“Ucop, Tolonglah Diam.”

Assalamualaikum. Hi semua. Confession ni nothing much, just nak berkongsi rasa tentang situasi yang aku tengah hadap sekarang.

So, aku seorang pensyarah di universiti swasta sambil buat phd di universiti awam. Single and people call me a crazy cat lady. Punya la sibuk dengan studies dan bina career sampai close friends aku tiba-tiba je kahwin. Lepas tu tiba-tiba je ada anak. Lepas tu tiba-tiba je anak dia panggil aku auntie haha.

Time tu baru la aku sedar yang aku ni sebenarnya dah tua. Murung kejap. Anyway, part crazy cat lady pun macam tu.

Aku unaware yang orang sekeliling strongly associate aku dengan kucing sampaikan kalau dorang jalan dekat mall, nampak baju yg ada print kucing, dorang akan ambil gambar dan whatsapp, dude kau nak tak baju ni?

Ye, aku wanita melayu pertengahan. Aku pun tak faham apa masalah kawan-kawan aku ni.

Sebenarnya keluarga aku memang suku sakat cintakan haiwan. Ayah aku la especially, sangat suka ikan. Contohnya, ikan kelisa, ikan flower horn ke apa nama dia. Yang kepala bengkak macam kena ketuk dengan lesung tu.

Abang-abang aku pulak minat betul dengan burung, hedgehog, binatang yang tak sepatutnya jadi pet pun dorang bela. Contohnya, ular, kala jengking.

Nasib baik ayah aku waras lagi. Dia suruh abang-abang aku lepas semua haiwan berbisa tu. I mean, ular okay lagi kan. Tapi kala jengking? Aduh, apa kena la dengan abang-abang aku ni. Aku the only daughter in the family.

Banyak belajar sabar daripada mak aku. Mak aku chill je. Layan je perangai anak-anak dia yang tak semenggah ni. Kalau korang datang rumah aku, umpama korang melawat zoo mini.

Pergi ruang tamu, dengar bunyi ikan. Pergi dapur, dengar bunyi burung. Keluar rumah, nampak kucing tidur kekenyangan. Tapi, ayah aku tak bela ayam. I also don’t know why. Dan sebab ada mak, rumah tu still bersih, kemas.

Mula-mula, aku minat bela hamster. Masa sekolah menengah dulu, aku kena duduk asrama tapi aku bawak jugak hamster aku. Hamster aku selalu terlepas dari cage dia and merayap pergi bilik member aku yang lain.

Lepas habis prep, member aku akan ketuk pintu bilik and said something like, aku nak pulangkan barang kau ni, sambil hulur hamster aku haha. Tapi, lifespan hamster tak lama

. I had three hamsters until aku decide untuk stop having them sebab tak sanggup dah nak bersedih. Kemudian, baru aku berjinak-jinak bela kucing. Initially, I knew so little pasal cara nak jaga kucing ni.

Aku tak tahu yang kucing pun cukup masa kena vaksin, kena mandulkan. Mandulkan tu tersangat la penting sebab domestic cats ni subur, cepat je dorang mengandung. Bukannya nak take time, kenal-kenal dulu ke dengan bakal pasangan. Ini tak, time nak menggatal tak ingat rumah.

Bila dah terlanjur, baru reti balik. Tunjuk muka kesian. Kidding. Disebabkan ilmu aku yang cetek ni, kucing kat rumah sempat membiak. Dari satu jadi 6, then dropped jadi 3, then dropped to 1 balik.

Kenapa? Sebab anak kucing yang baru lahir tu semua m4ti. Tinggal ibu dia je. Sebab ibu dia tak pandai jaga. Aku pun tak reti nak bela anak kucing macam mana. Kali ketiga kucing aku beranak, aku nekad nak kurung dia until anak-anak dia umur 2 bulan iaitu umur yang boleh berhenti menyusu.

Lepas dua bulan, aku terus mandulkan si ibu. Si anak-anak pulak, aku kurung sampai cukup 5 bulan, kemudian aku mandulkan sekaligus.

I is happy, mak pun bahagia sebab takde dah kucing yang m4ti lepas tu. Dan, memang lepas mandul ni, kucing akan jadi gemuk, behave sikit la. Paling penting, dorang tak merayap ke rumah jiran dah. Sebab no need untuk mengawan ke apa.

Yang sedih, boyfriend si ibu still datang rumah tau tapi kena halau berjemaah dengan anak-anak dia sendiri. Rumit jugak konflik keluarga kucing aku ni.

And then, bila aku kerja dan ada duit sikit, aku mula rescue kucing jalanan. Aku sewa rumah dan duduk sorang. Jadi aku ada banyak space untuk foster kucing ni. Tapi aku tak rescue banyak la. Minimum seekor, maximum dua ekor at one time sebab jadual aku padat.

Kalau setakat bagi makan, bagi ubat, main sikit2, scoop najis sikit2, boleh la. Lepas kucing tu dah sihat, vaksin, mandul baru aku bagi kat orang.

But I didn’t just give them to anyone. Mostly kawan, or family aku sendiri haha. Kalau orang luar yang nak, aku akan mintak dorang bayar kos mandul dan vaksin. Why? Sebab susah nak percaya kat strangers ni.

Kalau dorang sanggup bayar, insha Allah dorang tak berkira untuk bawak kucing tu pergi vet kalau kucing tu sakit nanti. Journey untuk selamatkan kucing jalanan ni agak smooth bagi aku until I met Ucop.

Pardon his name. Aku memang suka bagi nama santai kat kucing-kucing aku. Ucop, Seman, Cik Siti. Cuma, aku ada kucing nama Alpha. Alpha ni aku ambil dari rumah dan bawak duduk dengan aku. Sekali pandang, orang akan ingat dia jantan.

Alpha ni very protective. Kalau ada orang yang dia tak kenal datang rumah, dia akan legit pergi diri depan orang tu dan growl. Kalau kucing yang aku foster gurau kasar dan gigit aku ke, Alpha akan pukul kucing tu tapi takde la sampai luka.

Okay back to Ucop. Ucop ni aku jumpa kat tangga depan rumah. Looking very sick and cold. Aku baru balik dari mengajar petang tu dan kebetulan tengah hujan. Aku pun bawak dia masuk rumah.

Procedure pertama, jangan sentuh stray cats yang sakit dengan bare hands. Kedua, jangan bagi kucing yang sihat dalam rumah bergaul dengan kucing yang kita baru ambil tu. Aku asingkan Ucop dalam cage di bilik yang memang aku guna untuk bela kucing jalanan ni.

Kebetulan jugak, rumah aku memang takde kucing lain selain Alpha, jadi memang ada space la untuk kucing baru. The next day, aku bawak Ucop pergi jumpa vet and vet cakap Ucop selsema dan ada kurap. Jadi kena ambil antibiotik, krim sapu etc.

Tapi, ada satu benda pasal Ucop ni yang aku tak pernah noticed pada fosters aku yang lain. Kalau setakat kurap tu biasa la. Tapi Ucop ni bersin berdarah dan setiap kali dia bersin, mesti lebih daripada 3x.

Kalau korang ada member style bersin banyak kali sampai boleh kira dengan jari tu, you would understand me. I knew something was wrong tapi since vet cakap nothing serious, aku pun ignore jela concern tu.

Until dua kali repeat ubat, baru vet cakap, kemungkinan kucing awak ni ada sporo tapi tak confirm lagi. Jadi kena tunggu sampai hidung dia pecah. Aku dah boleh agak yang Ucop ni maybe kena sporo tapi aku tak berani nak assume sendiri.

The next day, aku bawak Ucop pergi vet yang ada tool untuk test darah dan yes, sebulan lepas aku jumpa dia, sah la yang Ucop ni ada sporo. Nasib baik aku memang pakai glove ketika bagi ubat apa semua sebelum ni.

For those yang tak biasa, sporo ni penyakit kurap yang ada dalam darah kucing. If left untreated, hidung kucing, telinga kucing, badan kucing akan luka dan berdarah. Dan boleh berjangkit dengan manusia jugak.

Treatment dia kena makan antifungal selama berbulan-bulan, hopefully not years. Bulan pertama, Ucop okay lagi. Bulan kedua, dia dah mula bising dalam sangkar tapi tak severe. Bulan ketiga, dia bising macam dalam rumah ni ada baby. Bulan keempat, dia bising macam kena dera.

Awal-awal aku fikir, aku je kot yang overreact. Tapi, abang-abang dan parents pernah datang rumah, dan dorang rasa Ucop ni ada behavior problem. Sebab dia punya meow dan yowl tu lain macam.

Aku tahu Ucop buat macam tu sebab dia nak keluar dari cage especially Ucop ni kucing jantan. Umur dia sekarang dalam 8 bulan. Mungkin ada masa dia tengah on heat (nak mengawan) tapi takkan la dia on heat 4 bulan straight. Possible ke?

Bilik yang aku letak Ucop tu cantik tau. Ada cat tree yang tinggi. Boleh tengok luar tingkap. Ada toys. Aku bagi dia makan dry food yang premium, bagi makan wet food lagi. Maka nikmat apa lagi yang Ucop dustakan ni?

Pernah sekali time follow up appointment, aku bagi tau vet yang aku tak tahan dengar Ucop bunyi bising. Dan aku risau bunyi tu ganggu jiran-jiran aku sekali.

Tapi jiran aku tak pernah sebut pasal bunyi kucing. So aku assume, mungkin dorang tak dengar bunyi tu dalam rumah dorang. Aku tanya if it’s okay untuk Ucop keluar cage tapi still stay dalam bilik. Vet cakap boleh.

Aku ingat bila buat macam tu Ucop akan makin okay but boy, I was wrong. Dia pergi jerit belakang pintu sampai aku dengan Alpha pening kepala dengar bunyi dia menjerit macam kena rasuk tu. So I put him back in the cage.

Dari 10 minit play session, jadi 20 minit siang dan malam. Tetap perangai Ucop tak berubah jugak. Kalau Ucop takde sporo, dah lama dia boleh keluar, main dengan Alpha. Tapi, tak boleh. Vet larang Ucop main dengan Alpha. Aku pun tak boleh suka hati sentuh dia.

4-5 months in, Ucop makin segar. Bunyi dia jerit makin kuat. Kesabaran aku makin nipis. Aku rasa kalau Ucop ni dijaga oleh orang lain, dah lama kot orang tu naik tangan. Tapi aku tak agresif. Aku cakap elok-elok dengan Ucop, mintak dia diam.

Ucop ni setiap minit mesti akan meow jugak-jugak. Mulut dia tu tak boleh berhenti cakap tau. Apa entah masalah. Aku cuba alih cage dia ke ruang tamu supaya dia boleh nampak aku depan mata tapi hampeh. Sama je.

Pulak tu time covid-19 ni aku kena mengajar dari rumah. Korang bayangkan la, tengah-tengah aku mengajar tu, bunyi Ucop jerit kat belakang.

Student aku yang Indian pun boleh cakap, ya Allah miss is that your cat, so noisy. Haha. Sebab aku selalu sebut ya Allah time mengajar, maybe that’s why non muslim students pun terikut-ikut.

I don’t know, hari tu aku yakin yang Ucop ni dah sembuh from sporo sebab hidung dia dah tak bengkak, takde luka, tak selsema dah. Tapi bila buat blood test, rupanya ada lagi. Vet cakap mungkin kena makan ubat dalam 2 bulan lagi.

For the first time, aku rasa terbeban jaga kucing. Aku dah tak enjoy buat semua ni. Alpha pun stress dengar Ucop macam tu hari-hari. It’s not healthy for all of us including Ucop.

Ucop taknak kena kurung. Aku taknak dengar dia bising. Alpha pun sama. Sekarang ni aku fikir, Ucop tak sesuai untuk jadi home cat. You bet dia akan diam lepas keluar dari cage kan? No, I don’t think so. Dia akan guna suara dia untuk dapat attention.

Dah berbulan-bulan aku train dia untuk diam dan bagi treats, it doesn’t work guys. Kalau aku boleh sabar, aku bagi dia makan ubat until sihat. And then lepaskan dia since that’s what he really wants.

Tapi dalam keadaan sekarang, aku tak rasa aku boleh sabar dah :c Aku dahla tidur lewat, bangun awal sebab nak siapkan kerja. Dan Ucop bising non-stop berjam-jam. Kepala aku ni boleh meletup dibuatnya.

Aku tak tahu dah nak buat apa. Aku rasa macam nak lepaskan dia sekarang je………

Should I? ya Allah, what should I do? What should I do?

– Cik Kiah Cun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *