tu.
Jangan lah rasa berdosa tapi tak nak jauh pulak daripada benda tu. Macam mana nak kuat. Nak tak nak kena remove dulu benda tu , baru buat yang lain-lain.
Kalau kita solat 5 kali sehari sekalipun tapi kita masih tak nak tinggalkan “habit” tu macam mana adik kakak?
Saya akui generasi harini sedang “sakit”. Ramai je diluar sana bersedudukan dengan lelaki bukan keluarga terutama yang tinggal dibandar besar. Tapi saya tak pukul rata ya. Memang ada dalam masyarakat harini.
Sekarang housemate lelaki perempuan melayu Islam dah jadi seolah normal. Tu belum cerita istilah tapi lebih kepada “friend with benefits”.
Benda ni semakin menjadi dan saya cukup risau. Cabaran makin besar, ujian kita semua makin bertambah. Kalau tersasar sikit, tak dapat nak dibayangkan.
Saya tak nak jadi penghukum dosa sesiapa disini tapi pesan saya cukup lah reflect benda yang dah berlaku. Cukup lah kita dan Allah SWT je yang tahu “buruk” kita tu.
Bersyukurlah aib tak terbukak macam orang lain yang tersebar gambar, video sana sini. Yang dah lepas, jadikan pengajaran.
Cukuplah bercerita mengenai dosa. Ingat, Allah tu tak jelmakan rupa dosa kita tu sebab Dia tak nak kita ni jadi penghukum dosa orang sana sini, Dia tak nak kita dipandang jelek oleh orang lain.
Besar kasih sayang Allah kan? Jadi kenapa kita nak hebohkan? Kalau nak bercerita, cerita lah pada orang yang sepatutnya atas tujuan nasihat.
Sabda Rasullulah SAW :
Setiap ummatku akan mendapatkan ampunan dari Allah Azza wa Jalla kecuali al Mujaahiriin iaitu semisal ada seorang laki-laki yang mengerjakan sebuah perbuatan (buruk ) pada malam hari kemudian ia menjumpai waktu subuh dan Allah telah menutupi aibnya (berupa perbuatan buruk).
Lalu laki-laki tersebut mengatakan, “Wahai Fulan, aku telah mengerjakan sebuah perbuatan buruk/ jelek ini dan itu”. “Maka itulah orang yang malamnya Allah telah menutup aibnya lalu ia membuka aibnya sendiri di waktu subuh” (HR. Bukhori no. 6069 dan Muslim no. 2990 )
– Cik Puan Zinnirah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit