Assalammualaikum, buat pertama kali saya ingin menulis disini setelah menjadi pembaca setia IIUM Confession.
Saya Alin (bukan nama sebenar) tahun ni akan memasuki usia 21 tahun. Saya telah bernikah dan alhamdulillah baru habis pantang anak pertama, saya tak tahu nak luah kecuali Allah dan sekarang ni hidup saya bergantung pada Allah dan usaha dalam setiap doa yang dilafazkan.
Dulu hidup saya alhamdulillah walaupun di timpa pelbagai ujian saya tak pernah menyusahkan orang apatah lagi ibu dan ayah saya, tapi sejak2 saya berkahwin hidup saya berubah keseluruhannya.
Suami saya seorang yang sangat baik, hormat orang tua solat alhamdulillah tak pernah tinggal tapi sejak dia bernikah dengan saya total berubah jadi seorang yang cepat marah, dan naik tangan pada saya. Alasan dia berubah kerana saya dan disebabkan saya dia berubah.
Dia selalu salahkan segala benda pada saya walaupun terang2 kesalahan tu dia sendiri yang buat. Saya akui saya juga seorang yang kuat memberontak,
Tapi sejak saya bernikah dengan suami saya, dia yang ubah saya ke arah kebaikan, yang dulunya saya seorang yang tidak memakai stoking sewaktu keluar rumah, yang memakai tudung kadang2 menampakan d*d* seorang yang boros selalu keluar bersama kawan, dan agak sosial.
Menjadi seorang wanita bukan lagi perempuan, saya keluar rumah ikut pada kehendak suami yang ingin kan isterinya menjadi solehah. Saya ikuti semua kemahuannya alhamdulillah saya juga sudah terbiasa dan saya buat kerana Allah kerana suruhan Allah,
Tapi yang menyakitkan hati saya apabila berjalan keluar dengan suami, dia selalu memandang perempuan lain yang lebih cantik dan lawa seksi, bila dia pandang saya terus dia kutuk hina pakaian saya macam makcik2 tak lawa dan selekeh.
Saya penat dengan perangai suami yang merasakan dia betul semua dan saya salah semua. Sampai satu tahap saya dh berdiam diri apabila dia ingin memulakan pergaduhan.
Setiap kali bergaduh mesti dia akan cakap yang dia nak berpisah dengan saya, dan tak rugi apa2 pun kalau dia tinggalkan saya. Tapi saya masih berdiam diri sebab saya masih sayangkan dia.
Selepas anak sulung saya lahir, perasaan saya 100% berubah untuk dia, waktu saya berpantang anak saya, ada kami bertekak sedikit, tpi saya diamkan diri saya sebab dengan cara tu satu2nya cara untuk hentikan pergaduhan,
Tapi bila dia paksa saya untuk jawab pertanyaan dia bila saya jawab terus dia menampar wajah saya, bukan sekali tapi dua kali sampaikan telinga saya sakit berdengung waktu tu saya tngh menukar pampers anak saya,
Dalam keadaan masih sakit pipi teresak2 menangis saya siapkan dulu anak dan menyusi dalam keadaan menangis, bila anak saya lena suami saya peluk saya dri belakang tanda dia memujuk saya, tapi saya dah faham keadaan itu dan dah penat dengan keadaan itu.
Tapi saya hanyalah isteri atas kertas, kerana dia pernah cakap dekat saya yang saya hanya isteri sekadar di atas kertas, dan dia cuma inginkan saya kerana nafsu bukan sayang. Sakit perit tapi terpaksa ditelan.
Baru2 ini terjadi pergaduhan dimana dia mencarut pada saya dengan perkataan b*t*h dan b*d*h pertama kali dia mencarut pada saya. Auto hati saya mati untuk itu. Sekarang ni dia tinggalkan saya dengan ibu ayah saya,
Saya menumpang dengan ibu ayah saya setahun lebih, sekarang ibu ayah saya dalam keadaan susah, sews rumah yang tertunggak 4 bulan dengan bil api air, saya malu dengan family saya sendiri sebab saya langsung tak bole nak menolong kerana saya tak bekerja,
Nak minta bantuan suami saya jauh seksli kerana sifat kedekutnya pada family sendiri apatah lagi dengan family saya. Keluarga mertua saya alhamdulillah cukup baik apatah lagi ibu mertua saya, ibu mertua saya cukup faham sifat anak lelakinya sebab itu saya ngam dengan ibu mertua,
Ibu mertua pernah tanya saya, anak dia kedekut tak dengan saya, saya cakap alhamdulillah kadang2 kedekut kadang2 tidak, ibu mertua gelak saja,
Dan ibu mertua pernah cakap suami saya langsung tak pernah ajak ibu mertua dan adik2 keluar pergi makan atau berbelanja kerana sifat ‘jimat cermatnya’ itu. Apatah lagi duit belanja untuk ibu mertua saya, jauh sekali dia nak bagi.
Saya pernah cakap dengan suami, bagi la sedikit duit dekat mak kalau nak berkat tapi suami saya cakap tak cukup duit la apa la macam2 alasan padahal saya pernah tengok duit dslam bank islam dia mencecah beribu2 dan duit dalam tabung haji hampir 30k.
Kadang2 saya pelik kenapa sampai sangup berhutang dengan kawan sedangkan dia bole guna pakai duit dalam bank islam tu, bila saya cakap macam tu dia kata duit itu hanya untuk kecemasan, saya pelik jugak sebab waktu duit kwsp boleh dibawak keluar 10k tu.
Ayah mertua saya alami kemalangan dan 100% motor kena buat lain, ayah mertua saya nak pinjam duit dekat suami saya dia sanggup keluarkan duit kwsp untuk baiki motor tu.
Saya tanya dia langsung tak nak jawab. Jadi saya diamkan diri saya dan fikir positif mungkin ada perkara dia nak buat dengan duit tu.
Dan sekarang ni bila saya minta tolong dia untuk bantu keluarga saya dia langsung tak nak tolong, dan dia kata pandai2 sendiri, jujur saya cukup terasa hati dengan dia, saya sendiri malu dengan keluarga saya, sebab setiap kali keluarga saya minta bantuan dia mesti dia tak nak tolong.
Ibu ayah saya sebolehnya tak nak menyusahkan anak2 tapi saya tinggal dengan mereka jadi saya nampak pengorbanan mereka yang langsung tak kisah apatah lagi sewaktu saya mengandung mak ayah saya yang banyak membeli barang untuk anak saya, yang memenuhi mengidam saya,
Suami saya langsung tak ambik kisah, saya malu dengan diri sendiri dengan ibu ayah saya, kadang2 tertanya diri sendiri saya ni bersuami ke atau tidak…hahahahahaha kelakar ada sedih ada marah kecewa semua ada.
Saat ini saya rasa seperti nak buat pinjaman persendirian untuk bantu family saya, kalau family saya kena halau saya sekali kena halau sebab saya duduk dengan family saya. Makan minum saya mereka tanggung. Tapi saya takut tak mamou nak langsaikan sebab saya tak bekerja.
Saya harap anda semua mendoakan supaya dipermudahkan urusan saya dan keluarga saya, setiap kali saya lihat wajah anak saya, saya rasa seperti gagal menjadi seorang ibu sebabnya lahirkan anak saya diwaktu Yang sukar seperti ini,
Tapi saya letak jauh2 fikiran itu walaupun selalu teringat akan kata2 suami saya yang saya ni tak layak menjadi ibu. Saya yakin pada Allah, saya cuma bergantung pada Allah.
Doakan saya supaya saya kuat dan sabar, doakan juga supaya saya dapat bantu ibu dan ayah saya untuk langsaikan segala hutang2 dan sewa rumah.
Manusia yang tak sempurna tapi berhak bahagia,
– Alin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit