Assalamualaikum semua. Banyak ya rupa nya confession suami curang. I nak reply pada salah satu confession yang ni : https://iiumc.com/suami-aku-curang/
I tak pernah meluahkan apa yang jadi kat I pada orang. Even family, adik beradik, mak mertua semua tak tau apa yang dah terjadi dalam rumah tangga I.
Ni lah first time I menulis. I dah 10 tahun berumah tangga tahun ni.
Maaf jika confession ni panjang dan ayat berterabur ya. I pun macam confessor “isteri malang”, suami I curang.
Bukan curang bercintan – cintun dengan orang lain tapi curang dengan pelacur. Bukan 1 tapi ramai.
I pun macam confessor, alami anxiety, berdebar- debar dan menangis sampai mengigil2, I menangis sampai kepala jadi sakit sangat. Semuanya disebabkan lelaki yang bernama “suami”.
Nanti hujung cerita ni boleh tau macam mana I hilangkan anxiety I. First time I dapat tau suami curang, di tahun ke 2 kami berkahwin.
Anak sulong I berumur 1 tahun 8 bulan. Suami kantoi bila I check hp dia tengah tidur, ada recent whatsapp call dari no perempuan.
Mcm mana I tau perempuan? Tengok DP dia lah.
Lagi I tak sedap hati, waktu call receive tu masa tu dia bagi tahu dia pergi main futsal dengan kawan2. Masa ni kami masih tinggal serumah dengan parents I.
I ambil no perempuan tu, I whatsapp terus perempuan tu. Perempuan tu tak mengaku, tapi jadi kantoi sebab dia pergi whatsapp no suami I.
“Tolong jaga wife you tu”. Time ni la kepercayaan I pada dia musnah.
Orang yang I percaya dari zaman bercinta, bertunang sampai kahwin, curang pada I. I jatuh terduduk time ni.
I menangis semahu mahu nya. Macam dunia ni gelap.
Pagi tu terus I confront dengan dia. I tanya dia tapi tak mengaku.
Dia siap cakap, “saya ada kat rumah, awak tengok saya solat semua tak kan saya nk buat semua tu? Awak nak percaya saya ke perempuan luar tu?”
I terdiam, I cool down sekejap. Oh lupa, suami I ni macam narcissist.
Ego and tak pernah nak mengaku salah sendiri. I cakap pada dia balik, baik, saya percayakan abang, tak pela.
I lepaskan dia pergi kerja time tu. Dan baru la I sedar, kenapa time ni sebulan sekali je dia sentuh I.
Ya sebulan sekali. Bila I minta, alasan dia malas nak mandi pagi2 time subuh.
Rupanya dah makan luar tiap tiap minggu. Cerita ni tak habis macam ni je.
I contact balik perempuan tu, I slow talk dengan dia (masa ni dah cool down sikit). I cakap, I nak bukti.
I told her “I tak marahkan you sebab I tau suami I salah jugak and I wont do anything. Just nak prove.”
She agreed. Dia cakap sebab kita sama2 perempuan and dia tau apa I rasa.
Nonsense. Dalam hati I, kau jual badan kenapa?
Btw, I tak faham ya, banyak sungguh perempuan melayu jual badan, jadi pelacur, offer massage. Korang dah tak tau halal haram?
Dah takda harga diri ke? So dia whatsapp suami I, and suami I layan ya, walaupun pagi tu dia dah kantoi.
Conversation dia dengan perempuan tu buat hati I luluh. Dia bersayang sayang dengan perempuan lain tapi dengan I tidak.
I baca semua screenshot perempuan tu hantar pada I untuk dijadikan bukti. Masa ni I keje shift, dekat ofis I tangan kaki dah mengigil2 baca semua conversation tu and I dah tak boleh nak buat kerja langsung dah.
I terus beritahu boss yang I nak balik awal to settle this. Balik rumah, I ajak dia keluar rumah.
I cakap I ada benda nak bincang. I tak nak parents I dengar kami bergaduh.
I drive, dia duduk sebelah and I berhenti dekat 1 kawasan. I cakap.
“abang. Tengok ni”.
Dia ambil, dia tengok semua screenshot yang I bagi, dia terdiam. Ayat I pada dia masa tu “kenapa abang, yang halal ada depan mata, kenapa yang haram juga abang cari?”
Dia terdiam seribu bahasa. Lama kami dalam kereta tu, dia siap cakap takpela, esok kita pergi mahkamah.
Senang kan lelaki ni? Tapi tak, I ni, I fikir, I masih sayang dia, I fikir anak I .
I cakap, dah la, kita balik je rumah. Lupakan apa yang jadi.
Dia ikot. Malam tu dia menangis, mintak maaf pada I, janji tak buat lagi. (Janji buaya darat ). Masa ni I percaya.
Kami okay lepastu tetapi tak mudah untuk I lupakan then I pregnant and bersalinkan anak kedua. Everything seems good.
Until tahun ke 4 perkahwinan kami. Masa ni dah pindah duduk rumah sendiri.
Bermulalah susulan susulan kejadian tak diingini ni. Masa ni dia dah tak bekerja dengan sektor kerajaan.
Dia buka company sendiri. As a contractor.
Life kami alhamdulillah makin better sejak dia bekerja sendiri. Tapi betul la kan orang kata, lelaki bila berduit dia lupa diri.
We both memang ada dua hp. And I terjumpa hp ke 3 dia dalam laci ofis dia.
Yg ke 3 yang dia sorok. Masa tu dia keluar dan I tinggal di ofis dia sekejap.
I tak ingat apa I jumpa atau baca, tapi I diam. Balik tu I senyap2 connect hp dia kat find my iphone tu untuk I tau dia pergi mana.
I tau dia pergi mana, kadang2 I nampak dia macam pergi hotel2 tapi bila tanya kata dia bukan kat situ. Kadang2 maps pun tak betul jugak kan?
So I masih husnuzon lg. Tapi, kita ni dah kahwin dengan suami kita, dia mandi wajib pun I tau bunyi air dalam bilik air tu macam mana. Kan?
Tiap2 minggu, hari isnin, I perhati balik keje, dia mandi wajib.
Lepas tu nampak dia solat sunat 2 rakaat. Taubat la tu konon nye kan lepas buat maksiat?
I diam lagi masa ni sebab I tak ada bukti and I tak nak dia tau yang I boleh tau dia kat mana. Hp ke 3 dia ni, dia sorok letak dalam kereta kerja dia.
Kereta tu memang kereta untuk dia pergi kerja je and I pula jarang2 naik. Pernah I jumpa and cuba bukak hp tu tapi semua nya dah delete.
Banyak lagi kisah2 I jumpa sepanjang I kahwin tapi I tak tau kenapa I sabar dan diam. Mungkin dia suami yang baik. Bertanggungjawab, tak pernah culas bab nafkah. Anak2 pun dia layan baik, mak ayah I, dia tanggung sikit2.
Entahlah. Tapi korang. Doa isteri kan. I bangun malam, I doa, jika betul dia curang, tolong la Ya Allah, beri kan aku petunjuk.
Allah maha baik, maha dengar. Terus tup2 I jumpa kat hp dia, dia contact pelacur.
I ambil no tu, terus contact. Dia cakap ya memang ada suami I contact tapi tak jadi.
Dia bagi screenshot whatsapp suami I tanya kan servis tu. Korang.
Masa I dapat tau ni, tahun lepas, which is tahun ke 9 perkahwinan kami. Lepas tu I jumpa telegram pelacur bapak2 ayam, I cari jugak bukti.
Dia cakap memang suami I ada ambil haritu dekat hotel sekian sekian. Semua bukti I simpan.
Sakit hati? Ya.
Menggigil? Ya.
Tapi hati dah beku. Masa ni, dia masih okay, masih jalankan tanggungjawab dia.
I bekerja. Tapi hal rumah, bil2 air api, internet astro, keperluan barang rumah sikit pun I tak pernah keluarkan duit I, I hanya bayar loan rumah sebab rumah tu atas nama I.
On side note, time ni, dia jadi seorang yang sangat pemarah sangat, sikit2 nk marah, semua benda jadi semua nak salahkan I. Tak boleh langsung di ajak berbincang.
Bayangkan I ajak solat nk dia jadi imam dia taknak. Seboleh2 dia elak ya.
Anxiety I teruk masa ni. Suatu hari tu, I dah tak tahan pendam semua ni.
Sebab I tak tenang. I tunggu anak2 I tidur I confront dia.
Ni kali kedua walaupun banyak kali I tau I diam je. Tapi kali ni I ada bukti.
I tunjuk gambar screenshot whatsapp, telegram, memang bergaduh besar la. Mati2 dia tak nak mengaku dan tak kan mengaku.
I siap tanya ada pergi hotel ni ke? Dia terdiam.
Terkejut agak nya macam mana I dapat tau. Perempuan memang kalau jadi CSI terbaik kan? Haha. Again, sampai ke sudah dia tak mengaku and time ni dia hampir2 nak lafazkan cerai.
Untuk pengetahuan readers, dia ni kalau bergaduh mudah je ajak nak cerai. Tak paham I.
Menyampah betul. So, tahun lepas kejadian ni jadi and ni lah paling teruk sepanjang berkahwin sebab I dah jejak kaki kt mahkamah, siap jumpa pegawai. Hahaha. Dia kata pagi tu datang terus mahkamah untuk lafaz cerai.
I datang, tapi dia tak ada ye. I terus jumpa pegawai dalam tu tanya prosedur.
Sebenarnya I dah nk redha time ni. I bangun tahajud malam gaduh tu mintak Allah tolong.
Korang, bila I dah jumpa pegawai tu, pegawai tu tanya, siapa yang nak bercerai? I cakap la suami.
Dia balas balik, siapa yang nak bercerai dia la yang kena datang buat report. Kalau awak tak nak awak tak perlu datang tunggu je surat.
Lepastu bukan boleh2 cerai terus, ada kaunseling apa semua tu. (Masa ni baru la tau prosedur cerai haha).
I balik, I whatsapp kat dia. Siapa yang nak cerai, dia yang kena datang.
Dia tak reply, dia baca. Mungkin terkejut sebab bini dia dah smpai mahkamah tiba-tiba.
Habis, dah suruh pergi kan? On same day, I minta izin untuk balik kampung, rumah mak mertua.
Nak jumpa ustaz yang mak dia kenal. Dia tak izinkan ye. Haha. Then I call adik I sebab suami dia ustaz, ada kenalan yang boleh ubatkan orang.
Adik I menangis bila I cerita dekat dia. I tak cerita kan apa jadi, cukup adik I tau yang kami bergaduh sebab perempuan.
Masih I nk jaga aib suami I, walaupn I tau dia melanggan pelacur. Dipendekkan cerita.
Mudahnya, Baik nya Allah nak tolong I. Ustaz tu tolong I and suami I.
Jeng2. Turns out.
Dapat tau kami disihir. Ada benda yang menumpang di bahu suami time tu, and masa tu baru I terfikir, dia memang tak suka tengok I, tak ada mesra2 and selalu marah2.
Mudah nak lafaz cerai. Memang tanda2 sihir kan?
Sebelum ni kami jenis orang yang tak percaya semua ni. Dah jadi baru I terduduk.
Ustaz tu tolong, siap cakap, dia dah ikat apa yang ada tu. Dia tolong dari jauh, I bagi gambar I dengan husband.
I balik rumah petang tu, I tengok suami I dah kemas2 baju dia. Barang2 dia, nak balik rumah mak dia.
Kelakar kan? Patut perempuan yang lari rumah kemas barang ni lelaki, jadi terbalik. Haha. I tak tau mana kekuatan I dapat.
Walaupun I tau dia salah, I pujuk juga. Mungkin anak2 I kekuatan I.
Puas pujuk, sambil baju dia kosong dah dalam almari masuk dalam beg. Haha.
Dalam hati sambil berdoa, Ya Allah lead me, help me. Dari pukul 5.30PM sampai maghrib ya sesi tu.
Dia lembut hati. Lepas masing2 solat, dia datang peluk I, dia mintak maaf.
I menangis, I cakap mana2 kurang I ni, I minta maaf juga. Mungkin I tak ambil tau keperluan batin dia, I ingat semua okay.
Maybe I ada salah nya jugak. Alhamdulillah, lepas ustaz tu tolong nampak dia berubah, tak ada marah- marah macam dulu.
I siap cakap kat dia, “abang, saya jumpa ustaz, ustaz dah tolong kita. Ustaz cakap memang ada benda dekat abang, tempias nya ke saya juga”.
Tapi sekali lalu je dia dgr. Lepas kejadian ni, I berubah totally 100%.
Dulu I solat tinggal2 (maybe tu punca benda senang datang). Now alhamdulillah cuba betulkan solat.
I cari ilmu, sampai lah suatu hari, Allah lorongkan I untuk kenal seorang ustazah ni. Ustazah ni ubatkan I dan suami.
Suami tak ikut ya, dia memang susah bila di ajak tapi I nampak dia percaya. Since dia ni contractor, orang ramai dengki.
Ustazah cakap pada I, ada barang yang orang letak depan rumah kami dan dekat dia. Bagi dia serabut tak boleh kerja.
Allahu. Punca kenapa selalu bermaksiat?
Tanda2 sihir juga tu. Ya I dengar banyak ceramah.
I ubah diri I sebelum I nak suami I berubah. I cerita semua ni, I bagitahu ada orang letak barang dekat rumah kita.
Kebetulan suatu haritu, dia jumpa paku paku baru depan rumah kami. Maybe sejak dari haritu, dia sikit2 dah percaya.
Sebab I nampak banyak dia beli minyak- minyak kasturi, minyak bidara. Macam macam lah lagi.
I pulak? Cari ilmu, selalu zikir untuk elak kan benda2 ni jadi.
Ustazah nasihat pada I, balik pada Allah. Doa pada Allah, minta Allah sembuhkan semua ni, Apa2 pun yang kita nak, minta pada Allah.
Banyak, sangat banyak nasihat dia yang I ikut. I banyak buat solat2 sunat, solat taubat hari hari.
I paksa diri bangun malam. I doa sungguh2 untuk suami I, untuk dia berubah, mintak Allah bukakan pintu hati dia untuk berubah, mintak Allah sedarkan dia selalu yang mana yang haram dan halal.
3 bulan nak masuk 4 bulan, hari – hari tak pernah miss and suatu malam, I perasan dia tiba- tiba bangun malam, solat. Lama dia dalam mini surau rumah kami.
Sikit2 I tengok dia berubah, betulkan solat dia.
Kami? Alhamdulillah makin baik, makin mesra. Boleh dah jalan pegang2 tangan ambil gambar.
Indah bila kita dekatkan diri pada Allah, Allah mudahkan semua nya. Walaupun tak mudah I melupakan, tetapi I dah boleh redha dan terima ujian Allah ni.
Ni ujian untuk I. Lain orang lain ujian nya, kami mungkin nampak senang cukup semua nya tapi ini lah ujian kami.
I now, lebih berhati2 dan amalkan pendiding2 diri. Dia juga sama.
Dia boleh terima apa I cakap sekarang. Kalau dulu langsung tak nak dengar.
Sampai sekarang I doa, moga Allah jauhkan suami I dari perkara – perkara maksiat, Moga Allah jaga dia. I sekarang lebih kepada berserah semua nya pada Allah.
I dah tak nak cari tau, ambil tau. Cause it will turn on back my anxiety.
Kalau dia buat sesuatu, biarlah dosa dia dengan Allah, I doa pada Allah untuk jaga dia, sembuhkan luka di hati I sebab hanya Allah yang maha menyembuhkan. Sikit- sikit.
I healed. Allah healed me.
Apa yang I nak cakap, just go back to Allah. Allah uji I mungkin sebab I lupa dia.
Now alhamdulillah, I cuba lengkapkan solat 5 waktu, solat awal waktu, bangun malam, solat taubat and buat solat2 sunat. I tenang begini.
Tenang bila tak ambil tau, anxiety I hilang bila I serahkan semua nya pada Allah. Guys, yang ada anxiety ni boleh la pergi check perubatan islam juga, sebab tu salah satu punca ada nya jin dalam badan.
I lebih dekatkan diri pada Allah, sayang diri I dulu sambil I cari ilmu, pulihkan balik rumah tangga I. Tahun ni, bulan ni dah bulan 11.
Masih tenang lagi, kurang bergaduh dari dulu. Hidup kami berubah, alhamdulillah sikit2 suami lengkapkan solat 5 waktu dia, Allah maha mendengar, I memang mintak Allah jadikan suami I, suami yang cukup solat 5 waktu nya, InsyaAllah bila cukup solat, mudah kita terhindar dari perkara2 tak sepatutnya.
Hubungan dalam bilik? Now boleh jadi 3 kali seminggu, 2 kali seminggu, berbanding dulu 2 minggu sekali sebulan sekali.
I cuba cukupkan untuk dia. I doa hari2 mintak Allah beri petunjuk dan jalan untuk I jadi isteri yang baik dan solehah.
Sebab tu juga I masih ada kekuatan untuk layan dia macam biasa, sebab I ada Allah. Kalau orang lain mesti dah angkat kaki kan?
Mungkin ramai kecam kenapa masih bersama lagi? Sebab anak.
Sebab dia ayah, suami, anak dan menantu yang sangat2 baik, cuma dia mungkin tersasar jauh sikit. Ini lah ujian untuk I, ujian untuk suami yang Allah bg.
I masih sihat, dia masih sihat, alhamdulillah. In case if someone wondering tak buat test ke apa, ya I buat.
Percaya pada suami? Naaa, tidak lagi, tapi I letak kan kepercayaan I pada Allah. Kalu I ni jahat dan tak sayangkan perkahwinan kami, dah lama I cerita perangai anak lelaki mak mentua I ni dekat mak mertua I.
Tapi I tak buat, I bersyukur dapat mak mertua yang tersangat la baik, even backup I kalau dia tengok perangai anak dia tak betul depan mata dia. Hahaha.
Backup habiskan duit anak dia jugak. Hehehe
Korang. Doakan kami sama- sama istiqamah mendekatkan diri pada Allah, dan menjadi suami isteri yang soleh solehah.
Semoga jodoh kami hingga ke Jannah. Aamin.
– Cardcaptor Sakura (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit