Hi.. Namaku Adelia. Secantik nama aku begitu la rupaku. Sorry.. perasan jap. Hihihi. Takde la.. rupa aku biasa saja. Kulit cerah, asal dari pantai timur, badan kecik molek. Rupa ade la iras siti Nurhaliza siket.. Nak jugak tu :p
Anyways.. aku nak share cara aku bahagiakan diri aku selepas diberikan ujian yang maha dasyat.
Baru-baru ni suami aku kantoi curang. Camne boleh kantoi? Dengan kuasa doa dan petunjuk dari Allah.
Respond normal seorang isteri bila dicurangi of course lah rasa kecewa, sedih, nak mati, rasa dunia kejam & putus asa. Aku pun tak terkecuali. Aku pernah rasa nak bunuh diri. Rasa nak toreh lengan aku biar tamat penderitaan ini.
Bodoh kan?? Tapi aku tak buat. Bila datang perasaan tu, aku renung wajah anak-anakku. Sape nak jaga diorang kalau aku mati nanti. Huhu..
Aku pernah balik kampung bawak lari anak-anak aku, tinggalkan acces card rumah, kunci kereta, bawak sijil-sijil untuk mintak kerja.
Memang aku nekad nak berpisah dengan suami aku. Aku nekad tinggalkan rumah yang menjadi syurga aku selama ni. Dia bersungguh-sungguh pujuk aku.
Dia jadi tak betul bila aku tinggalkan dia. So, kami tak jadi berpisah. Aku kesian kat dia. Aku risau dia jadi gila walaupun aku sendiri nyaris-nyaris nak jadi gila atas perbuatan dia. Hati aku memang lembut macam sutera. Huhuhu
Berbulan-bulan aku menderita. Setiap kali aku pandang muka suami aku, aku jadi sayu dan sedih. Kenapa dia sanggup curang dengan aku.
Teruk sangatkah aku? Apa kekurangan aku. Aku tak dapat jawapan dari suami aku kerana dia buat semua tu sebab suka-suka. Skandal dia pun rupa biasa-biasa saja. Aku lagi cantik. Ampuuunnn. Perasan lagi! :P
Ok lah.. Panjang sangat aku merapu. Meh aku share ape mindset yang aku buat untuk kembali bahagia okey..
Yang pertama.. suami aku manusia biasa yang ada kelemahan. Kelemahan dia, dia tak dapat mengawal nafsu dia.
Kelemahan dia sangat sedikit kalau nak dibandingkan dengan kelebihan dia. Aku bagi dia peluang ke-2 kerana masih ada rasa sayang dan cinta.
Walaupun aku rasa tawar hati dan mula hilang kepercayaan pada dia. Aku pujuk hati dan selalu berdoa supaya Allah lembutkan hati aku untuk maafkan dia.
Aku jugak mintak supaya Allah ikhlaskan hati aku untuk sayang suami aku seikhlas hati. Sayang dia waktu susah, senang, sihat atau sakit.
Dia sendiri pun sabar dengan kelemahan aku selama ni.
Yang kedua.. aku kurangkan kepercayaan aku pada dia jadi separuh. Kalau dulu 100%. Sekarang jadi 50% saja.
Dulu aku sangat naif. Betul-betul percayakan suami aku. Dengan muka dia yang innocent tu, aku memang yakin sangat-sangat dia akan sayang dan setia pada aku sampai bila-bila.
Sebab tu aku hampir-hampir nak jadi gila. So.. lepas ni kalau dia buat hal lagi, aku akan lebih tenang dan bersedia. Aku tak check pun phone dia. Kalau dia curang lagi, Allah akan bagi petunjuk. InsyaAllah
Yang ketiga… aku kurangkan sayang aku pada dia. Sebelum ni aku sayang sangat-sangat kat dia, tapi sekarang biasa-biasa saja.
Layanan aku pada dia tak pernah berubah. Still masak, buatkan air, picit badan, buat facial, cari kelumumur & tunaikan nafkah batin.
Aku nak kutip pahala sebanyak mungkin selagi Allah bagi izin aku jadi isteri dia. Cuma aku banyak berserah pada Allah mengenai jodoh kami.
Kalau Allah takdirkan jodoh kami masih panjang, aku tetap akan jadi isteri yang terbaik untuk dia. Kalau sebaliknya aku redha. Aku sentiasa doakan dia bahagia walaupun bukan dengan aku.
Yang keempat.. Dunia ini tempat manusia diuji. Tiada seorang pun terkecuali dari ujian. Ujian pulak dalam pelbagai bentuk. Kecil atau besar bergantung pada kemampuan masing-masing.
Kalau nak sentiasa bahagia, tempatnya bukan didunia tapi disyurga. Disyurga tempat kita berbahagia dan bersenang lenang. Cuma pastikan kita layak untuk masuk syurga.
Yang kelima.. ujian untuk manusia biasa seperti aku adalah kifarah diatas dosa-dosa silam aku. Aku redha dan pasrah. Aku buat solat taubat dan mintak dengan Allah bagi aku takdir yang baik-baik dimasa depan.
Ujian jugak tanda kasih sayang Allah supaya aku lebih dekat dengan Dia. Asbab aku diuji, aku cukupkan solat lima waktu dan banyak buat solat sunat. Alhamdulillah.
Yang keenam.. aku nak dapat pahala sabar. Bila seorang hamba diuji dan dia sabar, maka Allah akan anugerahkan pahala sabar.
Seorang penghuni syurga terkejut kenapa dia dimasukkan ke syurga walaupun amalan dia tak sebanyak mana.
Rupa-rupanya dia masuk syurga disebabkan dia sabar dengan ujian hidupnya. Aku sedar, aku bukan wanita solehah, pakaian pun tak sempurna. Aku nak dapat pahala sabar yang Allah bagi. Aku insan terpilih. InsyaAllah.
Buat wanita yang senasib dengan aku, boleh cuba buat mindset camni ye. Dengan syarat suami still masih sayangkan diri kita dan cuba baiki hubungan dengan merendahkan ego dia. Suami aku dah menyesal dan betul-betul berubah.
Jika sebaliknya, pilihlah jalan bahagia walaupun bersendirian. Jangan ada benci atau dendam jika ditakdirkan berpisah. Dua perasaan tu hanya membuatkan jiwa kita resah dan tak tenang.
Walau apa pun yang terjadi, rujuk lah pada Dia Penguasa langit dan bumi. Nak mintak apa pun mintak pada Dia. Dia Maha Mendengar, Maha Pemakbul.
Seperti yang aku buat, tak sampai setahun aku berjaya pulihkan semangat aku yang hampir-hampir hilang. Aku dah berjaya kembalikan akal warasku.
Allah dah makbulkan sedikit sebanyak doa aku. Suami aku pun layan aku dengan lebih baik. Suami aku dapat kerja baru dengan gaji 5 angka. Alhamdulillah, absab aku bersabar. Allah Maha Baik, Allah Maha Pemurah…
– Adelia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit