Assalamualaikum. Nama ku Melur. Sudah berkahwin. Suri rumah. Golongan b40. Maaf andai luahan ku ini berterabur. Cuma hari ni aku cukup sedih.

Ya. Sedih. Sangat sedih. Amat sedih. Aku bukan anak pilihan. Aku terkilan dengan ibu ku. Dia ibu yang baik. Aku sayang dia. Tapi kadang2 ada perangai ibu yang buat aku sedih.

Aku ada berhutang dengan ibu lebih kurang 10k. Untuk bayar hutang pembelajaran ku dulu.

Dulu masa aku bekerja aku bayar sendiri. Lepas aku berkahwin, sumber pendapatan terhad dan merosot bermula pkp, perniagaan suami ku jatuh.

Bila surat saman sampai minta aku jelas kan hutang pembelajaran, aku hilang arah. Mana nak cari duit. Aku pun kais pagi makan pagi. Suami ku buat rider grab food.

Surat sampai di rumah ibu ku. Mula nya ibu ku agak marah sebab aku tak bayar. Aku cakap aku tak ada duit. Kos perubatan anak ku juga agak mahal.

Beberapa hari kemudian ibu ku menelefon ku dan mencadang kan untuk bayar guna duit ibu. Aku pun terima cadangan tu tapi aku kena bayar balik. Aku dan suami ok dan akan cuba usaha bayar balik setiap bulan pada ibu.

Apa yang buat aku sedih, semua adik beradik ku tahu pasal aku pinjam duit ibu. Bukan kata adik beradik, jiran2 pun tahu. Tu paling aku sedih dan malu. Kenapa ibu mesti bagi tau pasal ni pada jiran?

Bukan kah pembelajaran itu tanggungjawab ibu bapa? Kalau ikot kan ibu bapa yang perlu bayar.

Aku jadi malu dengan suami ku walau pun suami ku tak kata apa2. Aku kesian pada suami buat kerja macam2 untuk kami. Tapi suami tak mengeluh pun.

Aku nak kerja tapi siapa nak jaga anak2 aku. Nak hantar pengasuh kos bukan sikit2. Lagi pula anak ku jenis yang kuat meragam. Aku takut orang tak tahan nak jaga, dan apa2 kan anak aku.

Aku ada juga cuba buat affiliate dan jual2 barang yang ada.

Bapa dan ibu ku tak suka suami ku. Mungkin sebab penampilan suami ku tak seperti orang kaya macam menantu dia yang lain. Lagi pun suami ku berkulit gelap. Apa saje yang suami ku buat salah di mata mereka.

Pernah aku dengar bapa ku mengata suami ku babi hanya sebab suami ku berdengkur agak kuat.

Sejak tu aku dah tak tidur di rumah ibu lagi. Kalau balik pun, balik hari je. Pasal ni aku tak bagi tau suami.

Tu je kot cerita aku. Kalau nak cerita apa yang bapa aku buat, mungkin aku dah lali. Cuma kali ni aku betul2 terkilan dengan ibu.

Doa kan aku dan suami dapat rezeki yang lebih banyak dan mendapat keberkatanNya, dan dapat langsaikan hutang dengan cepat.

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Kak,Saya just nak bagi pendapat…saya rasa ibu akak tu mata duitan.lagi satu suami akak tu salah nak tidur dengkur kerana ramai sahaja tidur dengkur

  2. Sy doakan suami sis diberikan kesihatan yang baik utk mencari rezeki yg lebih utk sis sekeluarga.. juga dilembutkan hati ibu utk terima suami sis seadanya.. ibu mana yg tak sayang anak, cuma caranya berbeza.. mungkin lepas ni boleh jarakkan lagi masa balik ke umah mak, x perlu kerap sgt.. ni utk jaga hati sis juga..

  3. nasib baik ibu tu tolong juga bagi pinjam duit. tu makna nya dia sayang awk. taknak awak kena tindakan undang-undang. bayaran balik pelajaran bukan tanggungjawab ibu bapa ya. anak kena usaha bayar. pinjaman tu kerajaan atau agensi lain bagi untuk tolong budak sambung belajar. bukan paksaan. tapi pilihan. dah pinjam bayar balik. bukan sepenuh tanggungjawab ibu bapa nk tolong bayar kat anak.

  4. awak kerja lah bantu suami , nanti bulan feb gaji naik rm1700 , boleh la lepas bayar pengasuh. jangan bg alasan anak itu , anak ini..bukan salah anak lahir dkt dunia ni..korg yg lahirkan anak tu , tlg la usaha..kesian anak2 serba tak cukup..lagi satu fikir sama psl hutang belajar , bayar je balik dkt ibu awk.. hidup pun tenang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *