Assalamualaikum, hai. Saya seorang student asasi di sebuah ipta dan tahun lepas menduduki spm hehe good luck spm candidates!
Straight to the point, dulu saya saya student sebuah sekolah berasrama. Biasalah hidup di asrama semuanya teratur dan hidup di asrama lah banyak mengubah saya dekat kepada Allah. Sebelum masuk asrama, solat cukup 5 waktu tapi selalu lambat-lambatkan solat. As for me, asalkan solat daripada tak solat langsung. Baca Quran pun jarang. Yang sunat apatah lagi kan, puasa sunat, solat sunat. Allahu. Sebelum tu, bukan niat nak bukak aib sendiri tapi apa yang baik kita sama-sama ambil, apa yang buruk jadikan teladan. Asrama was one of the turning point in my life since the environment there was totally different. Solat berjemaah sedangkan dulu susah sangat nak jejak masjid solat jemaah, baca quran selepas solat jadi tabiat sebab orang sekeliling baca quran, so hati kita pun terjentik nak buat benda yang sama, qiamulail pukul 4 pagi lah paling best lagi lagi masa Ramadhan sebab dulu kat rumah jarang sangat buat (boleh kira dengan jari), Al Waqiah, Ar Rahman, Al Kahf, Yassin, Al Mulk, Al Mathurat semua amalan, dengar tazkirah hari hari walaupun banyak tidur je daripada dengar, makan jemaah dan kalau boleh semua lah buat sama-sama dengan kawan kawan. Aurat dan ikhtilat pun banyak ditekankan sampaikan kalau tak pakai stokin dan handsock tu rasa macam tak pakai baju. Ya, hidup kat sana indah sangat.
Mula mula rasa terpaksa sangat buat semua ni, buat pun sebab semua orang buat and tak nak kena dengan warden tapi lama-lama semua ni jadi tabiat. Hati tenang sangat, kalau tak buat sehari rasa dia lain sangat. Belajar pun dipermudahkan, bukanlah pelajar paling cemerlang tapi bolehlah membanggakan mama ayah. Tapi lepas spm, banyak yang berubah sampailah sekarang. Sebelum dapat results tu saya gagahkan diri juga sambung amalan-amalan kat asrama tapi biasalah, iman kita berubah-ubah. Tambahan pulak kat rumah suasananya lain daripada asrama. Selepas dapat results dan sambung pelajar ke asasi, saya rasa saya makin berubah.
Mula-mula di asasi saya gagahkan diri untuk terus baca quran dan amalan sunat yang lain walaupun persekitaran saya tak seperti di asrama dulu. Kawan-kawan pun tidaklah macam di asrama dulu. Ya, susah sangat bagi saya masa tu sebab selalu timbul perasaan untuk tinggalkan amalan saya sebab orang sekeliling saya pun tak buat. Tiada lagi qiamulail, stokin dan hansdsock selalu saya tinggal, baca quran dan solat sunat pun taklah seperti dulu tapi saya gagahkan jugak tapi lama-lama saya pun hanyut. Banyak keluar daripada belajar, lagi-lagi dapat bila dapat duit biasiswa. Kawan serumah pun ada yang tak solat, tak tutup aurat tapi saya tak buat apa-apa. Ya, itulah selemah-lemah iman. Makin lama saya rasa makin jauh. Baru-baru ni pelajaran pun merosot. Saya sedih sangat sebab dulu saya tak macam ni. Saya tak pernah abaikan pelajaran saya because that’s still my priority tapi saya sedar ni mungkin peringatan Allah kepada saya. Allah buka mata saya sekarang untuk lihat segala-galanya, muhasabah diri sendiri. Saya banyak menangis bila teringat perubahan saya sejak di masuk sini. Saya sedar iman saya goyah dan mudah terpengaruh dengan persekitaran.
InsyaAllah, lagi satu semester kat sini. Doakan saya istiqamah macam dulu ya! Ingat yang ujian tu tak menjatuhkan kita tapi menguatkan kita. Ujian itu yang mendekatkan lagi kita kepada Allah. Saya doakan semua mendapat hidayah dan rahmatNya dan terus istiqamah menjadi hambaNya yang lebih baik.
– Hermione Granger
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit