Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Perkenalkan nama aku AHH. Aku seorang lelaki yang dah menghidapi penyakit jerawat sejak seawal usia tiga belas tahun. Dan sampai sekarang umur aku 2+ pun masih jerawat tu tak nak hilang. Sebelum tu aku minta maaf sebab penulisan ni aku guna shortform.
Aku dah cuba macam-macam produk. Ada yang aku beli dekat farmasi, ada yang aku beli dekat founder-founder kat IG dan FB. Tapi itu semua seakan tiada efek dekat muka aku. Aku pun tak faham kenapa degil sangat jerawat aku nak hilang.
Untuk pengetahuan korang, jerawat aku jenis yang bernanah. Kadang ada biji nasi. Apa orang panggil? Cystic acne? Mungkin lah kot itu istilah dia.
Aku belajar dekat salah satu universiti kat Malaysia. Dan pembelajaran kat uni ni memerlukan aku untuk berinteraksi dengan orang. Jadi self esteem aku kurang kat situ disebabkan oleh jerawat aku ni.
Satu hari tu, aku ada terbaca perkongsian dekat fb. Aku tertarik dengan perkongsian dia. Lagipun aku dah fedup dengan produk-produk yang tak memberi kesan ni. Dia share experience dia guna ubat yang hospital bagi.
Okay kita kembali ke tajuk asal. Bagi korang yang tak mampu nak keluarkan duit. Atau duit yang ada hanya cukup untuk korang melangsungkan kehidupan tapi muka korang ada jerawat.
So aku nak share pengalaman aku pergi klinik pakar dermatologi dekat hospital. Aku pilih hospital tengku ampuan rahimah klang (htar) sebab dekat dengan rumah. Jadi aku kongsikan dengan korang langkah-langkah yang korang kene buat.
Pertama: Korang mesti dapatkan satu surat sokongan dari doktor. Sama ada korang dapatkan di klinik swasta ataupun kerajaan. Ikut mana yang korang rasa cepat dapat. Korang kene bagitau doktor yang korang nak dapatkan rawatan dekat hospital.
Jadi doktor akan keluarkan satu surat dan korang kene bagi dekat hospital. Tapi kene bagitahu lah korang nak hospital mana. Pastikan hospital tu ada jabatan dermatologi. Sebab hospital tak terima kalau korang datang walk in. Kene ada surat sokongan.
Macam kes aku, aku gi klinik universiti. Dapat pulak doktor foreigner warganegara pakistan. Aku cakap nak surat refer untuk ke hospital pakar. Dia tak bagi. Macam-macam alasan dia. Aku pun tak faham. Aku cuma nak surat untuk aku dapatkan rawatan kat hospital.
So dia bagi aku ubat makan *doxycycline* untuk sebulan selama enam bulan.
Jadi setiap kali ubat aku habis, aku gi klinik mintak ubat. Sampailah bulan kelima, aku dapat doktor local. So aku cerita dari A sampai Z. Jadi dia pun buatkan aku surat. (Nak ambil ubat kene consult dengan doktor. Aku pergi 4 kali, 4 kali tu lah dapat doktor yang sama sampailah yang kali ke 5 dapat doktor local).
Kedua : Selepas dapat surat, korang kene bagi dekat kaunter jabatan dermatologi dan diorang akan setkan appointment bila korang kene jumpa doktor.
Biasanya misi akan tanya bila last korang makan ubat doktor (kalau ada). Macam aku ada baki lagi 10 biji doxycycline, jadi diorang anjakkan lagi 10 hari untuk aku jumpa doktor. Jadi aku pilih waktu pagi pukul 9 sebab kalau petang nanti sesak. Padahal pagi pun sesak.
Ketiga : Masa ni lah korang akan gi appointment dengan doktor. Jadi korang consult sendiri dengan doktor. Apa masalah korang. Kenapa jerawat ttu asyik tumbuh. Korang kene tanya macam² sebab dah ada peluang jumpa doktor. Sebelum tu pastikan daftar dekat kaunter utama.
Empat : Pastikan masa consultation tu korang tanya pencuci apa kene pakai, ubat sapu apa yang sesuai, ubat makan apa yang elok. Sebab kalau korang tak tanya, nanti dia bagi ubat sikit. Hahaha.
Macam aku, aku mintak dekat doktor cleanser, ubat makan dan ubat sapu. Ubat sapu tu ada untuk malam dan siang. Sebab kadang² kita ada banyak benda nak tanya, tapi bila dah ada depan mata jadi clueless.
Lima : Lepas dah consult dengan doktor, bawa kertas ubat tu ke farmasi. Dan setel. Pastu korang boleh balik.
Okay. Persoalannya. Kene bayar ke tak?
Jawapannya: Ya. Kene bayar. Tapi kosnya tersangatlah murah berbanding kalau korang beli ubat sendiri. Sebab kita ada surat refer. Jadi kita dapatlah subsidi.
Tapi aku nak bagitau korang awal-awal kat sini, kalau surat refer korang dari klinik kerajaan, korang dapat free atau kene bayar RM5. Kalau swasta aku tak pasti. Sebab aku dapat dari klinik universiti awam. So kira kerajaan punya lah kan?
Berapa bayarannya?
Jawapannya: Untuk pendaftaran korang kene bayar RM5 sahaja.
Setiap kali datang, korang kene bayar rm5 untuk pendaftaran. Wajib. Setiap kali datang.
Dan bayaran untuk ubat? Free atau percuma.
Aku tak pasti nak kategorikan free atau bayar sebab bayar cuma RM5 je. Mungkin lah RM2.50 untuk consultation, dan RM2. 50 untuk ubat. Mungkin. Boleh jadi.
Jadi apa yang aku dapat bila aku gi klinik pakar dekat hospital kerajaan ni:
1. Consultation dengan doktor.
2. Pencuci muka satu botol. (Cetrimide lotion) Tahan 2 bulan.
3. Ubat makan 30 hari (doxycycline).
4. Ubat sapu pagi (benzyl peroxide) (macam oxy).
5. Ubat sapu malam (tretinon/vitamin A).
Dan semua ini hanya dengan bayaran RM5 sahaja.
Jadi sebagai rakyat Malaysia, silalah bersyukur. Dekat negara lain tak dapat layanan dan perkhidmatan macam ni dari kerajaan.
Macam mana nak bersyukur? Ucapkan Alhamdulillah. Ucapkan terima kasih dekat doktor, misi, penjaga kaunter dan sesiapa saja yang berikan perkhidmatan dekat korang.
Bagi yang mampu, pergilah ke klinik swasta yang ada perkhidmatan kulit ni. Belilah produk yang korang rasa okay. Sebab korang berduit kan.
Macam aku, sebab aku dah penat dan tak nak bazirkan duit beli produk yang bukan-bukan, aku gunakan perkhidmatan klinik pakar di hospital kerajaan yang mana diorang ni adalah ahlinya. Dan aku pun kurang mampu jugak. Hehe.
Harapan aku kepada sesiapa kat luar sana yang ada masalah muka berjerawat, dan tak mampu nak pergi klinik swasta, boleh cuba untuk ke klinik pakar di hospital kerajaan. Semoga perkongsian aku ni memberi manfaat kepada korang.
Dan paling penting, minta jasa baik korang doakan muka aku bebas jerawat. Share dan doakan kebaikan untuk aku dan keluarga aku.
Aku nak kahwin. Tapi muka koyak macam ni, ada ke gadis-gadis yang sudi menerima muka aku?
Sekian…
– AHH (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit