Terima kasih kepada pihak iiumc sekiranya confession saya ini dapat disiarkan….
Mesti ramai yang tertanya-tanya apa isi dalam tajuk yang di nyatakan ni Kan.. Ini lah dia isi-isinya.. Twins itu kembar.. kembar itu twins..
Maksud dia begini… Kita semua Tau Kan yang di dalam dunia kita ni mesti Ada pasangan kembar..
Pasangan kembar tu maksud nya kau punya kembar bukan yang pasangan bercinta tu.. ataupun orang panggil kembar atau lebih mudah lagi seiiras.. kalau ndak Tau lagi APA itu seiiras pi Google search sendiri ya..
Lagipun orang juga kata yang Muka Kita ni ada seiiras 7 orang (mungkin ya mungkin juga ndak)… Lagi satu kembar ni Ada jenis juga.. kembar seiiras sama ndak seiiras..
Kembar seiiras ni yang betul-betul Muka diorang sama kalau yang ndak seiiras ni Ada beza sikit Tau beza banyak..
Hah! Macam saya dengan adik sayalah ni… asal berjalan atau berjumpa orang, mesti diorang bilang begini,
“Eh! Kembar kah kamu?” “Eh Mana yang kakak, Mana yang adik ni?” “Bukan kau kah tadi tu?” Ini siapa Pula?”… Hah! Begitu lah kalau Ada berjumpa orang Baru..
Menurut saya sama adik saya ni, kami ni bukan kembar seiiras.. kami ni yang ndak seiiras.. cuma kami ni beza wajah sikit Dan tahun saja.. Hari lahir tu sama.. memang sama cuma beza tahun..
Contoh macam ni.. saya dilahirkan pada tanggal 10 bulan 10 tahun 2010 jadi adik saya Pula pada tahun berikutnya lah, 2011. Ni contoh supaya pembaca-pembaca dapat faham.. (contoh tarikh, Bulan Dan tàhun).
Ada cerita di sebalik tarikh tu.. begini ceritanya, bilang mamak (mama) saya.. dia ndak expect dia akan mengandung lagi tapi kalau sudah Tuhan Kasi Ada, terima dengan hati terbuka lah Kan..
Jadi, bilang mamak saya tu, due date bagi melahirkan adik saya ni hujung bulan maksud nya lepas saya punya birthday lah..
Tanggal 10 tu, genap lah saya setahun.. so, mamak saya ni buatlah birthday party sebab saya ni sulung perempuan.. mamak saya excited sangat mau sambut birthday saya walaupun time tu perut sudah memboyot, orang bilang tunggu Hari lah..
Lepas tu, mamak saya ni tiba-tiba mengidam mau Kasi pakai saya baju kembang-kembang tu…. Petang tu dia suruh bapa saya Cari Dan beli untuk saya pakai tu baju nanti..
Lepas saja bapa saya pergi Cari tu, tiba-tiba mamak saya mau beranak..
Naa, punya karau mak cik-mak Cik saya time tu sebab bapa saya Kan keluar sudah.. di telefon ndak diangkat kebetulan bapa saya keluar Naik motor. Terpaksa lah jiran saya yang tolong bawa mamak saya pergi hospital..
Birthday party saya…. Berjalan seperti biasa walaupun mamak saya tengah melahirkan adik saya.. time tu cuma Ada abang saya Dan keluarga sebelah bapa Dan juga jiran-jiran..
Saya ndak ingat pasal kejadian tu sebab umur saya Baru setahun…. tapi saya Tak sangka saya dapat adik waktu saya sambut birthday saya..kiranya hadiah untuk saya lah tu Kan..
Sepanjang proses pembesaran kami dua ni, diibaratkan macam pasangan kembar.. APA yang saya Ada, adik saya Ada juga.
Bayangkan lah.. sampai sambung study s kerja yang sama company cuma beza cawangan.. sampai bilang abang saya nanti kahwin sama juga tu Kali (harap-harap ndak lah).
APA yang best kalau Ada kembar ni ialah boleh buat orang bingung, lagi-lagi kalau yang baru kenal… Yang lama kenal Dan rapat tu dorang boleh membezakan sudah tu.. ni kalau yang seiiras lah.
Cuma APA yang membezakan kami dua adalah watak, sikap Dan peranan kami.. kembar ni ndak semestinya semua sama mesti juga Ada perbezaanya.. kalau semua sama, susah nanti kalau kahwin.
Setiap pasangan kembar Ada kisah masing-masing.. begitu juga saya dengan adik saya.. pahit manis, gelap gelita.
Bagaikan anjing Dan kucing itu sudah lumrah buat Kita semua bahkan lagi kalau dengan kembar sendiri… proses-proses dalam menjalani kehidupan pun Ada ceritanya tersendiri..
Mau saja saya kongsikan tapi penyakit M saya telah mencemburui.. Jika Ada Masa lapang ataupun pembaca-pembaca ingin mengetahuinya akan saya kongsikan lagi sekiranya di beri peluang..
Sebenarnya ini Hari merupakan birthday kami berdua untuk yang ke 20-an.. saya kongsikan berkaitan twins ni sempena ulangtahun saya Dan adik saya..
Semoga pembaca dapat memahami isi cerita saya walaupun Bahasa saya guna ni Bahasa Sabah..
Kepada mereka yang birthday Hari ini saya doakan agar Kamurang punya umur dipanjangkan agar dapat menjadi insan yang berjaya buat Kita sendiri, ibubapa, keluarga, masyarakat Dan terutama sekali di dunia Dan di akhirat..
“Lots of smile”
– Birthday girl (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit