Ubat Hormon Progesteron & Mood Swing

Assalamualaikum dan hai semua. Thanks admin kerana sudi approve kisah saya.

Apa yang ingin aku kongsikan pengalaman mengambil ubat hormon progesteron adalah untuk penyakit cyst. Tujuan yang ingin ku sampaikan kesan ubat terhadap aku.

Bagi korang yang ada penyakit cyst, jangan pula risau bila mengambil ubat hormon progesteron kerana keserasian ubat berbeza bagi setiap individu.

Perwatakan aku sebelum mengambil ubat hormon progesteron adalah seorang yang ceria.

Namun, perubahan sikapku makin ketara apabila ku mengambil ubat hormon progesteron. Aku jadi cepat marah, letih badan dan cepat terasa dengan keadaan sekeliling.

Aku cuba mengawalnya namun keadaan menjadi makin teruk apabila terjadinya peristiwa pahit untuk aku telan,

Ianya apabila dikhianati oleh orang kita percaya di saat aku betul-betul memerlukan sokongan dari orang yang kita percayai selama ini. Rasa diri ini umpama tak dihargai.

Memang waktu tersebut aku jadi down dan rasa nak give up.

Aku cuba mencari jalan penyelesaian namun jiwaku umpama dikawal oleh emosi dan hatiku dah tidak seperti dulu. Umpama kaca yang pecah.

Berbulan-bulan juga aku jadi beremosi akibat terlampau memikirkan keadaan yang tak mampu diubah.

Rasa bersalah pada diri sendiri dan rasa dikhianati oleh orang kita percaya itu menjadi racun dalam diriku.

Aku bertahan juga kerana perlu memikirkan tentang kesihatan aku. Banyak kali rasa nak berhenti makan ubat hormon progesteron namun aku risau jika cyst aku akan menjadi membesar.

Bila aku lihat diriku rasa sedih, riak wajah yang pucat dan tak bermaya.

Aku cuba perbetulkan keadaan diriku dan selalu dengar ceramah motivasi serta cuba untuk menjadi yang dulu. Aku betul2 rindu pada diri aku yang kuat dan bersemangat.

Biar masa telah mengubati segalanya. Alhamdulilah, sekarang mood aku kembali ceria dan jujur rasa sakit hati itu masih ada namun tidak sesakit waktu dulu.

Aku masih continue dengan ubat hormon progesteron kerana ubat itu dah serasi dengan aku. Aku cuba mengambil pengajaran dari kenangan pahit.

Aku tahu silap aku tak mampu mengawal emosi. Yang lepas, biarkan lepas. Aku sangkakan tak mampu untuk mengharungi ujian penuh dengan luka. Namun, aku berjaya melalui.

Ujian ini mematangkan diriku dan aku terima dengan redha apa yang terjadi. Aku berharap aku sabar menghadapi ujian ini dan kuat dalam menghadapi ujian penyakit ini.. Tolong doakan aku..

Apa yang dapat ku ringkaskan :

1. Kesihatan adalah sesuatu yang sangat berharga.

2. Tolonglah bagi sokongan pada orang yang ada sakit dan tolonglah memahami dia.

3. Sayangilah diri sendiri terlebih dahulu.

4. Manusia memang boleh berubah.

5. Belajar untuk mengawal emosi

6. Allah kan ada, mengadulah pada Dia. Ujian itu menguatkan kita.

7. Kalau simptom ubat itu menyebabkan anxiety, mood swing boleh rujuk tanya doktor.

8. Belajar untuk memaafkan diri sendiri.

9. Salah tetap salah, betul tetap betul. Percayalah pada diri sendiri asalkan berada di jalan kebenaran walaupun keadaan sekeliling anggap dirimu negatif.

– Sumaiyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *