Assalamualaikum, terima kasih kalau confession ni diterima. Saya nak share sikit sebab rasa beban sangat dalam kepala ni. Harap boleh bagi kata kata motivasi dan kekuatan pada saya. In shaa Allah saya akan baca satu satu nanti.
Sebelum tu, saya kerja sebagai jururawat di area Selangor. Tak nak sebut nama hospital sebab famous sangat hehe. Nama Kemboja (bukan nama sebenar), umur pertengahan 20an. Tak kahwin lagi dan duduk berjauhan dengan family.
Ok cerita ni bermula bila banyak sangat dugaan datang tak berhenti sampai rasa sesak nak bernafas. Yang tu nanti cerita lain lah ya. Cuma harini nak fokus kan pasal hal semalam. Semalam KJ saya ada post dalam group whatsapp wad kami.
Untuk makluman file pesakit yang dah discaj atau meninggal (LO) kita akan kepilkan semua dan hantar ke pejabat rekod pada hari bekerja esok hari.
Nak dijadikan cerita ada pesakit saya LO masa tu. Saya yang uruskan semua isi dalam file dan stapler bersama semuanya. Kemudian letak kan dekat sudut BHT discaj.
Tiba-tiba semalam KJ post dalam group, ayat dia macam ni,
“Saya dah remind you all supaya tak payah hantar spesimen sekali pada pejabat rekod tapi masih lagi ada staf yang BEBAL”
Lepas beberapa minit tu, dia post lagi dalam group, “SN Kemboja sila hantar EL pada saya”
Ye betul spesimen tak boleh hantar sekali ke pejabat rekod. Pejabat rekod hanya menerima file pesakit sahaja. Tapi masalah sekarang ni saya tak buat pun benda tu. Saya yang keluarkan isi file nya dan saya sendiri yang semak. Memang tak ada satu jenis spesimen dalam tu. Dan pesakit tu sendiri tak pernah buat test tu.
Dan saya dipaksa buat EL atas tuduhan yang dia bagi. Even saya backup diri sendiri, dia tetap nak saya cakap saya yang salah. Dan siap cakap, “ada bukti ke you tak buat?”
Rasa dia masa tu nak menangis, marah, geram dan bengang sangat! Saya bukan staf yang bermasalah sebelum ni. Dan saya tak pernah melawan pun apa yang KJ² pernah buat dekat saya. Tapi kalini saya rasa saya sangat tak boleh terima. Perkataan bebal tu dia point pada saya.
Dalam group besar wad kami dan semua orang confirm baca. Dan dia melibatkan prestasi kerja dan emosi saya. Mak saya sendiri tak pernah cakap bahasa kesat macam tu pada saya. Saya rasa lemau, tak ada nafsu nak bekerja sbb emosi saya tak ok.
Selama ni saya cuma tengok macam mana dia ‘stupid’ kan kawan kawan yang lain. Saya nampak macam mana dia cakap kawan-kawan saya “useless staffnurse” hanya sebab kawan lambat pergi CNE waktu petang sebab dia kerja pagi, dan wad pagi tu sangat sangat havoc dan busy.
Patient keluar masuk untuk bermacam macam prosedur, mana nak kejar doktor round lagi, nak buat report lagi, nak handle patient yang kencing berak minta ditukar secepatnya.
Dan dia kata “useless staffnurse” tu sangat memberi kesan pada kami yang sentiasa cuba yang terbaik semasa memberi servis.
Dan saya decide untuk report pada OSHA, bahagian keselamatan pekerja. Dan incaj situ kata, susah nak tembus side nursing sebab mereka terlalu menkaga nama dan kena ikut hierarki. Means saya kena jumpa dulu matron zon, kalau matron zon buat tak layan. Baru saya boleh tuju ke arah selanjutnya.
Untuk masa ni saya rasa saya lemau lemah lembik. Saya dah cuba whatsap matron zon. Tapi gaya dia macam nak tak nak je layan saya bila saya cakap nak jumpa personal sebab ada isu privasi yang saya nak bagitau.
Saya tetap merasakan saya dianiaya dan tak ada keadilan langsung untuk saya. Sedih sangat. Maruah saya tercalar.
Tolong doakan saya ya supaya saya tetap semangat. Saya cuma nak tuntut keadilan diri saya sahaja dan nak jadi nurse yang terbaik untuk pesakit pesakit saya tanpa gangguan-gangguan parasit dan toxic environment yang menyesakkan jiwa saya sebab saya tak pernah buat masalah dalam organisasi yang saya berada harini.
Terima kasih sudi baca sampai habis.
– Kemboja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit