Assalamualaikum semua. Hari ini aku rindu sangat ummi. So aku nak cerita pasal ummi. Maybe korang ada ibu yang macam ummi aku. Aku doakan moga Allah sentiasa merahmati ummi dan ibu-ibu di luar sana.
Aku teringin nak cerita pasal ummi sebab aku selalu baca confession pasal menantu hantu la, mak mertua pengotor la. Mak mertua itu la ini la. Aku tak tau nak kategorikan ummi sebagai mak mertua apa. Ummi biasa saja tapi sangat luar biasa dimata hati aku.
Latar belakang ummi.
Ummi berkahwin dipertengahan usia 20an. Ummi bernikah dengan abah bukan atas pilihan keluarga bukan juga pilihan dia. Ummi terpilih oleh keluarga abah.
Bagi aku perkahwinan ummi sangat aneh. Abah tak kenal ummi, ummi tak kenal abah, keluarga abah tak kenal ummi, keluarga ummi tak kenal abah.
Ummi dibesarkan dalam keluarga yang sederhana agama. Tapi masa zaman dakwah dulu, ummi sendiri yang mencari kelas-kelas agama untuk menambah ilmu. Jadi dari kelas-kelas agama ini aku kira keluarga abah ‘terjumpa’ ummi.
Selepas bernikah.
Ummi berpindah mengikut abah selepas bernikah, tinggal di kota (masa tu tak kota sangat lagi.. haha). Kehidupan ummi, aku boleh gambarkan perit sangat. Kalau aku jadi ummi…. tak sanggup aku nak sambung.
Setelah bernikah dengan abah, ummi jarang dapat balik ke kampung. Abah sangat sibuk. Pekerjaan abah yang bergaji rendah dan tinggal di kota membuatkan dia sangat sibuk.
Aku boleh kata zaman sekarang susah nak jumpa isteri tak balik kampung sendiri bertahun-tahun (kecuali zaman covid ni) Saudara mara terdekat meninggal pun ummi tak dapat pergi ziarah.
Ummi disuruh berhenti kerja setelah mengandungkan kaklong. Jadi bermula lah kehidupan ummi sebagai seorang suri rumah sepanjang masa.
Kelebihan dan kelemahan ummi.
Okey ni aku jujur. Ummi tak hebat memasak. Haha. Maksud aku masakan ummi biasa-biasa saja. Air tangan ummi kurang rasa, tapi menjadi saja. Abah pulak sejenis kaki komplen.
Tapi kalau awal-awal kawen dulu abah diam saja. Sebab abah pulak sejenis yang tak makan kedai. Siap bekal lagi. Tambahan bila dah makin tua abah ada masalah dalaman perut, masakan ummi memang macam untuk orang sakit.
Jadi anak-anak kalau balik memang makan apa yang ada saja, atau beli lauk kedai.. haha.. (nanti aku cerita kenapa tak tolong masak)
Kelebihan ummi pulak, kreatif. Ummi pandai menggubah bunga, mengait, menjahit. Ummi boleh jahit macam-macam jenis baju. Dan ummi cerdik, jadi masa kecik-kecik aku tak perlukan kamus kalau setakat nak buat simple essay, aku tanya ummi saja vocab.
Tapi ummi bukan berpendidikan tinggi macam adik beradik dia yang lain, kata ummi dia sejenis yang kuat main dan mudah terpengaruh dengan rakan-rakan. Sekali dia tengok adik dia cemerlang sekali tu la dia belajar, lepas tu dia main lagi. Yang ni aku rasa, sebijik macam aku, ihiks.
Dilema ummi.
Ummi bukan lah isteri yang meraja kan suami. Tapi ummi sangat menghormati abah sebagai seorang suami. Semua keperluan abah ummi sediakan. Makan apaki abah sangat terjaga.
Aib abah ummi sangat jaga. Ummi tak pernah bercerita buruk abah pada sesiapa masa muda. Kesusahan ummi semua ummi pendam.
Ummi menantu yang ‘dipilih’ keluarga abah, tapi ummi bukan lah menantu kesayangan. Bila balik kampung abah, ummi dikerah buat macam-macam kerja.
Adik beradik abah selalu dengki dan ‘basuh’ ummi, mereka selalu fikir abah bekerja susah payah sebab nak senangkan hidup ummi.
Tapi sebenarnya abah buat semua untuk keluarga dia, mananggung belajar adik beradik dia, apa yang dibeli dirumah pasti dibeli untuk ibu dia jugak. Kata-kata nenek aku adalah absolute. Wajib didengar dan diikuti.
Bila adik beradik aku makin ramai, semua nak tolong ‘didik’ kami. Ummi dianggap tak pandai jaga anak. Ya aku mengaku, kami nakal. Semua masalah rumah tangga abah akan mengadu ke ibu nya. Seolah-olah ummi isteri yang teruk. Hurm..
Ummi hanya mampu diam. Kasih ibu, ummi sentiasa membela anak-anaknya. Kami dipandang hina. Anak-anak ummi lah paling malas, paling jahat dan terpaling degil. Semua nak tolong risau boleh jadi orang ke tak. (Takkan jadi pokok kot, roll eyes)
Hati ibu.
Bila kami dah besar sikit, dah boleh berdikari, abah hantar kami ke asrama. Jauh. Aku ingat aku hanya jumpa ummi setahun dua kali saja, masa cuti penggal dan akhir tahun. Kadang-kadang beraya tanpa ummi.
Ummi mana sanggup berpisah dengan anak-anak, walau ada 100 anak sekalipun. Tapi kerana taat pada seorang lelaki bernama suami, ummi tabahkan hati. Ummi tak mampu nak buat apa. Yang tinggal hanya yang kecil bersama ummi.
Hati ummi sangat cekal. Sumpah aku tak pernah lihat ummi menangis depan kami. Semua ummi simpan sendiri. Semua kami belajar dan lihat sendiri. Kalau ummi cuba bela diri, abah terus marah kata melawan. Ummi terus diam. Bila besar ni aku yang tolong jawab bagi pihak ummi.
Allah balas ketaatan ummi.
Ummi selalu cerita, walaupun ummi banyak lalui kesusahan, tapi kalau ummi teringin sangat nak sesuatu, Allah sentiasa makbulkan dengan lintasan hati orang lain.
Ummi teringin makan apa-apa walaupun ummi tak cakap, kadang-kadang orang bagi atau abah sendiri yang beli. Niat ummi nak pergi haji diusia muda pun Allah makbulkan.
Bila anak-anak dah besar, Allah buka hati-hati kami anak-anak untuk membela nasib ummi. Bila anak-anak balik, semua berebut-rebut nak belanja ummi. Sebab kami tau, ummi tak pernah dapat duit belanja dari abah.
Alhamdulillah. Allah beri kemudahan kepada adik beradik kami, masing-masing dapat belajar tinggi dan kerja elok. Semua tak pernah lupa ummi. Segala benda nak buat semua akan bagitau ummi.
Lillahi ummi tak pernah tanya pun. Hahaha. Dulu masa aku nak belajar pun ummi cakap terpulang lah, mana baik untuk aku, ummi doakan Allah mudahkan. MasyaAllah memang Allah bantu sampai aku berjaya.
Menantu ummi.
Okey dah besarkan, so ummi ada ramai menantu. Tapi sifat ummi tak pernah berubah. Ummi dari kami kecil, ummi hanya didik kami untuk berdikari, tapi ummi tak pernah paksa bantu dia.
Paling tidak kalau dia lelah sangat baru la dia kata, kau tolong lah mana-mana, ummi dah tak larat. Kalau aku tak sempat buat, dia tak marah, tapi nanti nampak la dia gagahkan diri buat.
Macam tu lah ummi dengan menantu. Menantu ummi Alhamdulillah semua baik-baik. Macam-macam latar belakang ada, tapi semua bekerja. Ummi tak pernah aturkan hidup anak menantu dia. Kalau menantu dia nak tinggal dengan family diorang pun ummi tak kesah.
Ummi selalu cakap, kenapa dia nak suruh benda yang mak ayah diorang tak suruh? Ikut dia lah nak macam mana dah dia dididik macam tu.
Memang ummi tak pernah suruh menantu dia masak apatah lagi kemas rumah, tapi kalau ada yang bantu ummi berterima kasih aja. Berbeza dengan nenek aku yang boleh kerah macam-macam kat ummi tanpa segan silu.
Ummi pemalu dengan menantu dia. Kalau ummi masak biasa-biasa ummi selalu cakap, maaf lah takda apa sangat nak masak. Maaf la takda apa nak kirim kat mak (besan dia). Maaf la itu maaf la ini.
Masa awal-awal kak ipar aku duduk rumah sementara tunggu abang aku balik dari oversea (rumah kami dekat dengan airport), ummi risau betul bila kak ipar aku tak keluar makan.
Sebab kak ipar aku pun grad oversea, dia takut selera kak ipar aku macam mat salleh. Haha. Padahal anak-anak dia pun belajar luar negara jugak, masih makan nasi la ummi. Cuma kak ipar aku memang suka skip makan. Mak dia masak sedap pun dia makan sikit ja. Hahaha.
Menantu ummi memang relax saja, selalu diorang saja tapau apa-apa bawak balik rumah ummi. Sebab diorang selalu duduk sekejap saja. Paling tidak diorang order makanan. Kalau yang duduk lama pun ummi tak pernah suruh la buat pape. Pandai-pandai saja la ummi kata.
Aku sendiri jarang masak kalau balik. Aku memang sejenis malas masak berbanding kakak aku. Aku lebih suka mengemas jika diberi pilihan. Aku selalu sibuk bekerja, balik pun tak sampai dua hari.
Kalau ramai-ramai balik baru la kitaorang gotong royong masak sama-sama. Kadang masa sehari balik tu la aku ambil nak kemas mana-mana patut rumah ummi abah.
Hari tua ummi.
Kadang-kadang bila dah tua kita nak rehat saja gaduh laki bini. Tapi ummi tetap bersendiri. Bila dah pencen abah banyak balik kampung jaga ibu tua dia.
Aku selalu terkilan dengan abah. Duit aku bagi bulan-bulan kat abah semua dia belanja mak dia. Jadi bila balik aku selalu beli barang dapur lain dan bagi ummi duit lain.
Ummi terikat dengan appointment hospital. Dah tua-tua ummi oun tak larat nak duduk dirumah mak mertua lama-lama. Sudahnya ummi dirumah abah dikampung.
Mungkin sebab masa muda tak dapat hidup dengan anak, masa tua ni lah Allah bagi ummi duduk dengan anak-anak bujang dia. Susah senang memang ummi malas dah peduli dekat abah.
Walaupun kadang-kadang ummi bersuara kata abah lupa tanggungjawab kat anak bini, tapi ummi sebenarnya dah penat layan kerenah abah.
Abah.
Abah seorang bapa yang bertanggungjawab. Walaupun aku macam banyak cerita buruk abah, tapi abah tetap jalankan tanggungjawab dia, walaupun tak sempurna.
Kalau cerita pengorbanan abah sebagai bapa, menangis pulak aku. Dah la tengah rindu ummi, rindu abah pulak. Cuma aku terkilan dengan layanan abah dan keluarganya kepada ummi dan keluarga kami masa dulu.
Ummi.
Bagi aku, ummi ibu yang paling hebat. Kerana kehidupan ummi yang berliku aku masih bujang. Haha. Aku teringin nak jadi taat macam ummi, tapi aku tau aku tak mampu.
Aku teringin nak bagi ummi menantu yang baik tapi aku takut jumpa lelaki macam abah. Aku tak sanggup berpisah lama dengan ummi.
Walaupun bidang kerja aku ni semua orang tau sibuk, tapi dengar ummi nak kena masuk hospital aku terus balik tak kira apa dah. Semua kerja aku langgar, yang penting aku dapat teman ummi.
Ummi tak pernah sakit. Aku tak pernah nampak ummi tak bangun. Bayangkan 4 hari di wad aku pilu sangat tengok ummi terlantar. Takda warning tiba-tiba tau-tau sakit.
Doktor kata dah lama ummi sakit. Dia pendam dan simpan seorang, tak mengadu tak pergi check. Kalau tak kerana abah perasan perubahan dizikal ummi. Nauzubillah, tak sanggup nak bayang.
Aku tak sanggup nak fikir, dalam musim covid ni, macam mana keaadaan ummi tanpa aku. Aku selalu doa Allah lindungi ummi. Aku rindu sangat ummi. Kalau ada peluang kerja dekat rumah, cepat-cepat aku mohon supaya aku dapat jenguk ummi.
Rindu nak gaduh dengan ummi. Nak layan ummi bercerita berjam-jam. Haha. Ummi boleh bercerita sampai aku masuk jamban and the other around. Kahkahkah.
Semua anak- anak ummi macam tu. Sambil bercerita ikut kemana saja ummi pergi. Sekarang bila dah besar pun macam tu.
Dalam orang banyak nasihat hargailah pasangan anda sementara mereka ada, bina memori kenangan bagai. Aku nasihatkan hargailah ibu anda selagi masih ada. Ummi bukan lah ibu yang bersifat keibuan yang membelai anak-anak. Ummi ibu yang macam kawan-kawan.
Kadang-kadang ummi buat kelakar, kadang-kadang ummi membebel macam nenek kebayan. Kadang-kadang ummi buat tak layan. Haha..
Okey aku rasa dah panjang sangat aku cerita pasal ummi. Aku tau ummi orang lain pun luar biasa. Cuma aku rindu sangat ummi aku.
Ingat, isteri dan anak anda yang pertama, tapi berihsan lah dengan ibu masing-masing. Kalau semua orang nak lebihkan ibu dia, terhasillah isteri senasib ummi aku.
Boleh jadi terhasil bapa macam ummi aku, kalau perempuan yang dah kawen jangan nak lebihkan sangat juga ibu masing-masing.
Suami tetap nombor 1. Dan kalau yang dah jadi ibu, ingat lah, jangan bebankan anak-anak anda dengan memaksa untuk dengar semua perintah dan keinginan anda. Sebelum anda menjadi ibu, anda seorang isteri.
Aku sayang ummi, ummi ku sayang ummi, sayang-sayang ummi, Alhamdulillah.. (nasyid zaman bila tah).
Sekian…
– Ohana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit