Typical Anak Bongsu

Sebut saja anak bongsu, pasti semuanya akan membayangkan sifatnya yang manja dan keanakan. Namun tak dinafikan masih wujud segelintir dari anak bongsu yang tidak pun menjadi sebahagian dari anak bongsu yang typical dan aku ucapkan tahniah jika anda anak bongsu dan anda tidak seperti yang akan diconfesskan ini. Dari sudut yang positif kita semua tahu anak bongsu mudah mendapat apa yang dingini kerana sering diikutkan semua kemahuannya, anak bongsu juga jarang dimarahi meskipun sesetengah hal si bongsu itu sendiri yang bersalah. Aku tak cakap semua anak bongsu macamtu. Jangan triggered tapi kalau triggered juga memang kita macam tulah kot? Hehe.

Anak bongsu memang kebanyakannya jenis yang happy dan mampu menceriakan suasana. Ia juga dikenali sebagai humoris dan bersifat mudah mesra dengan semua orang namun hakikatnya anak bongsu lebih cenderung untuk bersikap ego dan berasa diri sendiri sahaja betul kerana anak bongsu dibesarkan dalam keadaan anak sulung dan adik beradik yang lain perlu beralah dengannya. Alasan? Kerana anak bongsu adalah anak paling muda dan perlu dimanjakan.

Mungkin bagi anak-anak yang lain berasa inilah kelebihan dan kesenangan untuk anak bongsu tetapi hakikatnya masih ramai yang belum nampak dari side negatifnya dan hal ini sama sekali merugikan anak bongsu. Inilah antara keburukan terlalu memanjakan anak bongsu:-

1). Rela dibanding-bandingkan
Benda ni terjadi pada aku sendiri bila disekolah aku selalu dibandingkan oleh cikgu-cikgu yang mengajar. Katanya abang aku ni takdelah mulut becok dan bising macam aku. Maklumlah abang-abang aku semuanya 8-9A, aku ni 5A je mampu. Masih aku ingat waktu aku ingin masuk ke tingkatan 4, aku dapat masuk kelas aliran komputer sahaja dan memang berbeza dari semua adik beradik aku sebab diorang semuanya dari kelas sains. So mak aku pun bising kata kononnya kelas aku takde subjek yang best, blablablaa aku stress sampai tukar 2, 3 sekolah dan akhirnya kembali ke sekolah asal selepas tak dapat sesuaikan diri. Aku cuba minta untuk naik kelas sains(padahal member ngam aku semua kelas komputer tapi sebab terpengaruh dengan mak aku sampai aku jadi fobia takut tak dapat peluang sambung belajar if tak masuk kelas science) tapi tak dapat juga tukar sebab dah full. Pengetua pun ada perli masa perhimpunan. Dia kata “masa periksa taknak buat betul-betul. Dah jadi baru nak menyesal”. Aku sebenarnya tak kisah pun dengan kelas computer tu sebab bagi aku memang dah ada banyak subjek tambahan, antaranya com, ekonomi, addmath dan akaun. So aku pun stay jugakla kat kelas komputer tu sampailah habis form5. Mak aku pun dah macam faham bila aku pernah menangis depan dia dan aku cakap ” anak mak ada 4 orang dan takkan mak nak semua anak mak jadi orang yang sama. Mak dengan maklang(adik mak aku) pun bekerja dan berjaya dari jalan yang lain-lain”. So mak aku pun dah faham dan sejak tu mak aku support everything yang aku buat sebab dia taknak anak dia stress. Aku tak pernah salahkan mak bapak aku sebab diorang cuma nakkan yang terbaik. Kalau kita rasa cara mereka salah, tegur baik-baik bukan tunjuk protes jadi anak tak guna.

2). Pendapat diketepikan
Ini tak boleh dinafikan lagi sebab hingga sekarang pun pendapat aku mesti diendahkan even pendapat aku tu sangat logik. Apa je jadi dalam family, selalunya pendapat anak bongsu jarang orang dengar. Kau umur 20tahun nak ke dengar pendapat or nasihat dari budak umur 10tahun? Sedangkan kita kena nasihat dengan member sikit pun dah rasa tercabar, inikan nak dengar dari mulut manusia yang dilabel sebagai budak. Terasa memang terasa tapi nak buat macam mana, mentaliti manusia. Bukan senang nak ubah benda yang memang ada dalam mindset kita.

3). Tidak mendapat kepercayaan dari orang ramai
Ini pun terjadi pada aku juga. Lepas aku habis spm, aku nak ambil lesen kereta pun susah sampai kena bertengkar dengan ayah. Katanya aku ni clumsy, so aku tak diberi kepercayaan untuk ambil lesen padahal aku cuba untuk keluar dari rasa selesa sebab selama ni pergi mana je ayah hantar. Naik motor takut hujanlah, kes ragutlah apa lah. Padahal member aku naik motor rileks je brumm sana sini. Aku nak kerja sementara tunggu kemasukan uni pun mak bapak aku tak bagi dengan alasan nanti aku mengadu letih+penat semua. Kadang malu tengok cousin umur 18 dah pandai cari duit sendiri, aku hutang ptptn yang tertangguh pun bapak aku bayar. Nak kerja tak bagi, nak ambil lesen kena bertengkar dulu aku rasa ni tak patut sebab ianya berkait dengan masa depan aku. Kalau setakat kena kongkong balik rumah awal, pergi ke mana chat, dah sampai whattsap ibu, itu normal pada aku. Tapi ini dah macam nak bagi aku senang sangat. Sampai aku takde life skill. Sampai aku pergi belajar, aku quit sebab homesick. Mak aku pun kalau boleh nak anak bongsu ni depan mata. Aku faham dan aku pun nak semua ni. Aku suka semua ni tapi dalam masa yang sama, aku terfikir… kalaulah suatu hari ditakdirkan takde orang dah boleh bantu aku buat itu ini, macam mana agaknya dengan hidup aku yang selalu bergantung pada orang lain. Macam mana agaknya aku nak hadap hidup tanpa mak yang selalu tidur sebelah aku sampai sekarang. Aku terlalu rapat dengan mak aku sampai pernah minta biar diri ni pergi dulu sebelum mak ayah pergi sebab aku taknak rasa pun sakitnya hidup tanpa mak ayah.

Betapa bahagianya jadi anak yang mampu berdiri dengan tapak kaki sendiri. At least kau boleh support hidup sendiri tanpa susahkan orang lain. Jadi janganlah rasa insecure tengok anak-anak yang manja dengan mak ayah sebab kita tak pernah pandang sudut negatifnya. Kau rasa nak jadi anak bongsu, anak bongsu nak jadi anak sulong. Manusia mana pernah puas. Umpama kau dah kaya tapi kau nak kaya lagi. Umpama minah salleh yang nak kulit tanned, dan kita orang Malaysia nak kulit cerah. Belajarlah terima dan redha siapa kita. Kita istimewa sebab takde seorang yang boleh jadi macam kita.

Wish me luck untuk bina hidup sendiri! Pada mak bapak, terimalah baik dan kelemahan anak-anak anda. Kalau dia suka melukis, bagi dia melukis. Support apa yang dia nak, bukan support apa yang paling baik dalam salah satu anak. Salam aidiladha!

– Little Miss

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit