Assalamualaikum, ni pendapat aku sebagai student UiTM. Mungkin pendapat aku salah sebab ini adalah pandangan peribadi semata mata. Aku terima kritikan dari orang lain. Mungkin jugak sebab tak aktif dalam aktiviti kokurikulum.
Masa awal2 ada la join macam mungkin boleh meransang intelektual. Tapi bila dah join macam.. hmm… ntah la.. Kelab pun kelab motor, kelab chess. Aktiviti yang boleh buat sendiri dengan roomate. Tu pon more to extroverted.. ye la kita kan masuk U nak cari keje bukan untuk ilmu. Mestilah boleh jual diri macam produk dekat “kilang”. Orang-orang introvert macam aku duduk bilik je la baca buku, main fifa.
Bagi aku UiTM tak ada lansung aktiviti yang bercorak ilmiah dan lebih kepada aktiviti sosial yang seronok semata mata, melanggar ikhtilat dan mengalakan zina didalam universiti. Aku sebenarnya agak jealous dengan universiti lain yang selalu adakan aktiviti brainstorming malam2 dan diskusi di kedai2 makan menceritakan tentang persoalan falsafah, tauhid, politik semasa mahupun apa-apa topik pun yang bermanfaat kepada pelajar. Mungkin sebab ni kot UiTM dikutuk?
Eh, UiTM banyak forum apa? Forum itu adalah bercorak formal dan lansung tak memberi peluang kepada pelajar untuk bersuara atau memberi pandangan tentang isu semasa. Yang tak habis2 adalah aktiviti berjimba menari lagu masdo macam parti liar dan aktiviti sukan yang penuh dengan gadis-gadis melayu menjerit mengadaikan maruahnya DISEBELAH PUSAT ISLAM (Ya, Imam selalu marah masa tengah ceramah).
Yang kelakar idea untuk event selalunya gerai makanan. HAHA. Ya gerai makanan yang harga dia jauh lagi mahal sebab kau sanggup bayar semata mata nak tengok perempuan seksi yang tiba-tiba datang pakai make up (pergi cafe tak pakai pun) dan luangkan masa dengan couple korang. Yang kelakar, setiap kampus UiTM ada port maksiatnya. Lorong Haji Taib Seri iskandar), Padang Mahsyar (Puncak Alam), Lendu jangan cakap la, haha.
Dah kalau aktiviti pun cenderung kearah maksiat memang patut pun tempat2 macam tu wujud. Street Dakwah pun takkan tak buat kerja bendung benda ni? Takkan la kerja korong setakat door-to-door ceramah dan buat event islamik. Susah nak cakap kadang2 yang banyak kat tempat tu orang2 pangkat atas dalam kelab jugak. Junior kan senang dapat.
Sampai bila event korang ditakuk yang sama tanpa apa apa kelainan atau gimic yang mampu memberi manfaat kepada pelajar? tak sedar ke orang kat luar sana ramai kutuk UiTM sebab tak ada quality?Bukan salah tak diberikan pada bumiputera pun. Pengaruh maksiat dan lagha tu sendiri banyak dalam UiTM. Ok tu je nak marah.
Seterusnya aktiviti yang bercorak sosial dan ukhuwah. Bagus! Gotong royong, sukaneka, sukarelawan di luar UiTM. Bagus sangat! aku bangga. Tapi bagaimana manusia yang Introvert nak jadi jadi produktif untuk sama-sama dengan aktiviti extrovert yang macam korang ya? Aku tak suka gila berkomunikasi, berzumba depan orang (kat belakang lelaki tengah tengok bontot korang) dan bersukan dikhalayak ramai.
Introvert prefer jogging dan bersukan dengan kawan rapat sahaja. Sebab tu perlunya ada aktiviti yang agak passive dan tak terlalu expose dalam UiTM. Introvert suka mendengar dan membaca. Banyakanlah aktiviti diskusi, penjualan penulisan yang berkaitan kampus, Poetry slam atau kelab macam toastmaster (both serious and comedy speech) dan macam-macam lagi.
Benda-benda ni la yang bagi balance dalam UiTM supaya tidak hanya segelintir manusia je yang “bersuara”. Baru mencabar sikit culture dalam UiTM sebab kebebasan komunikasi dan ekpresi yang aku rasa kurang ada pada student UiTM lagi2 perempuan, selalu ditindas. Kalau kau tak cantik dan pandai sampai bila-bila la kau jadi mak turut, kalau tak nak jadi mak turut, menangis lah kau tiap hari kt atas katil (actualy lelaki pun, sebab tu kami pilih jalan untuk jadi malas dan datang lewat kelas).
Ketiga, banyakan aktiviti dengan student student yang marhaen(mcm aku lulz). Ni penting so tak de la kau sebagai JPK pening pagi-pagi nak meeting urus event, malam pergi bilik orang selesaikan kes tangkap basah dan kena rasuk. Produktifkan student tu! dekatkan diri dengan diorang! Provide platform untuk student student jadi tak nak balik dan mampu luahkan masalah diorang.
Ada banyak student tak cukup makan sampai terpaksa cari sugar daddy (aku cakap pasal lelaki jugak, ingat orang tak tahu kau main blued?), provide platform luahan perasaan, aku percaya anak anak muda kita banyak dibelenggu depresi. Banyak lagi la! Ni tak, kau buat aktiviti huha huha kau tu je. Lepas tu start la awek2 yang takut tak dapat kolej kena usha dengan lelaki. Lepas tu bercinta. Study week main. Lepas tu kau jugak yang kena buat serbuan. Tak ke stress macam tu?
Sembang lebat pun tak guna. Aku bagi pendapat peribadi.. Mungkin pendapat ni hina dan bodoh. Mungkin juga dah lama korang buat. Aku je tak tahu. Tapi baca je la :
Untuk ahli kelab masjid :
1) Aktiviti di pusat islam/masjid kena kompetitif dengan event kelab lain, kau kena compete untuk lagi function dari diorang! Buat masa subuh. Merepek kan? Idea ni aku dapat dari ustaz hanan attaki tentang event yang diberi nama “Sunrise Lovers”. Event ni akan dilakukan betul2 lepas subuh. Event tu ada aktiviti sukan depan masjid, skateboard, photobooth macam2 la kau leh search youtube.
Lepas isyak pun kau boleh je buat event kat kaki lima masjid (tempat yang kau masuk sebelum ke ruang solat). Tapi janganlah yang bosan sangat. Buat la tournament FIFA, fashion show ke apa ke. Untuk apa? Tarik manusia2 yang selalu busy ni ke masjid. Tak ke jangal dengar azan kau tak stop event dan solat? Takkan kau nak bercampur lelaki perempuan dalam masjid? Mesti kau akan asingkan ruang event tu. yang penting bersaing dengan kelab lain! tu je. Tak de la tak habis2 kursus jenazah, kursus kahwin, nasyid.
2) Banyakkan perbincangan cara nak elakkan sesuatu isu dalam UiTM. Yang penting lakukan perbincangan antara satu jantina pun kena ada. Dua2 jantina menghadapi masalah yang berbeza dalam UiTM. dan lagi satu kalau banyak sangat meeting sama jantina ni takut ada ahli akhi dan ukhti otp hasbi rabbi dalam whatsapp sebelum tidur. So better lelaki lepak meeting antara korang dulu.
Umum :
3) Banyakkan event untuk introvert. aku dah explain tadi. Sampai bila readers club nak buat debat? banya student yang tak pandai bercakap perlukan guidance sebenarnya. Buat open speech mic, poetry, dan stand up comedy (untuk improve humour kau dalam presentation). Buat jualan akhbar dan article. wujudkan perbincangan kedai kopi dan sebagainya.
4) Bila aku cakap event yang bercorak intelektual. Kau rasa student ada kapasiti ke nak lakukan semua tu? Sebab tu kena libatkan lecturer! panggil lecturer korang join event2 bercorak ilmiah ni. Kalau tak nak event besar ckup sekadar sembang kedai kopi dengan lecturer. Kau sampai bila nak dengar lecturer sembang pasal subjek yang dia ajar? Sembang la kedai kopi dengan lecturer kau tentang isu semasa, challenge dalam market, persoalan falsafah, tauhid dan tasawuf. Baru korang boleh korek betul2 otak lecturer korang.
5) Jadi manusia yang risky with brain. Buat event yang berikan kesedaran pada orang ramai. Member aku yang aktif kelab pernah bagi cadangan buat event tentang body shaming tapi ditolak. Buat event untuk orang gemuk sebagai contoh. Tapi tak dapat sambutan. ye korang pun tahu budak2 tak suka benda tu. Tapi improvise idea tu bagi lagi umph! Bagi manfaat kat student. Ramai student UiTM ada masalah communication. buat event pasal benda tu. banyak lagi isu sebenarnya. korang je tak nampak sebab korang sibuk duduk dengan golongan “borjuis” UiTM.
Banyak lagi idea yang menarik dan aku tahu korang tak semainstream pelajar-pelajar UiTM yang lain! aku dah kering idea nak bagi tapi itu je aku boleh sampaikan. Tapi gelombang kepada “better UiTM” perlu ada. Kau tak perlu nak samakan dengan universiti lain dari sudut efficiency mcm kedatangan guna QR Code pon dan scan matriks kad masuk bilik pun! cukup tukar mentaliti korang kepada lebih intelektual yang sebenar-benarnya seorang pelajar UiTM yang menuntut pelbagai jenis ilmu. Bukan “produk” untuk keluar dan dapat kerja.
Akhir kata, macam aku cakap. Aku bukan student aktif dalam UiTM, so apa aku cakap mungkin dah dilakukan oleh korang atau tak realistik pada pendapat korang. Aku cuma nampak benda-benda toksid dalam UiTM . Aku pasti ramai lagi manusia-manusia bijak dalam UiTM yang banyak lagi idea yang dia nak sumbangkan macam aku. Sila komen bawah untuk idea yang lebih menarik pada pendapat korang.
Itu sahaja, yang buruk datang dari aku. Yang baik datang dari Allah SWT.
Aku student degree UiTM puncak Alam,
– Botak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit